BELLA CATHERINE

335 58 54
                                    

P R O L O G

– Apa itu persamaan? Apa sahaja yang menghubungkan masyarakat. –


TAHUN 1960,
ABAD KE-20,
BANDAR EDITH.

PANGGILAN terakhir daripada keretapi terakhir mula kedengaran. Para penumpang mula masuk ke dalam barisan untuk menaiki keretapi terakhir itu. Jika lambat, masaklah mereka perlu menunggu pelepasan esok hari pula.

          Menapak masuk ke dalam, dia terus mengambil tempat di salah sebuah kerusi penumpang berdekatan dengan pintu. Beg tangan diletakkan di atas riba sementara payungnya diletakkan di sebelah kaki.

          Bebola matanya meliar memandang sekeliling gerabak biasa itu. Selalunya, dia akan mengambil gerabak yang menempatkan golongan bangsawan tetapi entah mengapa hari ini dia terdetik untuk memilih gerabak biasa ini.

          Jam tangan ditilik. Perjalanan menuju ke Ladang Pamah dari Bandar Edith memakan masa setengah jam. Dia membetulkan duduknya agar dia lebih selesa sepanjang perjalanan nanti. Agak sukar bagi golongan bangsawan sepertinya untuk duduk di gerabak ini.

          Mungkin, disebabkan dia sudah terbiasa duduk di dalam kabin dengan ditemani meja dan ruangan yang luas. Ketika dia sedang mencari keselesaan, ketika itu pandangan matanya tertancap pada tajuk buku yang dibaca oleh seorang kanak-kanak lelaki di sebelahnya.

          Hari Tanpa Kelmarin

          Sebuah buku yang telah diterbitkan pada bulan Ogos tahun 1957. Karya ini pernah menjadi rebutan penggemar novel semasa ia mula-mula diterbitkan kerana isi kandungan di dalamnya. Jalan ceritanya juga diadaptasikan daripada kisah-kisah benar yang pernah berlaku di Bandar Edith.

          Namun, sehingga ke hari ini penulisnya masih belum diketahui. Pihak penerbitan juga tidak mahu memberikan kerjasama ketika para penggemar novel menyerang syarikat penerbitan semata-mata untuk mengorek identiti si penulis.

          "Buku yang menarik, bukan?"

          Tumpuan si kanak-kanak lelaki dalam lingkungan lapan ke sembilan tahun itu terganggu. Kini, pandangannya beralih memandang gadis awal 30an di sebelahnya. Senyuman yang diberikan oleh si gadis membuatkan si kanak-kanak lelaki turut mengukirkan senyum.

          "Kakak pernah baca buku ni?" tanya si kanak-kanak. Buku berwarna merun gelap itu ditutup dan diletakkan di atas riba.

          "Siapa nama?" soal si gadis pula sekadar ingin tahu.
          "Arthur. Kakak?" jawab Arthur lantas bertanyakan soalan lagi.

          "Charlotte," ringkas gadis bernama Charlotte itu menjawab. "Tak pernah. Tapi, saya tahu jalan ceritanya bagaimana."

          "Arthur suka buku ni?" Arthur mengangguk-angguk lantas memeluk buku tersebut tanda dia amat suka akan buku itu.

          "Suka. Suka sangat-sangat! Arthur suka watak utama dalam buku ni. Ibu pernah cakap, dulu watak dalam buku ni pernah wujud di negara kita."

          Bersungguh-sungguh Arthur menceritakannya. Charlotte mengangguk perlahan. "Betul! Watak dalam buku ni memang pernah wujud." Yakininya.

          "Betul ke, kak!" Charlotte mengangguk lagi. "Kenapa? Arthur nak jumpa watak tu?" melihat sinar dalam anak mata Arthur, tahulah Charlotte bahawa Arthur benar-benar menyukai watak itu.

          "Dari apa yang pernah ibu ceritakan, Arthur tahu watak ni orang yang baik! Suka tolong orang susah. Tapi..." Wajah Arthur mula mengendur.

          "Mustahillah boleh jumpa. Ibu kata, dia dah lama tak ada." Terselit kesayuan dalam nadanya. Buku itu kembali dipandang.

          "Bukan Arthur saja yang nak jumpa dia. Ibu dengan orang-orang ladang semua pun teringin nak jumpa dia." Sambung Arthur sebelum kembali menyelak bukunya.

          Alangkah indahnya, bila dia dapat bertemu si watak yang dulu pernah wujud di bandar ini. Identitinya, yang dulu amatlah digeruni oleh setiap bangsawan sehingga ada yang mengupah pengawal keselamatan di setiap rumah.

          Charlotte hanya mampu tersenyum. Bukan Arthur sahaja yang ingin bertemu watak itu. Jika diberi peluang kedua, dia pasti akan menggunakan peluang itu sebaiknya. Dia pasti akan menghalang watak itu daripada melakukan sesuatu yang telah membuatkan dia hilang buat selamanya.

          Bell, kau dengarkan? Walaupun, terdapat sebilangan penduduk Edith membenci kau. Tapi, sebilangan besarnya masih memerlukan kau. Terutama sekali mereka yang pernah kau bantu.

          10 tahun berlalu, orang ramai menganggap dia sudah mati. Mati bersama jenayah yang dia sendiri lancarkan. Namun, disebalik kematiannya, jenayahnya kekal sebagai mimpi ngeri. Kata-kata yang pernah menghantui Bandar Edith 10 tahun lalu, masih setia menghantui.

          "Saya sedia untuk awak."

CATHERINE'SWhere stories live. Discover now