Ktingggg!
Anak kunci yang tersangkut di pintu grill terjatuh sedikit jauh di bahagian dalam. Eddy cuba menghulurkan tangan untuk capai anak kunci, tapi tak sampai. Bergegar gegar pintu grill apabila Eddy cuba memaksa tangannya untuk mencapai anak kunci itu.
Eddy merengus, usahanya sia sia. Hatinya yang sedia panas bertambah panas. Digegarnya pintu grill berkali kali sehingga payung yang tersangkut di antara jeriji besi turut terjatuh. Payung yang jatuh ke atas lantai dicapai untuk menguis kunci rumah. Sebaik sahaja pintu grill berjaya dibuka, Eddy biarkan sahaja mangga tidak berkunci.
Eddy masuk ke ruang tamu dan membuka TV. Dia langsung tak berminat untuk menonton, hanya mahukan sedikit bunyi bising untuk melarikan diri dari sunyi.
Tubuhnya direbahkan ke atas sofa. Kepalanya berpusing ligat. Menanti Ayra pulang. Eddy harap, Ayra tidak menaikkan darahnya. Tidak melawan kata katanya.
'Ayra, aku sayang kau! Sayang sangat sangat.'
Eddy raup wajah dengan kedua tapak tangannya. Serabut! Dia pun tak pasti apa puncanya. Serba tidak kena. Daripada baring, dia kembali duduk, menggeliat seketika sebelum berdiri. Kaki dihala menuju ke dapur.
Mug yang berada di atas meja Eddy capai, menuangkan serbuk nescafe dan air panas. Eddy angkat penutup makanan. Di dalamnya sudah terhidang sup ayam, telur dadar dan ayam goreng. Dia menyungging senyum tawar. Perutnya lapar, tapi belum ada selera. Nescafe yang sudah suam dihirup perlahan.
Ayra!
Eddy cepat kembali ke ruang tamu, phone atas meja dia capai.
8 missed called, 5 messages dari Ayra.
Eddy pantas mendail nombor phone Ayra. Namun masuk ke peti simpanan suara. Eddy buka whatsapp,
~Sorry, you. I dalam toilet tadi.~
~You dekat mana?~
~You, sorryyyyy.~
~I sangkut kunci dekat grill, kalau you balik dulu, let me know.~
Eddy dail sekali lagi nombor Ayra. Masih juga masuk ke peti simpanan suara.
'Ayra... Ayra! Mana la kau pergi? Call tak dapat, message tak lepas. Kau tak boleh ke duduk rumah, tunggu sampai aku balik? Susah ke nak buat macam tu?' Eddy merengus. Lepas satu, satu masalah yang datang. Lagi 15 minit pukul 10 malam.
Eddy lemparkan phonenya ke hujung sofa setelah kali yang entah ke berapa dia mendail nombor Ayra.
'Please, jangan buat hal. Aku penat, Ayra! 'Eddy sandarkan tubuhnya ke sofa dan pejam mata.
"You pergi mana?" Sedikit tegas Eddy menyoal apabila mendengar bunyi pintu grill dibuka dan tubuh Ayra muncul di hadapan matanya.
"I buka pintu, tengok you tak ada depan..."
"I tanya you pergi mana?" Potong Eddy, masih keras suaranya.
"I pergi cari you, I buka pintu, tengok you tak ada. I cari you dekat parking kereta, kereta you tak ada. I pergi kedai mamak yang you selalu ..."
"Tak payah cari I. You duduk rumah diam diam, buka pintu bila I sampai rumah, tak boleh? I boleh jaga diri I sendiri, you tak payah susah susah nak cari I. Jaga diri you tu dulu sebelum nak jaga I, faham? Kalau tak faham, you duduk sini. Sekarang I bagi you betul betul faham!" Eddy tarik tangan Ayra, kasar. Dia tak lagi mampu mengawal amarahnya. Kali ini, Eddy mahu Ayra tahu, Eddy mahu Ayra dengar segala apa yang mahu Eddy katakan.
