Oktober 2018
Eddy dulu yang DM Ayra kat Wattpad. Dia geram tengok Ayra menggeletis dengan wattpaders yang lain kat komen pelbagai cerita.
Lalu lalang kat newsfeed dia nama Ayra. Berderet-deret, meluat!
Dia nak try jugak!
DM pertama, sepi begitu sahaja. Huh, Ayra ni baca ke tidak DM dia?
Dia cuba nasib lagi.
Kali kedua, masih tak berjawab. Dia mula study tentang Ayra.
Apa yang Ayra suka, benda apa yang Ayra selalu komen. Bagaimana cara Ayra berinteraksi dengan lelaki dan perempuan. Bila dia dah betul-betul khatam tentang Ayra, dia DM lagi sekali.
Bingo!
Ayra balas. Eddy terus lompat bintang!
Dua bulan selepas berbalas DM di wattpad, Eddy propose Ayra untuk interact di aplikasi WhatsApp pula. Tak sangka Ayra setuju.
Sejak itu Eddy dan Ayra semakin rapat. Baru la Eddy tahu, Ayra ni boleh tahan nakal. Kerja nak tease orang je. Bikin Eddy selalu gigit jari.
Terjebak la juga dengan sexting dan phonesex. Hihi...
Januari 2019
Sebenarnya Eddy dan Ayra langsung tidak pernah berbincang untuk berjumpa. Ayra pernah cakap pada Eddy, benda ni dia cuma suka-suka je. In real life, karakter dia tak sama dengan karakter dia di wattpad. Bagi Ayra, wattpad tu cuma escapism untuk dia jadi siapa yang dia mahu. Itu sahaja.
Macam mana boleh berjumpa?
Suatu hari, Ayra ada urusan kerja di Ipoh, Perak. Dah jadi kebiasaan Ayra akan maklumkan pada Eddy akan segala aktiviti hariannya.
Jadi, masa dah nak gerak balik ke ibu kota, Ayra pun lapor la kat Eddy. Eddy cakap kat Ayra, semalam masa dia ke Bukit Beruntung, dalam perjalanan pulang ke KL, Eddy singgah di R&R Rawang dan beli roti kaya butter Haji Junus.
Eddy bagitau Ayra, dia menyesal beli roti tu satu je. Kalau tau sedap, mesti dia beli banyak. Itu saja.
Tapi Ayra ni jenis cepat kesian. Bila dengar Eddy cakap macam tu, Ayra plan nak singgah juga di R&R Rawang dan belikan roti tu untuk Eddy. Macam mana nak serahkan pada Eddy, itu Ayra belum fikir. Biar dia belikan untuk Eddy dulu.
Sampai je di R&R Rawang, Ayra snap gambar food truck roti kaya butter Haji Junus. Ayra beritahu Eddy, dia beli untuk diri dia dan Eddy sekali.
Eddy masa tu kat tempat kerja, tapi dah mula tingtong, kepala berat, pinggang sakit, lutut pun lembik sebab malam tadi dia dan Ayra phone sex sampai Eddy cum tiga kali.
Hati Eddy mula berbunga-bunga bila Ayra cakap dia belikan roti kaya butter tu untuk Eddy. Ada harapan la nak jumpa Ayra. Eddy pun apa lagi, mula la cari alasan nak ambil half day.
Di depan boss, Eddy sapu minyak cap kapak kat dahi dan tengkuk.
"Kau kenapa?" Tanya boss. Eddy beri alasan sakit kepala dan perut rasa sebu.
"Gastrik la tu. Kau balik la. Tak payah isi form. Aku cover kau." Kata boss.
Eddy menjerit keriangan di dalam hati. Dia habiskan saki baki kerja yang ada dan kemudian terus cabut balik. Sempat dia maklumkan pada Ayra bahawa dia half day sebab sakit pinggang. Siap mengadu pagi tadi nak naik tangga pejabat pun lutut dia lembik. Rasa macam nak merangkak je. Penangan Ayra la, si penggoda yang pantang menyerah!
Sampai je kat rumah, Eddy terus bogel dan baring atas katil. Langsir ditutup supaya bilik berada dalam keadaan yang gelap. Kaki disilangkan dan dia pun snap la gambar kaki dia yang berbulu tu, konon seksi. Dia send kat Ayra sambil membayangkan Ayra gigit bibir bila tengok kaki berbulu dia tu.
Sekali tu Ayra reply gambar roti kaya butter dan minta Eddy share location. Ayra beritahu, dia dah sampai kat Jalan Duta.
Eddy tepuk dahi. Ayra ni memang tau. Masa phone sex malam tadi, kemain manja macam kucing Parsi, tease itu ini.
Kena turn Eddy nak teasing, dia boleh buat selenga je.
Dah nasib badan... Eddy mengeluh sambil bersiap. Wangian Hugo Boss disembur pada leher dan pergelangan tangan. Dia menghidu bau tubuhnya. Seksi! Biar Ayra tergoda. Untung-untung boleh realisasikan imaginasi malam tadi.
Eddy dah siap-siap tunggu Ayra di depan guard house. Jantung dia bagai nak meletup bila nampak kereta kelisa warna silver milik Ayra semakin hampir kepadanya. Dia menyeka peluh di dahi sambil berdehem banyak kali.
"Hai..."
Ayra dulu yang menyapa, manakala Eddy terus berdiri kaku pandang Ayra dengan mata tak berkelip.
'Sho shantek!'
Bisik Eddy di dalam hati. Kalau dia lafazkan kalimah itu, confirm Ayra starlight dahi dia dan tuduh dia dak-dak wechat!
Ayra hulur plastik berisi roti kaya butter ke tangan Eddy, dan Eddy menyambut tanpa berkata apa-apa. Punya la dia nervous jumpa Ayra, sampai terus jadi kelu lidah.
Ayra rasa nak ketawa tengok ulah Eddy. Jadi dia ambil keputusan untuk balik je. Padahal masa dalam perjalanan nak jumpa Eddy tadi, dia dah berangan yang diorang berdua duduk sama-sama borak itu ini.
Tengok pada gaya Eddy sekarang, Ayra rasa macam mustahil je angan-angan dia tadi nak jadi kenyataan.
Ayra capai tangan Eddy, salam dan cium. Kemudian dia ucap 'good bye' lalu masuk ke dalam kereta.
Masa dia undur kereta, Eddy masih tegak kaku di situ.
Huh, mengong la Eddy.
Kbai!