Bab 5

2K 77 9
                                        

 
     Pagi itu kelam-kabut Aisy bersiap kerana terlewat bangun. Inilah padahnya bila tidur lewat. Punya la struggle study PSI sebab takut disoal ustaz, sudahnya tidur pukul 2.30 pagi. Macam mana tak lewat tidur kalau study sambil tengok cerita. Memang kelaut la jawapannya. Setelah bersiap, Aisy terus bersalam tangan orang tuanya.

      "Aisy taknak sarapan dulu ke sayang?"soal Puan Roslina. Risau pula jika anaknya ini nanti jatuh sakit kalau tak makan. Sudahlah anaknya yang seorang itu ada gastrik. Taknak makan pula. Memang nencari penyakitla.

     "Tak sempat la, ma. Nanti aisy makan roti je Kat sekolah. Aisy dah lambat ni. Pergi dulu, ma, pa." Aisy terus menuju ke pintu dan masuk ke dalam kereta. Pemandunya sudah sedia menunggu. Encik Hafiz dan Puan Roslina hanya menggeleng kepala melihat telatah anak tunggal mereka itu.

     "Abang yakin ke dengan keputusan kita ni? Macam mana kalau Aisy memberontak nanti? Abang macam la tak kenal anak kita tu macam mana." Puan Roslina menyatakan kerisauannya. Jelas terpacar di riak wajahnya yang dia memang tengah risau sekarang ni.

     "Awak tak payah risau laa. Tahu lah abang nak uruskan nanti. Lagipun ni untik kebaikan dia jugak. Dah la abang nak pergi kerja dulu. Jangan lupa kunci pintu."pesan Encik Hafiz. Dia menghulurkan tangannya kepada Puan Roslina. Puan Roslina menyambut huluran tangan suaminya lalu mengucup dengan penuh hormat. Encik Hafiz mengucup dahi isterinya lalu melangkah ke keretanya.

************************************

     "Lewat kau sampai hari ni."Anis menegur Aisy yang baru masuk ke dalam pagar sekolah.

     "Terlajak tidur pagi tadi."balas Aisy ringkas. Aisy dan Anis terus melangkah ke kelas. Sampai sahaja di kelas terus sahaja Aisy meletakkan kepala di atas meja. 'Ni semua gara-gara ustaz tu la. Dah terlajak tidur. Tak habis belajar lagi dah nak buat ujian.'bebel Aisy dalam hati. 10 minit meletakkan kepala di atas meja, Aisy terus mengangkat kepalanya apabila terdengar derapan kaki seseorang. Pandangannya bertembung dengan si dia. Si ustaz hanya tersenyum.

     'Senyum-senyum pulak ustaz ni. Ustaz tahu tak sebab ustaz saya terlajak tidur.'kata-kata itu hanya terluah di dalam hati. Matanya terpandang pada sebalang gula-gula di atas meja yang dibawa oleh Naufal.

     "Hari ni kita sambung pelajaran yang tertangguh semalam." Belum sempat Naufal mulakan pengajarannya, seorang murid menyoal.

     "Ustaz, gula-gula tu nak buat apa?"soal seorang pelajar perempuan yg duduk di bahagian belakang kelas.

     "Lupa pulak ustaz nak bagitahu. Gula-gula ni untuk pelajar yang mengantuk. Siapa yang rasa dia mengantuk, boleh angkat tangan and ustaz akan bagi pada dia."Naufal memandang ke arah Aisy. Suka pulak rasanya dapat mengusik anak muridnya yang seorang itu.

     "Hari ni kita nak bincang tentang iman boleh bertambah dan berkurang." Naufal terus menerangkan tentang tajuk yang diajarnya sehingga habis waktu. Tamat sahaja waktu until subjeknya, Naufal sempat berpesan kepada Aisy untuk mengikutnya ke bilik guru sebelum dia keluar dari kelas.

    Sampai sahaja di bilik guru, Aisy terus melangkah ke meja Naufal."Ada apa ustaz nak jumpa saya?"soal Aisy sebaik sahaja sampai di meja ustaznya. Nampak sangat sakit hati dengan ustaznya yang seorang itu.

     "Kot ya pun tak puas hati dengan saya cuba la bagi salam dulu. Ni main terjah je. Terkejut saya tahu tak. Kalau saya ada sakit jantung tak ke hilang seorang ustaz handsome kat sekolah ni." Aisy menjulingkan matanya apabila memdengar kata-kata ustaznya. 'Perasan handsome betul ustaz aku ni. Tapi memang handsome pun.'desis hati Aisy.

     "Aisy, awak dengar tak apa ustaz cakap ni."soal Naufal apabila anak muridnya itu hanya diam. Naufal mengangkat mukanya memandang ke arah Aisy yang kelihatan seperti mengelamun. 'Haish budak ni. Suka sangat mengelamun.' bebel Naufal hanya dalam hati. Dia memetik jarinya di hadapan Aisy. Aisy yang tersedar dari lamunannya memandang ke arah Naufal.

