Kacau

986 21 18
                                    

Ayra duduk di sebelah Eddy yang sedang ralit menonton TV. Sesekali Ayra menoleh ke wajah Eddy, kemudian Ayra sambung semula menguis kerepek di dalam balang. Puas menguis nguis kerepek, Ayra pandang lagi ke wajah Eddy. Eddy masih ralit menonton TV dan sesekali ketawa. Ayra tiba tiba jadi moody dan mahu bangun masuk ke bilik.

Baby sayang ni kenapa? Pandang pandang I dari tadi, lepas tu marah sorang sorang?” Kata Eddy sambil tarik tangan Ayra agar jatuh ke tubuhnya.

“Hishhh dia ni, ingatkan seronok sangat tengok TV sampai tak peduli dengan orang dah,” rajuk Ayra. Bibirnya dimuncungkan sambil mata dihalakan ke TV.

Eddy usap dahi Ayra yang sudah pun melabuhkan kepalanya atas paha Eddy. Kaki Ayra diluruskan agar kedudukan gadis itu selesa. Eddy suka jika Ayra berbaring di atas pahanya. Dia akan usap usap kepala Ayra dan kadangkala mengucup dahi si gadis.

“Kenapa ni  baby sayang? Tell me.” Eddy renung mata Ayra dengan pandangan penuh kasih sayang.

You nak bawa I jumpa mak, sebab you kesiankan I, kan?” Ayra balas pandangan mata Eddy dengan renungan tajam. Dia mengamati mata lelaki itu seolah olah mahu mengesan sebarang penipuan.

Eddy tersenyum dan geleng kepala.

“No baby. I really in love with you. I want you. Not someone else. Just you, honey.”

“Tapi, I dah tak…”

Please, jangan cakap lagi pasal ni, I tak peduli semua tu. Yang I peduli, I nak kahwin dengan you.”

Eddy letak jari telunjuk ke bibir Ayra sebelum sempat Ayra habiskan kata katanya. Kalau ikutkan hati Eddy, mahu saja dia mencium bibir Ayra, biar gadis itu tak banyak cakap lagi.

You tak ada rasa jijik dengan I?” Ayra masih tak mahu mengalah.

Eddy bangunkan tubuh Ayra, peluk dari belakang. “Adil ke kalau I jijik dengan you sedangkan I'm not virgin anymore.” Bisik Eddy ke telinga Ayra.

You lain, you lelaki… Eh,  what? You're not virgin anymore?” Ayra tiba tiba naik angin, cemburunya datang. Ditolak tubuh Eddy ke sofa. Ayra bangun, laju kakinya melangkah menuju ke balkoni.

Eddy garu kepala. Dah satu hal pulak dia nak l kena explain ke Ayra. Itu la, mengada ngada sangat buka mulut.

Eddy bangun menghampiri Ayra dan peluk Ayra dari belakang. Ayra tak melawan. Tubuhnya mula memberi reaksi bila terasa bibir Eddy dekat dengan lehernya.

“Itu mistake yang I buat, kerana cinta, I gadaikan tubuh I. Tapi, I tak ada jodoh dengan dia. Tapi dengan you, I akan lakukan apa sahaja untuk hidup bersama you. Sayang you sampai bila bila. I'm sorry, baby sayang. Tak jaga diri I baik baik untuk you. I love you.” Eddy lentokkan kepala ke bahu Ayra. Terus gadis itu cair dengan ulah Eddy. Dia berpaling mengadap Eddy sambil menampar lengan lelaki itu.

“I saja berlakon merajuk, nak tengok you macam mana. Tergadai body konon, gatal!” Ayra mencemik wajahnya. Eddy tarik hidung Ayra dan cium. Ayra tersenyum senang hati. Lapang rasa dadanya. Dia dan Eddy seri, satu sama.

Phone Ayra berdering. Ayra merungkai pelukan Eddy dan mengambil phone-nya. Belum sempat dia mahu menjawab, panggilan sudah putus.

Ayra amati nombor yang tertera, sudah dua tiga kali nombor itu memanggilnya. Dek kerana sibuk dengan hal semalam, Ayra terlupa untuk memanggil nombor itu semula.

Sebaik sahaja panggilan bersambung, Ayra senyap untuk menanti orang di sebelah sana bersuara.

"Hai sayang... Dah lupa dekat abang ke? Sayang rasa sedap tak malam tu? Jom repeat lagi... Abang gian nak rasa tubuh sayang lagi, kalau sayang tak nak, tak apa. Tapi jangan salahkan abang kalau semua orang tahu nanti. Muahhhh!"

Panggilan diputuskan. Ayra terduduk di kerusi. Jantungnya berdegup laju. Nafasnya mula tersekat sekat.

Kting!

Beberapa keping gambar dirinya terbaring di atas katil dalam keadaan bogel memenuhi skrin telefon.

"Arghhhhhh!"

Ayra menjerit kuat. Telefon bimbit dilemparkan sekuat hati ke dinding. Tubuhnya menggigil saat melihat peranti itu pecah berderai jatuh ke lantai. Dia duduk berteleku sambil menangis teresak esak.

"Baby, what happened?"

Tubuh Eddy dilihat berbalam balam. Ayra gigit bibir sekuat hati, tak mampu bersuara.

"Don't do this, nanti luka..."

Eddy menarik kepala Ayra dan letakkan pada dadanya. Tangisan Ayra menjadi semakin kuat.

Melihat kepada telefon bimbit yang pecah di atas lantai, Eddy tahu ada seseorang menganggu Ayra.

Dalam kepalanya hanya terlintas satu nama.

Farouk!

————————

Author notes:

Guys, belum habis lagi tau. Mr. Bodyguard tak setuju habiskan cerita ni terburu buru. So, we all decide nak sambung lagi sampai betul betul habis.

Sebagai menurut perintah Mr. Bodyguard, chapter ni I publish siang. Enjoy!

Bukti, saya yang menurut perintah 🤗

Sweet but psycho,
Yurina R❤️

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now