I love you

1.2K 29 30
                                    

Masuk sahaja ke dalam bilik, Eddy lihat Ayra masih lagi tidur. Nafas dihela perlahan. Ayra niiii, boleh pulak dia tidur berkemban tuala!

Eddy masak air dan bancuhkan nescafe 3 in 1 untuk Ayra. Dia menghampiri katil dan mengamati wajah Ayra yang sedang lena tidur, berkira-kira sama ada nak kejutkan gadis itu atau membiarkan Ayra terus lena.

Eddy geram betul tengok muka polos Ayra waktu tidur. Geram je dia nak picit-picit hidung Ayra. Dah la tadi buat perangai merajuk taknak sarapan. Lepas tu sekarang ni tengah tidur pun buat muka comel.

Eddy menguis-nguis hidung Ayra, mengharapkan gadis itu membuka mata. Rindu pulak nak tengok mata Ayra. Setiap kali gadis itu ketawa, matanya bersinar galak. Malam tadi, saat sedang menangis, pandangan mata itu bertukar redup.

Dahi Ayra berkerut. Tidurnya rasa terganggu. Ingin buka mata, namun agak berat. Dia sekadar menguis hidungnya dengan jari telunjuk, seolah olah sedang menghalau serangga yang hinggap di situ.

Eddy gelak kecil melihat ulah Ayra. Kedua-dua tangannya melekap pada pipi Ayra, matanya merenung lama bibir Ayra. Dua tiga kali dia dekatkan bibirnya ke bibir Ayra, namun dia teragak-agak. Sudahnya dia mencium hidung gadis itu. Digesel-geselkan hidungnya pada hidung Ayra. Sangkanya Ayra akan bangun, namun gadis itu sekadar mendengus perlahan dan sambung tidur kembali.

'Aku ke dia yang berjaga malam tadi?'

Eddy renung lama wajah Ayra. Sesekali Eddy tersenyum. Dengan Ayra, Eddy dapat rasa satu kelainan. Tidak seperti sebelum sebelum ini. Selepas hampir 5 tahun Eddy break off, bukan tak ada dia cuba untuk hidup berpasangan, namun ada saja yang tak kena, jika bukan dari dia, dari pasangannya. Sejak dari itu juga Eddy tidak serius dalam berkenalan dengan mana mana perempuan. Tapi tidak dengan Ayra.

Ada satu rasa yang cukup kuat buatkan Eddy tak mahu lepaskan Ayra. Untuk itu, Eddy kerahkan segala semangat dan perasaan kasih, sayang dan cinta untuk Ayra. Selebihnya, Eddy serahkan kepada takdir dan biarkan masa yang buat kerja.

Eddy letakkan dua jarinya ke dahi Ayra, cuba meniru salah satu scene dari drama Korea yang pernah dia tonton, tapi lupa pula tajuknya. Drama tersebut menunjukkan seorang lelaki meletakkan dua jarinya ke dahi kekasihnya yang sedang pengsan di hospital, dan lelaki itu dapat melihat visual masa depan mereka berdua.

Sebaik sahaja jari Eddy mahu kena ke dahi Ayra, Ayra memusingkan tubuhnya mengiring. Sekali lagi Eddy ketawa sendiri.

'Boleh tahan juga bangang aku ni rupa rupanya, percaya ke drama Korea.'

Eddy geleng kepala, menarik comforter menutupi tubuh Ayra. Penghawa dingin dinaikkan sedikit suhunya. Biar Ayra selesa.

Eddy duduk di meja kopi menghadap ke tingkap besar. Nescafe 3 in 1 yang dia buatkan untuk Ayra, perlahan dihirupnya. Fikirannya jauh melayang memikirkan yang dia sekarang ini bersama dengan Ayra di dalam bilik hotel di Genting Highland. Senyuman terbit di bibir Eddy.

"Siapa siapa pun boleh tangkap renungan matamu, tapi tidak untuk hatimu, ia perlukan aku!"

Eddy lebarkan lagi senyumannya.

