Bab 11

1.9K 64 10
                                    

      Pagi itu, Naufal melangkah masuk ke dalam bilik guru dengan senyuman yang tak lekang di bibirnya.

      "Amboi, ustaz! Senyum sampai ke telinga pagi ni. Apa yang happy sangat tu?" Sapa Zahra, guru yang mengajar matapelajaran bahasa Inggeris. Sengaja dia ingin menegur Naufal. Hatinya sudah tertarik pada Naufal sejak hari pertama Naufal menjejakkan kaki ke sekolah itu.

      "Takde apa pun. Senyum tu kan sedekah. Dapat juga pahala kalau senyum. Lagipun kita kena la mulakan hari dengan senyuman," balas Naufal tanpa memandang wajah Zahra. Dia hanya memandang iphonenya sahaja walaupun tiada apa.

      "Betul juga tu." Zahra tersengih malu.

      "Takpe la. Saya pergi meja saya dulu." Naufal meminta diri. Rasa macam menyampah pula dengan Zahra yang tidak henti-henti mencuba menarik perhatiannya. Zahra hanya mengangguk lalu memberikan laluan untuk Naufal.

      "Yang kau ni elok-elok masuk tadi muka kau tersenyum macam orang angau ni dah kenapa tiba-tiba berubah macam orang tertelan cuka?" Soal Haqim apabila Naufal tiba di meja.

      "Biasalah. Siapa je yang happy kalau kena kacau dengan orang yang kita tak suka," balas Naufal sambil menyusun buku-buku di atas meja.

      "Ni mesti kes teacher Zahra tu kan?" Bukan Haqim tak tahu yang Zahra tu sukakan sahabatnya. Macam-macam cara Zahra cuba menarik perhatian Naufal. Dasar attention seeker. Kesian member mengstress nak hadap.

      "Dah la. Malas aku cakap pasal dia. Buat semak otak aku je." Naufal membuka buku rujukan PSI. Dia ingin mencari topik untuk diajar pada hari ini. Dia memang tidak berminat untuk bercakap tentang si Zahra itu.

      "Okey, kita tukar topik. Yang kau masuk tadi macam orang angau dah kenapa?" Soal Haqim menukar topik.

      Naufal yang mendengar soalan itu terus tersenyum. Dia menyandarkan badannya di kerusinya.

      "Sumpah, Fal. Aku tengok kau dah macam orang angau. Kau angau dengan siapa? Tunang kau ke?" Haqim memandang Naufal dengan dahi yang berkerut.

      "Why not? Kitorang bakal bernikah. Tak salah nak angau kan. Kau pun bukannya baru tahu tentang ni." Nasib sahaja di dalam bilik guru itu tiada orang. Maklumlah pagi-pagi begini kebanyakkan sedang menjamu selera di kantin. "And guess what. Dia dah start panggil aku abang." Sambung Naufal dengan senyuman yang masih tak lekang di bibirnya.

      "Dia dah boleh terima kau lah ni kiranya.

      "Not completely. She's still trying to accept me.
     
      "So, dia dah tahu?" Soal Haqim lagi.

      "Nope. Nanti-nanti la aku bagitahu dia. Aku tak ready lagi," ujar Naufal. Serentak dengan itu, loceng berbunyi menandakan sesi pembelajaran bermula. Naufal terus mengemaskan bukunya untuk masuk ke kelas.

      "Awal masuk kelas. Tak sabar nak jumpa cik tunang la tu," usik Haqim. Naufal menjeling Haqim tajam.

      "Kau ni pun agak-agak la. Kalau Ada orang dengar macam mana?" Nasib sahaja tempat mereka agak jauh daripada guru-guru lain.

      "Sorry, bro." Naufal hanya berdehem lalu terus berjalan menuju ke pintu. Nak masuk kelas cik tunang kenalah awal. Tak gitu? Sampai sahaja di kelas, suasana yang riuh rendah mula bertukar sunyi apabila kakinya melangkah masuk ke dalam kelas. Sampai sahaja di kelas Naufal terus mencari wajah tunangnya.

      'Boleh pulak budak ni tidur dalam kelas pagi-pagi macam ni,' kata Naufal dalam hati. Dia terus mengatur langkah menuju ke meja tunangnya.

      Anis yang melihat Naufal menuju ke arah mereka mencuit bahu Aisy untuk mengejutkan sahabatnya itu. Apabila tiba di meja Aisy, Naufal terus mengetuk mejanya perlahan. Aisy mengangkat mukanya.

USTAZ, I LOVE YOU !Where stories live. Discover now