Part 22

255 4 0
                                    

Selepas Maghrib Johan masuk ke kantin hospital. Niatnya mahu mengalas perut yang semenjak pagi tidak terisi dengan apa-apa makanan. Namun dari pintu kantin itu dia sudah ternampak isterinya yang sedang duduk sendirian sambil membaca akhbar di situ. Setelah mendapatkan secawan kopi dan sedikit makanan, Johan menebalkan mukanya untuk duduk sekali di situ.

"May I?" soal Johan untuk mengalih tumpuan wanita itu, yang masih pada akhbar The Sun.

Lyn mendongak, hanya mengangguk. Dia merenung seketika lelaki yang memegang secawan kopi panas bersama sebuku kuih pau. Itu aja dia makan? bisik hati Lyn sendiri. Kasihan juga dia melihat Johan. Namun disimpan saja rasa simpati itu di tempat yang cukup dalam agar tidak kelihatan di mata Johan.

"You dah makan?" soal Johan kepada Lyn yang kembali menatap akhbar. Dia agak canggung apabila mereka hanya membisu sahaja. Terasa amat janggal dan kehadirannya di situ seperti tunggul sahaja. Tetapi seingatnya mereka memang tidak pernah berbual secara aman begini, walaupun sekali. Sudah tentu janggal kerana selama ini dia tidak pernah memulakan.

"Dah." Lyn menjawab sepatah. Akhbar di tangan kembali ditatap.

Johan mengangguk mendengar itu. Dia kemudian makan tanpa bersuara lagi. Sebenarnya kuih pau berintikan kacang hitam itu amat tidak sedap di tekaknya, namun ditelan juga demi memenuhi perutnya yang sudah mula pedih semenjak tadi. Disulamnya dengan kopi panas itu agar kuih itu dapat ditelan. Sungguh dia tidak berselera apabila mengenangkan ayahnya yang masih tidak sedarkan diri.

Johan terus berfikir apa yang patut dikatakan bagi memulakan perbualan mereka. Dia tahu dia tidak boleh berdiam diri saja begini. Sampai bila-bila pun apa yang sudah terangka di fikirannya akan terpendam begitu sahaja. Dia tahu dia yang harus memulakan.

"I nak minta maaf dengan you, Lyn. I tahu I banyak buat silap sebelum ni. I banyak sakitkan hati you. I'm truly sorry," ucap Johan bagi memulakan perbualan antara mereka.

Lyn menurunkan akhbar di tangan apabila mendengar kata-kata Johan. Dia memandang lelaki di hadapannya seketika. Seperti tidak percaya pula yang Johan meminta maaf.

"Jangan minta maaf dengan I. Minta maaf dengan ayah you. Daddy yang tengah sakit sekarang, bukannya I. Perasaan I dah tak penting lagi," balas Lyn acuh tidak acuh. Sememangnya dia tidak mengharap langsung yang Johan akan meminta maaf daripadanya. Dia sudah lali dengan setiap bahasa kesat Johan.

"I tahu tu. Tapi I pun banyak sakitkan hati you. Selama ni I hanya fikirkan perasaan I aja. Tak peduli apa yang munmy dan daddy mahu daripada I. Padahal permintaan mummy dengan daddy pada I tak sebanyak mana. Tapi yang sekecil itu pun I tetap gagal nak tunaikan. Semua tu disebabkan kedegilan dan keegoan I sendiri. I berdegil tak mahu menerima kenyataan yang kita dah pun berkahwin dan I perlu bertanggungjawab pada you. I tak boleh selamanya menolak hakikat ni. Tapi malangnya I ni hanya mementingkan diri sendiri. Ibu dengan ayah memang sedia berkorban apa sahaja untuk anak-anak tapi belum tentu anak-anak mampu berkorban untuk ibu dan ayah mereka. Macam tulah I selama ni. Sikap keras kepala I yang nenyebabkan daddy sampai jadi macam ni. I jugak sedar semua pergaduhan kita selama ni I yang memulakannya. I ni memang kejam. Entahlah.... I tak tahu nak cakap apa. I ni memang jahat." luah Johan agak perlahan. Nada kesalannya jelas kedengaran.

Lyn menatap Johan di hadapannya agak lama. Dia meneliti satu per satu patah kata yang diucapkan oleh Johan. Bagaikan tidak percaya pula dia apabila Johan berkata seperti ini kepadanya. Dia sebenarnya tidak bersedia untuk menerima ini semua daripada Johan.

"Tak perlulah you nak fikirkan I. Apa yang penting sekarang ni daddy. I pun tak pernah paksa sesiapa untuk terima I. Soal maaf tu I dah maafkan. Kita ni sama saja. Sama-sama buat salah," ujar Lyn selamba seperti tiada apa-apa yang hendak dirisaukan. Dia tidak teruja dengan apa yang Johan katakan kepadanya. Perasaannya sama sahaja. Gembira tidak, tidak gembira juga tidak. Perasaannya sama sekali kosong pada kemaafan itu!

Travelog Mr TravellerWhere stories live. Discover now