"Aisy ada affair dengan Khairul ke?" Soal Naufal yang sedang memandu tanpa memandang Aisy.
"What kind of question is this?" Soal Aisy kembali dengan dahi yang berkerut.
"Just nak tahu,"balas Naufal ringkas.
"Mana ada affair. Just kawan."
"I can see that he's in love with you." Naufal memandang Aisy sekilas.
"Ustaz ni jangan la merepek. Kami kawan je la," balas Aisy. Tiba-tiba Aisy memandang Naufal dengan mata yang bulat. "Are you jealous?" Soal Aisy.
"What kind of questions? Normal lah kalau abang jealous. I'm your fiancé." Naufal tidak memandang ke arah Aisy.
"Jangan la jealous sangat. Saya tahu Saya bakal isteri ustaz. Saya dengan Khairul tu kawan je. Saya akan tetap kahwin dengan ustaz." Aisy memujuk Naufal.
"Ya la."
"Ustaz,"panggil Aisy lembut. Naufal memandang ke arah Aisy sambil menjongketkan keningnya sebelum memandang semula ke hadapan.
"Macam mana kalau jodoh kita tak kekal. Kita kan tak pernah kenal. Jauh lagi jatuh cinta." Aisy memandang Naufal. Itulah perkara yang ditakutinya. Dia tidak mahu memegang title janda pada usia yang muda. Mintak simpang. Walaupun ikatan perkahwinan yang terjalin antara mereka bukan atas dasar cinta tetapi dia amat berharap agar perkahwinan kekal hingga ke syurga.
Naufal yang mendengar soalan Aisy itu tersenyum. "Kenapa? Aisy takut abang tinggalkan Aisy ke satu hari nanti? Kalau itu yang Aisy fikir buang jauh-jauh dari fikiran Aisy. Abang takkan sesekali lepaskan apa yang jadi tanggungjawab abang. Lepas kahwin nanti Aisy dah jadi tanggungjawab abang. So, abang takkan lepaskan. Sekarang ni kita bertunang. So, dalam tempoh tunang ni lah kita nak kenal hati budi masing-masing. Faham?" Aisy yang mendengar kata-kata Naufal itu hanya mengangguk. Sekurang-kurangnya dia tidak perlu risau kerana Naufal sudah yakinkan dirinya.
"Saya pegang kata-kata ustaz."
"Memang nak panggil ustaz je ke?"
"Dah tu nak panggil abang ke?" Soalan dibalas dengan soalan.
"Why not. Nak kahwin dah pun. Kenalah practise panggil abang."
"Nanti-nanti lah."
"Aisy ada nak pergi mana-mana lagi tak?" Aisy hanya menggeleng tanda menjawab soalan Naufal. Naufal hanya mengangguk lalu terus memandu ke arah rumah Aisy.
************************************
"Bila abang nak bagitahu Aisy sebab kita suruh dia kahwin?" Soal Puan Roslina yang mengambil tempat di sebelah Encik Hafiz di sofa berkembar itu.
"Bila tiba masa yang sesuai nanti abang bagitahu la," balas Encik Hafiz sambil matanya tetap pads iPad di tangannya. Matanya sibuk melihat kerja-kerjanya.
"Tapi bila abang? Bulan depan diorang dah nikah. Lepastu sebulan lepastu kita dah berangkat ke Australia. Abang rasa bila lagi masa yang sesuai kalau bukan sekarang?
"Ya lah. Kejap lagi abang bagitahu Aisy." Ada betulnya juga kata-kata isterinya. Bila lagi masa yang sesuai kalau bukan sekarang. Puan Roslina melentokkan kepalanya di bahu Encik Hafiz sambil memeluk lengan Encik Hafiz.
"Ni kenapa pulak manja semacam je ni sayang? Nak tambah ahli keluarga baru ke? Abang on je," usik Encik Hafiz. Puan Roslina terus mencubit lengan Encik Hafiz apabila mendengar kata-kata suaminya itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/275337954-288-k18298.jpg)
YOU ARE READING
USTAZ, I LOVE YOU !
Romance"Mama dengan papa dah berbincang nak kahwinkan Aisy dengan lelaki pilihan kami" " What ma? Kahwin? No ! Aisy baru 17 tahun la ma. Aisy taknak !! Nur Aisya Irdina seorang pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki peperiksaan SPM dipaksa untuk ber...