Part 24

76 1 1
                                    

Malam itu Johan tidur di dalam keretanya di hadapan hospital itu. Bilik ayahnya sudah penuh. Jadi dia terpaksa tidur di dalam kereta. Sebenarnya sebentar tadi ibunya menyuruhnya pulang memandangkan kak longnya juga ada menemani ibunya itu. Tetapi dia enggan. Kalau dia pulang sekalipun dia tidak akan dapat tidur. Dia akan memikirkan ayahnya yang semenjak tadi masih tidak sedarkan diri.

Johan terbedik-bedik sendirian di dalam keretanya. Kerusinya sudah dibaringkan sambil meletak lengan di atas dahi. Ingatannya terimbau lagi pada peristiwa yang berlaku antara dia dan Lyn sebentar tadi. Marahnya sudah hilang namun muncul rasa geli hati pula. Bukannya apa. Dia geli hati memikirkan kebodohan dirinya hinggakan dia disepak oleh isterinya. Tiada seorang pun yang pernah melakukan hal sebegitu kepadanya. Lyn memang berani. Wanita itu lain daripada yang lain. Mujur juga tiada yang melihat kejadian itu. Kalau tidak malunya bukan kepalang. Sudahlah dia sudah dimalukan oleh Lyn ketika di dalam kantin hospital tadi. Bukan seorang dua kakitangan hospital yang melihat.

Entah kenapa bibirnya tetap tersungging senyuman mengenang peristiwa itu.  Ada kemanisan yang dirasakan di sebalik itu semua. Dalam marah-marah begitu isterinya tetap manis dengan gaunnya. Wanita itu memang anggun apatah lagi isterinya itu tinggi lampai orangnya.

Johan menyeluk poket seluarnya. Telefon bimbitnya diambil dan dia mendail nombor telefon seseorang. Namun seketika kemudian dia mematikannya pula. Dalam hati teringin sangat untuk mendengar suara Lyn namun dia sendiri tidak tahu apa yang mahu dibualkan. Malu juga kalau isterinya itu menyatakan penolakan lagi. Namun sedang dia terkumpal-kumpal seorang diri ada SMS yang masuk. Terperanjat Johan seketika. Namun lekas dia membuka peti simpanan SMS itu.

Ada apa missed call I?

Johan terpaku. Berdebar dadanya seketika. Apa mahu dijawabnya? SMS itu datang daripada isterinya. Pastinya panggilan yang sudah dibuat tadi sampai dahulu kepada isterinya sebelum sempat dia membatalkannya.

Entah. I pun tak tahu kenapa I call you. I cuma nak dengar suara you.

Johan segera mengirimkan balasan itu. Bimbang kalau berlama-lama isterinya akan tertidur. Secepat mana dia membalas secepat itu juga dia mendapat balasan daripada Lyn.

Kenapa dengan suara I? Daddy okey, kan?

Hampa benar hati Johan apabila soalan Lyn lebih kepada ayahnya. Tidak pernah kisahkan dirinya. Johan mengeluh seketika. Entah kenapa dia menjadi tidak tentu arah begini. Apa kena dengan dirinya? Sudah jatuh hati? Tiba-tiba pula dia mahukan perhatian wanita itu.

Daddy's doing fine. But not me....

Johan tanpa segan-silu meminta perhatian Lyn. Harap-harap Lyn mengerti apa yang dirasakan dalam hatinya saat ini.

Kenapa dengan you?

Lyn masih dengan SMS pendek-pendeknya. Seperti malas mahu melayaninya. Tetapi masih mahu tahu apa yang tidak kena dengan Johan.

I pun sakit jugak. You tak peduli pun. Kesian I kena sepak dengan wife sendiri tadi.

Johan berdebar menantikan balasan daripada Lyn. Bimbang juga dia kalau-kalau dia mendapat hamun daripada isterinya. Bukan mudah untuk membaca mood perempuan itu. Seketika kemudian dia mendapat balasan daripada Lyn. Johan membaca bismillah sebelum membuka SMS itu. Dia bagaikan tidak sabar mahu mengetahui apa yang dikatakan Lyn kepadanya.

Jangan nak blame I pulak. You yang cari pasal dengan I. Kenapa tak jumpa doc kat dalam tu? I pun tak nak kalau suami I impotent. Seksa! Lebih baik tak payah ada suami kalau suami tak mampu beri nafkah batin.

Johan mengetap bibirnya geram dengan apa yang diucapkan Lyn. Bisa hingga ke dasar hati. Kalau aku mati pucuk sebab siapa? Bukan kau ke yang sebabkan aku jadi macam tu? kata hati Johan bengang. Dibiarkan saja SMS itu tanpa balasan. Malas dia mahu membalasnya. Dia sebenarnya mengharapkan kata yang indah untuk pengubat jiwanya kala ini. Tetapi hampa.

Tiada juga balasan daripada Lyn selepas itu. Akhirnya dia melayan matanya yang enggan lelap dengan memandang bintang di langit. Sejak bilakah dia suka melihat bintang? Selama ini dia tidak pernah peduli biar secantik mana bintang di langit. Buat apa memandang bintang yang hanya kaku di tempat yang sama? Buang masa! Namun tidak malam ini. Hatinya terasa sepi sekali. Lain macam benar dia malam ini. Dia seperti mengharap sesuatu yang tidak pernah diharapkan terjadi antara dia dan Lyn.

Jatuh cintakah dia kepada perempuan itu? Secepat itukah hatinya berubah? Mahukah Lyn membalas perasaannya yang sudah mula berubah rasa? Atau dia akan kecewa sepertimana Laila pernah mengecewakannya dahulu? Aduhai.... susahnya jatuh cinta!

Travelog Mr TravellerWhere stories live. Discover now