Sempurna by Mr. Bodyguard

873 21 11
                                    

Chapter ini ditulis sepenuhnya oleh Mr. Bodyguard. I cuma betulkan typo sahaja.

Terasa perit asap rokok yang melepasi kerongkong Eddy. Dari balkoni, Eddy memandang Ayra yang menangis, menekup wajahnya ke lutut. Terhinggut hinggut tubuh Ayra menahan esaknya. Eddy hanya membiarkan Ayra melepaskan segala perit yang ditanggung. Jika dengan menangis, Ayra dapat melegakan setiap rasanya, maka biarlah dia menangis semahu mahunya. Bukan Eddy tak mahu memujuk, Eddy tahu pasti akan tiba masa yang sesuai untuk dia menenangkan Ayra. Masa yang tepat untuk dia mengisi 'blank part' Ayra.

Apa, mengapa dan bagaimana ini boleh terjadi? Siapa yang sanggup melakukannya kepada gadis yang dicintainya? Berputar putar ligat soalan soalan dalam kepala Eddy. Perit, pedih dan pilu hatinya tatkala membayangkan kejadian itu, bagaimana Ayra menanggung semua itu sendiri?

Eddy mula buntu, dikelilingi ruang asing yang buatkan dia mahu menjerit, membunuh manusia durjana yang telah menyakiti kekasih hatinya. Warna biru-putih-terang buatkan kepala Eddy benar benar sakit. Apa yang harus dia lakukan? Perlahan lahan Eddy pejamkan mata dan merebahkan kepalanya atas meja kopi kecil di balkoni.

Gelap.

Lega.

Eddy buka mata dan menyeka airmata yang mengalir. Eddy bangun dan duduk di sebelah Ayra, yang masih lagi menangis. Tangan Ayra, Eddy sentuh lembut.

"Tak payah pegang aku, kau nak apa lagi?" Keras suara Ayra, menepis sentuhan Eddy.

Eddy merenung tajam ke wajah Ayra. Tepat ke mata Ayra yang berkaca. Giginya dikertap berkali kali. Geram.

"Kau ikut aku sekarang. Sekarang!" Sedikit keras suara Eddy memberi arahan. Bila melihat Ayra beraku kau, Eddy mengikut rentak gadis itu. Eddy tarik lengan Ayra, Ayra akur bila melihat wajah serious Eddy. Lambat lambat Ayra mengekor dari belakang menuju ke bilik tidur.

Ayra duduk di birai katil. Eddy duduk di lantai, menggenggam kedua tangan Ayra.

"I akan jaga you, baby. Sampai bila bila I akan jaga you."

Ayra jadi bingung melihat sikap Eddy. Tenang dan bersahaja.

'Tak marah ke? Tadi bukan main tengking tengking aku. Lepas tu...' Ayra berhenti mengomel bila merasakan kedua dua tapak tangannya hangat. Eddy menekup wajahnya ke tapak tangan Ayra. Ayra memandang Eddy, serta merta teringatkan ciuman pertama mereka di Genting Highland. Terngiang kata kata Eddy terhadapnya,

"I nak jaga you sampai bila bila, baby sayang..."

Airmata Ayra mengalir deras. Eddy janji nak jaga Ayra, tapi Ayra tak mampu jaga diri sendiri. Jaga diri untuk Eddy. Maafkan Ayra, sayang.

"Dah, jangan menangis lagi, you pergi mandi, segarkan badan you. Kalau tak mahu mandi, cuci muka." Ayra tersedar bila merasakan jari jemari Eddy mengusap airmatanya.

"I turun beli makanan, nanti kita makan sama sama. I ada banyak benda nak tanya dengan you." Eddy hulurkan tuala kepada Ayra. Melihat Ayra masih lagi bingung, Eddy letakkan tuala atas riba Ayra.

Selesai mandi, Ayra baring atas katil. Menangis semahu mahunya hingga tertidur.

Eddy geleng kepala, melihat Ayra tidur berkemban tuala. Niatnya mahu memanggil Ayra makan, dia batalkan.
"Apapun yang terjadi, you'll always be my baby sayang. Sampai bila bila."

Eddy batalkan juga niat mahu mencium dahi Ayra, bimbang akan menganggu gadis itu dari tidur lenanya.

***

Selesai makan, Eddy memanggil Ayra ke sofa. Ayra duduk di sebelah Eddy. Eddy tarik Ayra ke ribanya dan peluk Ayra dari belakang.

"Saya cintakan awak, Ayra Azalea." Perlahan suara Eddy melafazkan kata cintanya. Kolam matanya mula bertakung. Sedaya upaya Eddy tahan, dia tak mahu Ayra lihat dia menangis. Dia harus kuat, untuk Ayra.

Kembang kempis hidung Ayra menahan sebak. Bibirnya digigit kuat hingga berdarah. Sakit. Entah sakit kerana bibir luka ataupun sakit hatinya yang telah terluka. Ayra sendiri tak pasti. Span sofa digenggam kuat, Ayra cuba tak mahu menangis lagi. Saat Eddy mencium kepalanya, Ayra tak tertahan lagi. Airmatanya tumpah.

"I dah tak suci, sayang..."

"Shhh... baby, apa yang dah terjadi, pasti terjadi. I sayang you, macam I mula mula kenal you." Eddy cium kepala Ayra berkali kali.

Setiap yang terjadi, pasti ada hikmah.

Dan, setiap orang pasti ada kisah silam yang tak mahu diceritakan, mungkin tak perlu diingat lagi. Eddy janji, sampai masa Eddy akan ceritakan semuanya ke Ayra. Untuk masa sekarang, Eddy mahu jaga Ayra betul betul.

Ahhh, Eddy taknak fikir itu semua! Apa pun keadaan Ayra, Eddy tetap terima seadanya. Baginya, Ayra begitu SEMPURNA.

"I love you, Ayra Azalea. Forever!"

BUNGA & LEBAHWhere stories live. Discover now