Farouk

874 20 3
                                    

~Kalau taknak gambar bogel sayang tersebar, jumpa abang malam ni~

Farouk senyum sebaik sahaja pesanan yang dihantar sudah dibaca oleh Ayra. Laju tangannya menghantar alamat tempat dia akan menunggu Ayra datang untuk berjumpa dengannya malam nanti. Sekali lagi dia tersenyum apabila pesanannya itu telah dibaca oleh Ayra. Walaupun Ayra tidak membalas, namun dia yakin Ayra akan datang berjumpa dengannya malam nanti.

“Kau jangan ingat kau boleh lepas, Ayra. Hehehe.... Nak lari ye? Tunggu abang malam ni tau, sayang. Hahaha.” Farouk buka satu botol lagi, meneguk sambil ketawa apabila memikirkan malam ini dia akan menikmati tubuh Ayra lagi.

Botol arak yang entah keberapa Farouk teguk hingga titis terakhir dan lemparkan ke dalam semak samun. Kepalanya terhuyung hayang. Namun dia tidak menghiraukannya.

Farouk melihat satu persatu gambar bogel milik Ayra di handphone nya, botol arak di tangannya dilemparkan ke dalam semak. Farouk buka satu botol lagi, meneguk arak sambil ketawa membayangkan bagaimana dia akan meratah tubuh Ayra nanti.

Farouk menyandarkan tubuhnya ke dinding rumah tinggal yang dijadikannya tempat melepaskan gian minum arak. Matanya terpejam mengimbas kembali kejadian malam itu. Tanpa mempedulikan tangisan Ayra, Farouk dengan rakusnya mengerjakan setiap inci tubuh Ayra. Farouk tersengih. Malam ini, Ayra akan dikerjakan tanpa gadis itu boleh membantah, gambar gambar bogel milik Ayra akan jadi senjata utama untuk Farouk memeras gadis itu supaya mengikut segala kemahuannya. Mungkin sampai bila bila selagi dia mahukan Ayra. Bergema setiap ruang rumah kosong dengan gelak ketawanya yang bersifat lebih teruk dari binatang itu.

Melihatkan keadaan yang sudah hampir senja, Farouk buat keputusan untuk pulang ke rumah. Mahu menanti ketibaan Ayra. Kepalanyanya terhuyung hayang, namun langkah kakinya digagahkan juga menuju pulang ke rumah sambil terbayangkan tubuh Ayra.

——————-

Ayra menangis di dalam kereta. Dia tak sanggup mahu hadap semua ini. Di pinggir jalan, Ayra memarkir keretanya. Airmatanya tak berhenti mengalir sejak dia keluar dari rumah Eddy. Untuk kali ini, Ayra terpaksa menengking Eddy yang berdegil mahu mengikut dan membantu menyelesaikan masalah di antara dia dan Farouk.

Ayra menjerit semahu mahunya di dalam kereta. Meraung raung seperti orang hilang akal. Berdoa dan menangis meminta tuhan memberinya jalan penyelesaian.

Entah datang dari mana satu kekuatan, satu suara seolah memaksa Ayra menghubungi mamanya untuk menceritakan segala apa yang terjadi. Ayra tak kuat lagi mahu menanggung semua ini. Jika kali pertama Ayra terpaksa, tapi tidak untuk kali ini. Malam ini, Ayra dah tak peduli lagi. Ayra mahu semua ini berakhir.

Ayra mendail nombor handphone mamanya, dan menceritakan segala galanya. Tanpa menanti balasan daripada mama, Ayra segera mematikan talian. Dia jadi takut akan reaksi mama dan pakcik Amir.

Ayra menekap kepalanya di steering kereta, dan terus menangis.

Handphone Ayra berdering.

"Mama dah cerita semuanya pada pakcik Amir. Ayra, dengar sini sayang... Untuk selesaikan semua ni, Ayra dengan Farouk kena nikah. Ini je caranya sayang. Ayra faham kan?" Ayra tersentak mendengar kata kata mama.

"Sanggup mama minta Ayra kahwin dengan binatang tu? Sampainya hati mama..." Keras Ayra menolak. Dia mengongoi sambil menekan nekan dada yang berasa sakit.

"Ayra tolong mama, sayang. Pakcik Amir tak mahu besarkan hal ini. Tak mahu sampai melibatkan pihak berkuasa." Mamanya merayu apabila mendengar Ayra mahu melaporkan hal ini kepada polis.

"Ayra, jangan degil, tak ada cara lain untuk selesaikan hal ini, dengar cakap mama! Dengar cakap pakcik!" Kedengaran tegas suara pakcik Amir di corong telefon.

"Ayra takkan...." Belum sempat Ayra menghabiskan kata kata, bapa tirinya memotong.

"Kalau Ayra tak mahu mama susah, tak mahu keluarga lain tahu pasal ni, ikut apa yang pakcik cakap! Ayra balik rumah sekarang! Malam ni pakcik akan uruskan pernikahan Ayra dan Farouk!" Tengking bapa tirinya, di corong telefon.  Ayra dapat dengar dengan jelas yang mamanya menangis dan merayu kepada bapa tirinya.

Sebelum talian diputuskan, Ayra terdengar bunyi tamparan dan suara mamanya menjerit kesakitan. Ayra bungkam. Sedih dan menyesal kerana memberitahu mamanya.

----------

Sampai di perkarangan rumah bapa tirinya, Ayra lihat ramai orang. Berkopiah dan baju melayu. Dari jauh Ayra lihat bapa tiri dan mamanya bersalam salaman. Ayra lap airmata, perlahan lahan dan berjalan menuju ke arah mamanya.

“Farouk dah tak ada, Ayra. Meninggal kena langgar dengan lori petang tadi.” Kata pakcik Amir perlahan. Bahu Ayra ditepuk, seolah olah cuba menenangkan hati gadis itu.

Ayra terus memeluk mamanya. Airmatanya mengalir deras. Entah gembira atau sedih, Ayra sendiri tidak pasti. Namun dia berasa lega kerana telah terlepas daripada cengkaman Farouk.

Author notes:

Guys,

Sorry la, lama menyepi. Ambil masa 4 bulan baru nak update. Please blame Eddy. Dia yang lambat bagi draft. By the way, cerita ni belum habis lagi guys. Eddy cakap, next chapter baru la finale.

Chapter ni semua Eddy yang tulis. As usual, I edit sikit sikit je. Korang, kalau nak cerita ni cepat habis, cer komen membina sikit, bagi semangat kat Eddy untuk habiskan terus. Dia jenis suka dipuji. Kalau korang pandai beli jiwa dia, laju la dia bagi draft kat I 😁

Manja kali,
Yurina ❤











You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 15, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now