Ada Madu Ada Racun Part 17

220 5 1
                                    

Esoknya Lyn demam. Dia berehat sahaja di rumah setelah mendapat cuti sakit daripada klinik panel syarikat. Namun dek kerana tidak betah tidur petang itu, Lyn keluar mengambil angin di Tasik Taman Jaya. Lapang sedikit dadanya apabila melihat kawasan taman yang penuh dengan kanak-kanak, sedang gembira bermain bersama orang tua mereka. Di taman itu berseorangan, dia melayan perasaannya yang masih dihantui oleh peristiwa semalam. Setiap kali dia memejamkan mata, raut wajah yang begitu kejam merobek hatinya, terus mengitari ruang fikiran. Lemas Lyn dibuatnya.

Sebenarnya dia sememangnya tidak ingin mengingat lagi peristiwa semalam. Kerana semakin lama dia semakin sedih dengan apa yang telah terjadi. Dia menahan sendunya sendiri. Puas dia cuba untuk mengalih tumpuan daripada kenangan yang perit itu. Namun dia sama sekali gagal. Setiap apa yang Johan ucapkan kepadanya dan kejadian dia ditinggalkan di tepi jalan semalam terus bermain-main.

Sedang dia begitu, tiba-tiba dia dihubungi Johan. Sengaja dibiarkan tanpa menjawabnya. Namun Johan terus memanggil berkali-kali. Akhirnya Lyn menjawab juga setelah rimas dengan deringan yang berkali-kali itu.

"You demam ke?" soal Johan setelah Lyn menyambungkan panggilan.

Lyn diam saja. Sepatah pun tidak keluar dari mulutnya.

"Siapa hantar you balik semalam?" Johan menyoal agak lembut.

"Siapa-siapalah! None of your business. Ada apa telefon ni?" balas Lyn. Masih tidak puaskah Johan menyakitkan hatinya? Masih ada yang Johan terlupa mahu ucapkan semalam?

"Look, I'm sorry about last night. I tak sepatutnya tinggalkan you semalam. I'm really sorry," kata Johan lembut.

Tak apalah, Johan. Tak payahlah you nak rasa bersalah pula. Tak perlu minta maaf. I reda dengan semua ni. I takkan meminta-minta lagi, Johan. I tahu nilai I ni tak layak untuk you jadikan isteri. I faham sekarang. I pun takkan pernah mengharap hingga ke situ. Takkan pernah! Just go on with your life," ucap Lyn agak hiba. Dadanya sebak dek luka yang teramat dalam.

Kata-kata Lyn membuatkan Johan terdiam di hujung talian. Sayu kedengaran suara wanita itu. Menangiskah dia? Tanpa sengaja hati Johan tertanya.

"Kalau tak ada apa-apa lagi, I nak matikan talian ni. I pun dah tak ada apa nak dicakapkan lagi. I dah letih, Johan," kata Lyn perlahan. Sayu suaranya.

"You kat mana sekarang?"

"Kat mana-manalah."

"I betul-betul minta maaf, Lyn. I tengah marah semalam. I tak sengaja buat macam tu," ucap Johan cuba memujuk sedikit lagi. Namun nadanya keras kaku.

"Terpulanglah pada you nak buat apa pun. I dah tak kisah lagi. Kalau you nak jual I pada Tan Sri Anuar tu pun I tak kisah. I memang tak ada kepentingan apa-apa pada you. I ni perempuan keji. Terima kasihlah sebab you berterus-terang di mana tempat I ni sebenarnya," balas Lyn.

Sebuah keluhan dilepaskan perlahan. Masih ada yang perlu diberitahu kepada Lyn saat ini. Johan harus segera mengatakannya sebelum Lyn mematikan talian. "I harap daddy takkan tahu hal tu. Susah I nanti kalau daddy tahu."

Lyn tersenyum pahit sendirian. Akhirnya dia mengerti. Panggilan itu rupanya ada maksud yang tersendiri. Sekali lagi Lyn kehampaan. Johan sikit pun tidak kisah akan dirinya. Agaknya kalau dia diculik semalam, dirogol dan mati di bunuh pun Johan tidak akan peduli. Mungkin selama 40 hari lelaki itu akan meraikannya. Dia sahaja yang berangan tinggi-tinggi. Berkaca lagi mata bening itu.

"Lyn?" tegur Johan apabila Lyn hanya membisu.

"Ya, I dengar. I tak terfikir pulak nak mengadu apa-apa pada famili you. I tak ada kepentingan nak buat begitu. You jangan bimbang," balas Lyn dalam menahan sebak.

Travelog Mr TravellerWhere stories live. Discover now