     "Sorry ustaz. Ustaz cakap apa tadi."soal Aisy sambil tersengih. Malu kot kantoi dengan ustaz tengah mengelamun.

     "Ni, nota ni beri pada ahlu kelas awak. Nanti kutip duit beri pada ustaz." Aisy mengangguk sebelum membantah.

     "Tapi kutip duit bukan tugas bendahari ke ustaz. Saya setiausaha. Bukan bendahari." Setahu dia yang berkaitan dengan duit adalah tugas bendahari bukan setiausaha.

     "Memanglah. Tapi saya harapkan awak memandangkan saya rapat dengan awak." Naufal berkata selamba.

     Aisy hanya mengangguk pasrah. 'Nasib la dapat ustaz macam ni.'kata Aisy hanya dalam hati. "Saya masuk kelas dulu ya ustaz." Aisy menuju ke pintu bilik guru until masuk ke kelas. Sampai sahaja di kelas, Aisy terus mengagihkan nota yang diberikan oleh ustaznya.

     "Asal kau yang kena bagi nota Kat kitorang and kenapa kau yang kene kutip duit nota?"soal Anis. Mestilah dia pelik. Sepatutnya tugas ambik nota rujukan ketua kelas. Tugas kutip duit bendahari. Tak ke pelik tu.

     "Mana la aku tahu. Dah ustaz tu yang panggil aku. Dia cakap sekarang ni aku je yang dia boleh harap."balas Aisy malas.

     "Ke kau ada affair dengan ustaz ni?"

     "Choii. Jaga mulut tu. Kan tak pasal-pasal masin mulut kau. Aku taknak la dengan ustaz tu." Aisy menunjukkan riak tidak minatnya.

     "Ye la. Orang setia pada crush kan." Aisy memang ada menyukai seorang murid di sekolahnya. Malangnya crush dia kelas lain. Tabah la duhai hati. Waktu rehat nanti dapat la kau tengok crush kau puas- puas.

     Pulang sahaja dari sekolah, Aisy terus sahaja naik ke biliknya. Ketika dia pulang tidak pula nampak kelibat mamanya. Mungkin keluar bersama rakan-rakan mamanya. Ingat orang muda je ke nak hangout dengan kawan-kawan. Mak-mak pun nak juga merasa seperti orang muda.

     Selesai membersihkan diri, Aisy terus menyiapkan tugasan yang diberikan. Memang sikapnya jenis yang tak suka bertangguh. Cuma kadang-kadang sikap malasnya muncul. Malas-malasnya pun cikgu sayang. Mahunya tak sayang kalau setiap kali exam jadi pelajar terbaik.

     Siap sahaja tugasannya dia terus keluar dari rumah. Rumah besar tapi tinggal hanya bertiga. Memang sunyilah. Sudahlah dia anak tunggal. Mamanya jarang ada di rumah. Papanya pula asyik sibuk di pejabat. Nasib baik kasih sayang tak lupa diberikan. Walaupun ibu bapanya sibuk kebajikannya tetap diutamakan.

     Malam itu seperti biasa mereka makan bersama. Hanya bunyi dentingan sudu dan garfu sahaja.

     "Lepas makan ni papa dengan mama ada perkara nak bincang dengan Aisy." Encik Hafiz memecahkan kesunyian di meja makan.

     "Pasal apa pa. Macam serius je bunyinya."

     "Memang perkara serius. Lepas makan papa bagitahu."

    Selesai sahaja makan Aisy terus menuju ke ruang tamu. Otaknya asyik berfikir tentang perkara yang akan dibincangkan oleh papanya. Dia terus mengambil tempat di hadapan mama dan papanya.

     "Papa dengan mama nak bincang apa?"soal Aisy sambil memandang ke arah Encik Hafiz dan Puan Roslina. Puan Roslina dan Encik Hafiz saling berpandangan sebelum memandang ke arah Aisy.

     "Sebelum papa bagitahu, papa nak cakap yang papa buat semua ni untuk kebaikan Aisy. So, I hope that you can accept my decision."

     "Okay. You make me nervous la papa. Can you just straight to the point?" Aisy sudah rasa berdebar menanti bicara daripada papanya.

     "Mama dengan papa dah berbincang. Kami nak kahwinkan Aisy dengan lelaki pilihan kami."ujar Encik Hafiz tenang.

     "What ma? Kahwin? No! Aisy baru 17 tahun la ma. Aisy taknak!"bentak Aisy.



Author mintak maaf tauu sebab nie last author update disebabkan author kena masuk asrama..so author terpaksa hold dulu utk 2 bulan..vote and komen okeyy
    

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now