5:30 pm Sabtu
Eddy tenang memandu dalam kesesakkan lalulintas. Tidak sedikit pun hatinya merasa panas dengan keadaan jalanraya yang sesak. Mana mungkin hati boleh panas jika di sebelahnya duduk perempuan comel seperti Ayra. Eddy buat-buat fokus memandu, dalam hatinya masih berdebar. Dia bukannya berani sangat bila berhadapan dengan perempuan. Tapi kali ini, Eddy jadi berani dan tak kekok bila dengan Ayra. Selesa.
Tengok la sekarang, tak lepas tangan Ayra dari genggaman tangannya. Kejap-kejap dia cium. Geram je dia nak hisap jari jemari Ayra. Tapi Eddy sabar je, taknak la Ayra cakap dia gelojoh. Slowly but surely.
“Jammed la, you. Roti lak tak ada.” Ayra berseloroh, dan ketawa.
“Jammed macam ni, kalau bawak roti, roti dah habis pun jammed ada lagi. Tapi kalau bawak you, duduk dalam jammed seribu tahun pun I sanggup.” Eddy kenyit mata ke Ayra. Mereka sama-sama ketawa.
Hampir jam 7 petang, mereka sampai di Genting Highland. Takde plan pun nak main kat theme park. Masa kat dalam kereta tadi Eddy tanya kenapa Ayra ajak dia ke Genting Highland, Ayra cakap semalam dia main sebut je nak pergi mana.
Bila dah dua-dua tak tahu ke mana hala nak menuju, mereka sekadar jalan-jalan mencuci mata di Sky Avenue. Keluar masuk kedai-kedai yang menjual pelbagai jenis barang. Ayra teruja masuk ke kedai-kedai yang menjual barangan kemas, kasut dan handbag. Manakala Eddy pula ambil masa yang agak lama apabila masuk ke kedai menjual gajet.
Penat mencuci mata tanpa membeli apa-apa, mereka menikmati makan malam sebelum menyaksikan persembahan yang mengusik jiwa di SkySymphony. Eddy memang suka sangat la tengok benda-benda macam ni. Pantulan cahaya daripada 1001 bola yang digunakan dalam pertunjukan itu membuatkan jiwanya terbang ke suatu dimensi yang berbeza. Ayra pula menikmati keindahan muzik yang mengiringi persembahan bebola bercahaya itu.
Usai persembahan, kedua-dua mereka setuju untuk menikmati suasana malam di sekitar Genting Highland. Keluar sahaja dari ruang SkySymphony, Eddy capai tangan Ayra dan genggam erat. Suhu sejuk menyelubungi persekitaran.
“Hoi, Eddy. Fucker you! Kau cakap nak balik kampung, jumpa mak la apa la. Kau beromen dekat sini ya. Fucker!" Eddy terkejut, entah dari mana boss-nya muncul. Eddy garu garu kening, cari alasan nak menipu lagi.
'Macam mana lak si tua ni boleh ada dekat sini ni. Mampus aku!'
“Errrr… boss, anu… errrr… sa… saya singgah, haaa singgah beli kopi, lepas tu balik la kampung.” Kelam kabut Eddy bagi jawapan.
“Kau tunggu hari Isnin nanti, tak settle kerja kau tu, aku bagi kau gula gula manis punya… "
“Darling, dah settle register bilik,” belum sempat boss Eddy menyambung, seorang wanita datang menangkap lengan boss-nya.
“Boss…” Eddy membuat isyarat ke arah wanita tersebut, keningnya diangkat berkali-kali sambil menghadiahkan senyuman sinis kepada boss. Eddy kenal, wanita itu bukan isteri bossnya.
“Habis, kau ingat kau je, aku tak pandai? Dah, pilih bilik kau, aku bayar. Bukan aku takut, aku belanja sebab kau janji tak nak present taik dekat aku.” Boss Eddy buat isyarat jari menyuruhnya cepat menyelesaikan pendaftaran bilik.
Eddy cepat cepat menarik lengan Ayra yang masih bingung, membawa Ayra sedikit jauh dari boss dan skandalnya.
"Baby sayang, I kantoi dengan boss. Tadi I cakap kat dia nak balik kampung. Sekali tu terserempak kat sini pulak." Eddy pilih untuk berterus terang sahaja.
Penangan dapat cium Ayra, buat Eddy nekad untuk jujur sejujurnya dengan Ayra. Taknak menipu gadis itu, sebab Eddy pernah baca Ayra up kat MB wattpad, dia paling pantang dengan orang yang suka menipu. Takkan ada peluang kedua kalau orang tu kantoi menipu. Tiba-tiba Eddy jadi takut jika perkara itu berlaku kepadanya.
"So?"
"Macam ni baby... Boss pun kantoi dengan I, tuuu, tengok tu... Tu skandal dia tu baby." Eddy memuncungkan bibir ke arah boss yang berpeluk sakan dengan wanita berusia dalam lingkungan lewat 30-an.
"Faham..." Sepatah sahaja Ayra bersuara. Dia kan si cantik yang bijaksana? Tak perlu Eddy terangkan dengan lebih lanjut, dia sudah dapat menangkap jalan ceritanya.
Dia menarik tangan Eddy menuju ke kaunter pendaftaran.
"I nak bilik yang ada katil king, lepas tu ada bath tub." Dia berbisik ke telinga Eddy, kemudian menepi agar Eddy dapat menyelesaikan urusan check in.
Masuk je dalam bilik, Ayra senyum lebar. Permintaannya dipenuhi oleh pihak hotel. Meyesal dia tak minta diorang tabur bunga ros atas cadar hotel lepas tu letak swan dua ekor. Hihi...
Beg galas dibuka dan dia mengeluarkan satu beg kecil berisi barangan mandiannya. Dia tak sabar nak berendam dalam bath tub. Tubuh yang penat harus disegarkan dengan mandian air hangat.
Eddy sedang merokok di balkoni apabila Ayra memanggilnya dari dalam bilik air.
'Ayra nak ajak dia mandi sama-sama ke?'
Eddy mengangkat kening sambil senyum sumbing.
Pintu bilik air dibuka separuh. Kepala Ayra terjongol keluar. Wajahnya sedikit cemas.
"Youuuu..."
"Nak ajak I mandi sama ye?" Direct je Eddy tanya Ayra.
"Youuuu... Nak minta tolong ni. I period. You tolong belikan I pad Kotex 24 cm, wing tau. Ada gambar Yuna, pleaseeee!"
Mati terus senyuman di bibir Eddy.
Kah!