Ayra hanya menurut. Perlahan dia duduk di sebelah Eddy, tatap mata Eddy dan bersuara,
"I minta maaf, sebab susahkan you. I minta maaf juga sebab tak pandai jaga diri untuk you. Tu sebab I kena rogol, kan? Okay, lepas ni I takkan susahkan hidup you lagi."
Ayra bangun lalu berjalan laju masuk ke bilik tidur dan keluar dengan dua beg di tangannya.
"Ayra, I minta maaf! I tak bermaksud nak buat you macam ni... Ayra... Ayra... Ayra!!!"
Eddy buka mata dan bingkas bangun masuk ke bilik tidur. Almari pakaian dibuka dan dia menghela nafas lega. Semua pakaian Ayra masih ada. Barang barang peribadi Ayra juga tersusun kemas atas meja solek. Eddy urut urut dahi, pening kepala tiba tiba datang, kerana bangun tidur dengan mengejut. Eddy tersenyum apabila dia tahu hanya bermimpi. Eddy peluk bantal tidur Ayra. Eddy rindu Ayra, rindu sangat sangat.
Kecut perut Eddy mengenangkan mimpinya sebentar tadi. Kata katanya di dalam mimpi itu agak kasar dan mungkin Ayra tak dapat menerimanya. Eddy bersyukur, itu hanyalah mimpi cuma. Jika benar benar kejadian, Eddy tak dapat bayangkan apa yang berlaku jika Ayra benar benar pergi bawa diri. Eddy tak sanggup nak fikir.
Tiba tiba ada satu perasaan halus meresap ke dalam jiwa. Eddy pejam mata, lama. Ada air hangat bergenang di kelopak mata. Tanpa Ayra, Eddy resah. Eddy berbisik dalam hati,
'It's time!'
Sekarang Eddy yakin dan pasti, rasa marahnya terhadap Ayra tak dapat mengatasi perasaan sayangnya terhadap Ayra yang sangat mendalam. Marah macam manapun, ada satu rasa di sudut hatinya yang tidak mengizinkan amarah itu berterusan. Eddy terbayang wajah mak. Suara mak juga sudah terngiang ngiang di telinganya.
'Ayra...'
"Hish, apa sepah sepah ni? Payung ni dah guna sangkut la balik, kalau tak, buang je. Tak ada la semak! Kasut ni tak boleh simpan dekat rak? Nak kena upah orang gaji simpankan?"
Kedengaran suara Ayra dari ruang tamu. Eddy bingkas bangun duduk di birai katil sambil peluk erat bantal Ayra yang berbau haruman shampu Sunsilk. Dia pasti Ayra akan mencarinya di bilik.
"Tu kenapa kasut tak susun atas rak? Bersepah macam tu je? Ada bibik nak susunkan?" Ayra muncul di pintu bilik tidur dan membebel.
Eddy lepaskan bantal tidur, dan terus bangun peluk Ayra rapat rapat.
"I miss you, baby sayang!"
'Dah kenapa mamat ni?' Ayra jadi hairan. Tadi bukan main lagi Eddy jerkah dia suruh balik. Ayra awal awal lagi dah pasrah kalau kena sembur dengan Eddy. Tapi, ni tiba tiba Eddy buat perangai manja dia. Ayra terus rasa lega.
"Baby... Nanti ikut I jumpa mak ye? It's time!" Dahi Ayra dikucup berkali kali.
"Time for?" Ayra kerut dahi.
Eddy angkat kening dan senyum, menyerlahkan lagi lesung pipit di pipi kanannya, bikin Ayra cair...
Author notes:
Next chapter ialah chapter terakhir. Tak sabar dah nak tamatkan kisah si Eddy & Ayra ni. Apa akan jadi dengan hubungan diorang berdua? Tungguuuuu
Yang manih leting,
Yurina ❤️