6 : Ethically Questionable

61 17 40
                                    

KEMBALI KE TAHUN 1950




LOUIS melepaskan keluhan berat. Kejadian itulah yang telah mengubah personaliti Bella. Kejadian 15 tahun lalu benar-benar telah memberi impak besar dalam hidup gadis berusia 24 tahun itu.

     Selama gadis itu membesar, Bella tidak lagi seperti Bella yang dia kenal. Bella 100% telah berubah. Tapi, Louis tidak boleh menyalahkan takdir kerana ini semua berlaku disebabkan dia sendiri.

     Dia yang membelot, membantu Yunus mendapatkan dokumen itu sehingga membuatkan Bella hampir-hampir membencinya. Sudah terang lagikan bersuluh, semua ini berpunca daripadanya. Lamunan Louis termati tatkala terdengar namanya diseru oleh Bella.

     "Ya, Cik Catherine?"

     Sofa single yang sentiasa menjadi tempat Bella beristirehat dihampiri. Louis sudah berjanji pada dirinya sendiri. Dia akan menjaga dan melindungi Bella sepertimana yang Tuan Khalid dan Puan Karmila harapkan.

     "Maya katanya ada hal dekat luar. Saya lapar," adu Bella dengan wajah sedikit sugul. Gadis itu memandang sekeliling rumah. Mencari kalau-kalau Maya sudah pulang. Louis mengukir senyum.

     "Saya boleh masak untuk cik. Cik nak makan apa?" tersenyum teruja Bella mendengarnya. Jari telunjuk dan ibu jari diletakkan di bawah dagu.

     Lagaknya itu seperti dia sedang memikirkan sesuatu yang serius. Lagipun, bila berkaitan dengan makan ia adalah sesuatu yang harus difikirkan dengan mendalam. Itu kata Bella la.

     "Dah lama awak tak masak spaghetti goreng. Teringin nak makan benda tu," ujar Bella selepas beberapa minit berfikir.

     Teringat pula kisah dulu-dulu di mana Louis selalu menghidangkan spaghetti goreng kepadanya. Semasa mereka tinggal di rumah kedua Tuan Khalid di Ladang Pamah, Louis gemar memasak masakan itu.

     "Baiklah, Cik Catherine." Mereka sempat berbalas senyum sebelum Louis bergerak keluar dari ruang tamu. Dengan senyuman yang menghiasi wajahnya, Louis menuju ke dapur.

     Setelah kelibat lelaki butler itu menghilang, senyuman dibibir Bella mati serta merta. Dia kembali menunduk memandang surat khabar di atas meja depannya. Tajuk pada akhbar depan jelas menunjukkan mengenai kematian ngeri Puan Eliza Thory.

     Tapi, bukan itu yang menarik perhatian Bella saat ini. Ada sesuatu yang mengganggunya. Keluhan berat terlepas dicelahan bibir. Buat apa mahu difikir lagi? Kes Eliza Thory sudah selesai.

     Dia mula memandang sekeliling ruang tamu. Sunyi sahaja rumahnya ketika ini. Maya, sejak sejam yang lalu lagi keluar ke pekan entah atas urusan apa. Louis baru sahaja ke dapur meninggalkan dia berseorangan.

     Brian?

     Heh, lelaki gergasi itu tidak pernah duduk diam di rumah. Ada sahaja kerja yang dia lakukan di luar sana. Kerja sampingan, katanya.

     Kepala mula disandarkan di kepala sofa. Mata ditutup rapat. Nampaknya, hanya dia seorang sahaja di ruang tamu ini. Angin sepoi-sepoi bahasa memasuki ruangan jendela yang dibuka luas. Terasa angin lembut itu menyentuh kulitnya.

     Kawasan rumah Bella sememangnya terkenal dengan suasana yang menyamankan dan menenangkan. Pokok yang malar hijau menghiasai sekeliling halaman rumah, baik halaman belakang mahupun depan.

CATHERINE'SWhere stories live. Discover now