"Youuuu... Nak air tu." Eddy terkejut, menoleh ke arah Ayra yang memuncungkan bibirnya ke arah cawan nescafe 3 in 1 di tangan Eddy.

'Mampus, nescafe dah habis!'

Eddy lihat Ayra sudah berdiri di tepi katil sambil membetulkan ikatan pada tualanya, kemudian masuk ke bilik air.

Bingkas dia bangun mencapai satu sachet nescafe 3 in 1 dan memanaskan air di dalam kettle. Biar Ayra keluar dari bilik air nanti, secawan nescafe panas sudah siap terhidang di atas coffee table.

Sebaik sahaja mendengar pintu bilik air dibuka, Eddy campakkan telefonnya ke atas katil. Dia tidak mahu peristiwa awal pagi tadi berulang kembali. Mood Ayra harus dijaga. Sedikit kesilapan akan menyebabkan gadis itu moody. Eddy dah hilang modal nak memujuk.

Melenggang je Ayra berjalan menuju ke coffee table, masih berkemban tuala. Geram betul Eddy tengok. Ayra macam sengaja nak menguji Eddy. Takpe, Eddy ikutkan je rentak Ayra. Kalau nak menari, biarlah lantainya rata. Jika lantai retak, maka sumbanglah tariannya nanti.

Ayra mencicip sedikit nescafe yang Eddy bancuh untuknya. Matanya melirik ke arah Eddy yang sedang melakar sesuatu di atas kertas. Dia menghampiri Eddy dan matanya melihat sesuatu yang comel dan menghiburkan hati.

 Dia menghampiri Eddy dan matanya melihat sesuatu yang comel dan menghiburkan hati

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Aloloooo, comelnyaaaa you... Anak siapa ni?"

'For you! Ayra ❤️'

"Anak kita nanti lagi comel daripada dia ni tau, baby." Spontan sahaja Eddy menjawab, kemudian ukir senyum manis buat Ayra.

Cair pulak Ayra tengok lesung pipit di pipi kanan Eddy. Dia meletakkan kembali lukisan tadi ke atas meja dan memanjat tubuh Eddy yang sedang bersandar di kerusi.

"Tadi kenapa tak kiss bibir I"? Jari telunjuknya menyentuh bibir Eddy. Dilalukan jari itu antara kena dan tidak.

Senyum dia melihat Eddy yang terpempan tanpa kata. Dia dekatkan bibirnya pada bibir Eddy. Hangat hembusan nafas Eddy membuai rasa. Disentuhkan bibirnya pada bibir Eddy.

1 saat...

2 saat...

3 saat...

4 saat...

5 saat...

"Lain kali, kalau nak kiss, kiss je terus. Tak payah nak acah-acah." Katanya disertakan dengan tawa mengejek.

Tubuh dijarakkan sedikit dari tubuh Eddy. Dia ingin turun dari ribaan Eddy, namun tangan lelaki itu kemas memeluk pinggangnya, mengunci pergerakan.

Mata Eddy redup memandang tepat ke mata Ayra. Nafasnya turun naik, tambahan pula, kedua tangan Ayra merangkul tengkuknya. Belum sempat Ayra berkata apa apa, Eddy melumat bibir Ayra semahu mahunya hingga Ayra kehilangan nafas seketika.

Saat bibir terpisah, haba panas mula menyerbu ke pipi Ayra. Mata dikerdipkan berkali kali seraya menggigit bibir. Nak pandang mata Eddy pun dia tak mampu.

"I love you, Ayra Azalea..."

Satu ayat, tapi memberi seribu makna.

"I love you more, sayang."

Dua bibir bertaut kembali. Saat tangan Eddy menjalar ke daerah yang lebih sensitif, satu perkataan yang Ayra bisikkan telah buat Eddy pasrah dan mengalah.

"Forbidden!"

Kah!

Author notes: Sorry, lambat publish. Rasanya mulai hari ni, nak publish malam la sebab siang Mr. Bodyguard busy kerja. Takpe kan kalau publish malam? Ke nak siang jugak?





BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now