Tanya sama hati

1.4K 31 31
                                    

Ayra tak marah pun kat Eddy. Dia faham je, mungkin Eddy nervous masa dia datang hantar roti kaya butter kat Eddy. Lagipun mengejut sangat dia cakap nak jumpa. Dia sendiri tak tau kenapa dia boleh buat keputusan drastik nak jumpa Eddy. Roti kaya butter hanyalah asbab. Hakikat yang sebenar, memang dia sendiri nak jumpa Eddy.

Radio memainkan lagu Itulah sayang. Ayra turut sama menyanyi.

Tanya sama hati mengapa merindu
Ingat masa lena apa mimpimu
Masa berjauhan apa nak dikenang
Jika difahamkan itulah sayang

Walau lagu sudah berhenti, mulutnya masih ulang-ulang menyanyikan lagu itu.

Ingat masa lena apa mimpimu

Ayra perasan, kebelakangan ini dia kerap mimpikan Eddy. Tiap kali selepas mimpi, mesti dia akan beritahu Eddy. Eddy cakap Ayra fall for him. Tu sebab asyik mimpikan Eddy.

Ayra tanya Eddy, dia ada mimpikan Ayra tak? Eddy cakap selalu mimpi basah je pasal Ayra.

Ah, Eddy mana pernah serious. Selalu sangat loyar buruk. Ayra dah masak sangat dengan perangai Eddy. Tapi satu yang buat Ayra selesa dengan Eddy, tiap kali mood Ayra swing, Eddy tak akan buat perangai tak semenggah dia.

Dia akan bersikap matang dan selalu membuatkan Ayra tenang. Itu yang Ayra paling suka tentang Eddy.

Sampai di rumah, Ayra text Eddy dan maklumkan yang dia dah sampai, nak mandi dan nap for a while.

Eddy cuma baca, tapi tak reply.

Ayra ketawa kecil. Eddy masih dalam mode gelabah. Okay, tak mengapa. Ayra bagi masa pada Eddy untuk bertenang.

Sedang lena tidur, Ayra terasa kepalanya bergegar. Cepat dia angkat kepala dari bantal. Telefon bimbit yang bergetar di bawah bantal ditarik keluar.

Eddy call.

Ayra menyentuh butang hijau dan juga loud speaker.

"Youuuuu..."

Kedengaran suara Eddy di sebelah sana. Ayra senyum meleret.

"Ayra Azalea, sorryyyyy..."

Mendayu-dayu suara Eddy di sebelah sana.

"Haha, takpe-takpe. I faham je, MatBond nervous jumpa CikPenguin yang cantik dan bijaksana."

"Ishhh, segan la I. Tapi tadi I tak tau kenapa jadi macam tu... Sorry la baby sayang."

Baby sayang.

Eddy memanggilnya dengan gelaran itu setelah mereka bertukar gambar. Kata Eddy, wajah Ayra polos seperti baby. Ayra cakap Eddy tertipu sebab Ayra guna filter.

Eddy pulak suka hantar gambar wajahnya yang kabur-kabur. Buat Ayra geram!

"Sorry naik lori! Esok lepas kerja, kita naik Genting Highland, on tak on?"

Senyap.

Eddy sedang berfikir-fikir. Selalunya hari Sabtu dia kerja half day, tapi selalunya walaupun half day, tetap juga dia habis kerja jam 5 petang.

Tapi Ayra dah pelawa tu, nampak macam dia bagi peluang kedua.

"Youuuuu!"

"Okay baby sayang. On!" Spontan dia menjawab.

Kemudian dia menepuk dahi. Entah alasan apa la esok dia nak bagi kat boss supaya dapat pulang awal.

Ah, tak kira! Yang penting, esok dia taknak jadi patung cendana depan Ayra.

Kalau boleh, bila jumpa je dia nak peluk Ayra kuat-kuat. Nak cium pipi Ayra kiri dan kanan. Sepanjang jalan naik ke Genting Highland, dia nak ramas-ramas dan cium tangan Ayra.

Tak kira, nak buat jugak! Dia akan pastikan Ayra tangkap lentok.

'Siap la you, baby saiyanggggggg...'

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now