Dingin

896 29 58
                                    

Dua hari telahpun berlalu. Eddy masih tunggu Ayra bercerita, namun kesayangannya itu hanya membisu. Bercakap bila perlu sahaja.

Satu kelainan yang Eddy perasan, Ayra akan mengelak apabila Eddy mahu menyentuhnya. Ayra hanya mengizinkan tubuhnya dipeluk ketika ingin tidur sahaja. Dalam tidurnya pula, Ayra akan meracau seolah olah ada orang sedang menyerangnya. Kerap juga Eddy terdengar Ayra menangis teresak esak ketika tidur.

Eddy mati akal. Pelbagai cara dilakukan untuk membuatkan Ayra bercerita, namun masih gagal. Eddy tidak mahu memaksa. Dia akan sabar menanti sehingga Ayra sendiri yang buka mulut.

Ayra sedang mencuci pinggan mangkuk di sinki apabila Eddy datang memeluknya daripada belakang. Tindakan refleks daripada Ayra ialah dia segera menyiku perut Eddy sekuat hati dan menyepak celah kelangkang Eddy sehingga Eddy jatuh ke lantai.

Ayra menjerit hingga ke puncak suara. Pada matanya, lelaki yang sedang tergolek di atas lantai itu bukannya Eddy, tetapi Farouk. Sekehendak hati dia memukul mukul tubuh Eddy sambil menghamburkan kata kata kesat.

Ayra hanya berhenti apabila terdengar Eddy menjerit nama penuhnya sekuat hati. Serta merta pukulannya terhenti dan tiba tiba tubuhnya jadi longlai. Perlahan lahan dia menyeka airmata yang laju membasahi pipi. Pandangannya mula berbalam balam. Kadang kadang dia nampak Eddy sedang duduk di hadapannya, namun sesekali wajah Farouk pula yang kelihatan. Dalam pada dia memicing mata untuk memastikan figura siapa di hadapannya, tubuh kecilnya tersembam jatuh ke pangkuan Eddy.

***

Eddy menyeringai kesakitan saat mencuci luka kesan cakaran kuku Ayra pada bahagian dadanya. Darah pada bibir disapu dengan tisu basah. Rahangnya kelihatan bengkak dan mula menampakkan kesan lebam. Walaupun Ayra bertubuh kecil, namun penangan pukulannya tadi membuatkan sebahagian tubuh Eddy luka dan lebam.

Kata kata makian Ayra sewaktu memukulnya sebentar tadi terngiang ngiang di telinga.

"Jantan sial, setan, iblis! Kau tak layak hidup. Aku bunuh kau, mampus kau!"

Eddy sangat yakin, kata kata itu bukan ditujukan kepadanya. Hampir dua tahun menjalin hubungan, belum pernah sekalipun Ayra mengeluarkan kata kata kesat terhadap dirinya. Eddy tahu, Ayra sedang memendam perasaan marah terhadap seseorang.

Siapa?

Eddy betul betul nak tahu siapa yang buat Ayra berubah dalam sekelip mata. Dia menoleh ke katil. Entah Ayra sedang tidak sedarkan diri ataupun tertidur, Eddy tak pasti. Saat Ayra terkulai jatuh ke ribaannya sebentar tadi, Eddy telah beberapa kali memanggil nama Ayra sambil menepuk pipinya berulang kali, namun gadis itu hanya membisu. Matanya juga terpejam rapat. Sudahnya Eddy dukung Ayra masuk bilik dan baringkan atas katil.

Eddy datang dekat pada Ayra, duduk bersila di atas lantai. Selimut ditarik sehingga ke paras leher Ayra. Kesan airmata di pipi Ayra diseka dengan jari. Lama Eddy pandang Ayra yang sedang terbaring di atas katil.

Eddy lelah memikirkan apa sebenarnya yang telah berlaku kepada Ayra. Perubahan tingkah laku Ayra amat meresahkan. Ayra yang lincah dan happy go lucky selama ini tiba tiba sahaja bertukar menjadi dingin. Tiada lagi tawa dan senda gurau. Eddy jadi rindu nak hadap perangai nakal Ayra.

Sambil menahan kantuk, Eddy panjat katil dan berbaring di sebelah Ayra. Tubuh kecil itu ditarik masuk ke dalam pelukannya. Rasa pedih dek cakaran Ayra tadi dibiarkan sahaja. Haruman tubuh Ayra sudah cukup untuk meredakan rasa sakit itu.

Eddy terjaga sebaik sahaja terasa ada ciuman singgah di kedua belah pipinya.

