Oktober 2021
Telefon bimbit dikeluarkan dari poket seluar jeans, kemudian dia membuka aplikasi whatsApp.
+ Sayang, lama lagi ke? Nanti tak sempat nak tengok sunset.
Sementara menanti balasan, dia membuka galeri telefon dan melihat gambar-gambar di dalamnya. Senyum sendiri apabila melihat gambar si dia memenuhi sebahagian galeri telefonnya.
Ktingg!
Balasan daripada si dia masuk.
- Otw ni baby. Lagi dua minit I sampai.
+ Ok. Tak sampai lagi dua minit, siap you!
Tepat dua minit kemudiannya, si dia pun sampai. Topi keledar disarung ke kepala.
Berdua menaiki motor kapcai, menuju ke Bukit Intan. Bukan tidak mahu mendaki, namun masa sudah semakin suntuk. Mereka ingin sama-sama menyaksikan matahari terbenam di atas sana. Jika mendaki sekarang, pasti mereka akan terlepas detik indah itu.
Motor ditongkat. Masing-masing membuka topi keledar dan menyangkutkan topi keledar pada handle motor.
Eddy memimpin tangan Ayra menuju ke sebuah batu. Mereka sama-sama duduk sambil melihat ke langit yang mula kelihatan jingga.
Ayra merapatkan tubuhnya pada tubuh Eddy dan kemudian menongkatkan dagu pada bahu lelaki itu.
"27 tahun I hidup, belum pernah sekali pun I tengok sunset dari atas bukit. Thanks sayang, hari ni merasa jugak I tengok sunset dari atas bukit..."
Eddy mengeluarkan telefon bimbit dari poket seluar.
Klik! Klik! Klik!
Saat mentari mula terbenam, beberapa keping gambar diambil.
Sepi.
Masing-masing menikmati keindahan senja diiringi dengan hembusan bayu yang bertiup lembut.
Eddy menyelitkan rambut Ayra ke telinga, kemudian menyentuh hidung gadis itu.
"I nak upload gambar ni kat Facebook. What say you?" Kening diangkat berkali-kali sambil senyum menampakkan lesung pipit pada pipi kanannya.
Manis!
"Biar betik? Kantoi la, sayang!" Ayra membulatkan mata, tidak percaya dengan kata-kata Eddy.
Dua tahun mereka merahsiakan hubungan ini, tiba-tiba hari ini Eddy mahu membongkarkan segalanya.
"Tak kira, nak upload jugak. I geram tengok you suka-suka hati menggatal dengan orang lain. I makan hati tau tak?"
Ayra sekadar menggeleng kepala sambil melihat Eddy memuatnaik satu persatu gambar swafoto mereka berdua dengan caption:
'Menikmati sunset bersama si cantik yang bijaksana. Sayang dia!'
"I nak logout FB la baby. Seram pulak kalau ada wattpaders datang komen."
"Berani buat, berani tanggung la sayang. Jom turun, dah maghrib."
Keesokan harinya,
"Baby, babyyyy... Cepat tengok ni, dah kecoh!"
Eddy menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ayra.
Naughtygirl:
Kantoi MatBond & CikPenguin dating atas bukit sambil tengok sunset. Pandai korang sorok ehhhh!!!Maka berdenting-dentinglah notifikasi wattpad mereka berdua pada pagi itu.
"Jangan reply lagi. Tunggu komen yang ke 50 baru kita respond."
Bisik Eddy sambil mencium rambut Ayra. Gadis itu hanya akur sambil meletakkan kepalanya atas dada Eddy.
Baginya, irama degupan jantung Eddy lebih indah daripada dentingan notifikasi wattpad.
Dia mahu menikmati detik manis bersama Eddy.
Wattpaders boleh tunggu!