Galau

853 27 25
                                    

Tersengih lebar Ayra melihat peti ais yang berisi penuh dengan coklat. Petang semalam Eddy balik dari kerja bawa satu paper bag penuh berisi pelbagai jenis coklat. Ayra ambil satu coklat Kit Kat dan duduk di hadapan TV. Dia berehat seketika dari melakukan tugasannya. Work from home buatkan dia sedikit lega dalam melakukan tuntutan kerja. Tak berhenti senyuman di wajahnya.

Saya suka coklat, awak coklat saya.

Ayra tulis ayat itu atas sticky note. Nanti bila Eddy pulang dari kerja, Ayra mahu beri kepada Eddy sebagai tanda ucapan terima kasihnya.

Ting Tong! Ting Tong!

Sayup sayup Ayra mendengar bunyi loceng, tapi tuntutan 'panggilan alam' buatkan Ayra terpaksa mengabaikan kepulangan Eddy.

Eddy keluarkan phone, mendail nombor Ayra. Eddy sedikit merengus, dan patah balik menuju ke lif.

"Buat perangai lagi dia ni." Eddy batalkan niat mahu menghubungi Ayra. Telefon dimasukkan semula ke dalam poket.

Enjin kereta dihidupkan. Eddy sendiri pun tak tahu mahu menuju ke mana. Ketika mahu pulang dari pejabat tadi, dia sudah berencana mahu bawa Ayra keluar pergi makan, mahu lepaskan penat kerja dan bercerita itu dan ini dengan Ayra. Tapi itulah, Ayra pula buat perangai.

Eddy sudah alert dengan kelakuan Ayra. Sedikit saja silap, boleh buat moodnya berubah. Eddy kadang kadang buntu memikirkan apa salah yang dia buat, namun untuk bertanya dengan Ayra, buatkan Eddy jadi lagi bingung. Sudahnya dia diam, Ayra pun diam.

Pinnnnn! Eddy tekan panjang hon. Sakit hatinya apabila melihat sebuah kereta yang menukar lorong tanpa menyalakan lampu isyarat.

Pinnnnn! Sekali lagi Eddy tekan hon. Melepaskan rasa marahnya. Marahkan kerja, marahkan boss-nya dan marahkan Ayra.

Pagi tadi, Eddy dapat gula gula paling manis dari boss-nya. Belum pun selesai hal dengan emaknya malam tadi, satu lagi masalah datang.

"Lembu kalau dah tak boleh nak bajak sawah padi, tuan dia akan sembelih, buat lauk. Ini yang kau kata dah siap? Dah semak betul betul?"

Boss Eddy melemparkan helaian report-nya ke udara. Berterabur kertas kertas itu atas lantai. Eddy diam, hanya memandang ke arah boss-nya.

"Kau kutip balik taik taik yang kau buat tu, aku bagi masa 3 hari, aku nak tengok report, bukan taik lagi. Jangan tunjuk muka tak guna kau depan aku selagi tak siap report tu. Fuck off!"

Eddy keluar dari bilik boss-nya dengan perasaan yang bercampur baur.

Eddy memandu masuk ke Jalan Lingkaran Tengah 2, entah ke mana tujuannya, Eddy masih belum pasti lagi. Dia hanya memandu tanpa perasaan.

Ktinggg!

~Mak:
Jadi tak balik kampung hujung minggu ni?

Eddy baca pesanan whatsapp dari emaknya dan membalas dengan emoji senyum kenyit mata. Itu saja yang mampu dibalasnya.

Malam tadi Eddy dan emaknya berbual panjang. Kata emak Eddy, dia mahu kenalkan Eddy dengan anak kawannya. Sebelum itu, emak bertanyakan Eddy sama ada sudah mempunyai girlfriend atau belum. Eddy diam tanpa menjawab, dalam kepala Eddy ligat memikirkan, mahu menjawab ya, dia belum pernah bercakap dengan Ayra tentang mahu bawa Ayra berjumpa dengan keluarganya. Dan sekarang bukan masa yang sesuai mengikut fikiran Eddy. Eddy tak mahu Ayra ingat Eddy terlalu memaksa.

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now