"I ke yang buat you macam ni?" Tanya Ayra sambil mengusap dadanya yang penuh dengan kesan calar. Ayra turut mencium dadanya, sekali sahaja. Itupun sekadar meletakkan bibirnya beberapa saat.

Eddy biarkan soalan Ayra itu tidak berjawab. Dia duduk bersandar di kepala katil dan menarik Ayra agar baring di ribaannya. Rambut Ayra dielus perlahan. Eddy tarik nafas panjang sebelum bersuara.

"Ayra Azalea, kenapa dengan you, baby sayang? Cerita semuanya pada I, please..."

Ayra menepis perlahan tangan Eddy yang sedang mengelus rambutnya. Dia ikut duduk bersandar pada kepala katil. Tubuhnya dijarakkan sedikit dari tubuh Eddy. Bantal dicapai dan diletak ke atas ribanya.

"Boleh tak jangan tanya soalan yang I memang takkan jawab?"

Dingin sahaja nada suara Ayra. Hati Eddy sedikit tersiat mendengar kata kata yang terbit dari bibir Ayra. Dia ingin menarik Ayra agar lebih dekat dengannya, namun gadis itu memilih untuk turun dari katil, mencapai tuala dan masuk ke bilik air.

Eddy pilih untuk keluar dari bilik. Entah kenapa, dia dapat merasakan Ayra tidak selesa untuk berdua duaan dengannya di dalam bilik ini. Sebatang rokok dinyalakan, dia melangkah ke balkoni. Lebih selesa untuk merokok di situ sahaja.

Habis dua batang rokok, dia masuk ke dalam dan lihat Ayra sedang makan maggi di meja makan sambil berkemban tuala. Jika sebelum ini Eddy akan segera menempel untuk kongsi makan dengan Ayra, kali ini Eddy tiada hati untuk buat semua tu. Dia masih berkecil hati dengan tingkah Ayra tadi. Dia ambil keputusan untuk mandi dan kemudian membuka laptop untuk menghantar laporan kerja.

Bukan dia tidak perasan Ayra ada siapkan semangkuk maggi kari untuknya. Sengaja dia biarkan sahaja, sementelah Ayra pun tak pelawa dia untuk makan maggi itu. Biar perutnya berkeroncong. Dia nak Ayra sendiri yang jemput dia untuk makan. Kalau dulu, waktu Eddy tengah sibuk siapkan kerja depan laptop, ada sahaja ulah Ayra yang membuatkan dia terhibur. Sumpah, Eddy rindu saat itu.

"Kalau taknak makan, inform awal awal. Takde la I penat penat masak untuk you!"

Terangkat bahu Eddy apabila mendengar suara Ayra yang sedikit keras dari meja makan. Dia menoleh ke arah Ayra. Jika tadi gadis itu sedang makan sambil berkemban tuala, kini Ayra sudah menyarung T-shirt labuh dan legging. Laptop dalam beg galas dikeluarkan, kemudian Ayra duduk menghadap laptop tanpa menghiraukan Eddy yang sedang menapak ke meja makan.

"You tak panggil I pun baby, mana la I tau you ada masak untuk I sekali."

Kerusi di sebelah Ayra ditarik, kemudian dia terus duduk untuk menikmati maggi kari hasil air tangan Ayra.

"You dah besar. Bukannya budak kecil sampai I nak kena panggil makan. Dalam rumah ni ada kita berdua je. Kalau dah nampak ada mangkuk lain kat atas meja ni, you rasa I masak untuk siapa, makcik cleaner management?"

Mati terus selera Eddy. Mangkuk berisi maggi kari ditolak ke tengah meja. Kaki dihalakan semula ke ruang tamu.

"Buang je la, biar kat sini buat apa? I tau la tak sedap!"

Eddy pejam mata. Jari jemarinya digenggam erat. Nafas dihela sedalam mungkin.

Dia kembali semula ke meja makan. Laptop di hadapan Ayra ditutup. Tubuh gadis itu diangkat, kemudian dipikul ke bahunya. Dalam pada Ayra memukul mukul tubuhnya sambil menjerit minta diturunkan, dia sudah sampai ke ruang tamu dan membaringkan tubuh Ayra ke sofa. Kaki Ayra dikunci dengan kedua belah pehanya.

"Lepas la, sial!"

"No, selagi you tak cakap dengan I apa yang dah jadi, I takkan lepaskan you. Now, tell me. What happened to you? You're not being yourself, you're not my cheeky Ayra Azalea!"

"Kau nak dengar sangat kan?"

"Tell me, Ayra!"

"Aku kena rogol!"

Suasana tiba tiba jadi hening.

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now