2 : Kill to be Killed

172 36 67
                                    

• Babak dalam buku ini diambil berdasarkan kisah benar cuma ada sedikit perubahan mengikut jalan cerita olahan saya sendiri •



BUNYI derapan kaki di luar sana telah mengejutkan lena si gadis. Kedengaran pula bunyi kunci berlaga-laga antara satu sama lain di sebalik pintu kayu itu. Dengan kudrat yang Alice ada, dia menolak badannya sedikit untuk bangkit.

          "To... Tolong..."

          Rayunya kepada beberapa orang pembantu lelaki wanita monster itu. Walaupun dia tahu, mereka tidak pernah termakan mana-mana rayuan dari mangsa seperti mereka. Satu persatu tubuh yang masih dalam keadaan nyawa-nyawa ikan di situ, diangkat dan ditarik keluar. Turut tidak terkecuali, Alice.

          Sepanjang laluan menuju ke ruang tamu kediaman Thory itu, bebola mata Alice bergerak-gerak memerhatikan keadaan rumah tersebut. Rumah itu tidak ubah seperti rumah seorang drakula, makhluk penghisap darah itu. Langsung tiada cahaya yang menyinari setiap ruang rumah tersebut.

          Bijak sungguh wanita Thory itu dalam menyediakan tempat penyiksaan. Tempat yang menjadi sarang penyiksaan wanita itu merupakan rumah keduanya. Jauh dari kediaman sebenarnya. Jauh dari kawasan kejiranan.

         NSetibanya mereka di ruang tamu, tubuh lemah mereka dihumban begitu sahaja. Langsung tiada rasa kasihan walau secebis debu dihati. Alice dilututkan di hadapan sekali. Kepala diangkat mencari wajah wanita drakula itu.

          Dia di sana. Sedang duduk bersilang kaki di atas singgahsana merah menyalanya. Warna singgahsana itu pun sudah menunjukkan ciri-ciri wanita drakula itu. Apatah lagi bila dia menunjukkannya ciri-ciri itu.

          "Semua sudah ada, Puan Thory."

          Wanita itu mengangguk tahu. Satu persatu wajah gadis-gadis dara di situ diperhatinya. Matanya jelas sedang dilanda nafsu. Seketika, matanya terpaut pada seraut wajah yang tidak asing lagi. Alice, gadis yang rupawan datang dari kelas bawahan.

          Punggung diangkat lalu dia mula mengorak langkah menghampiri si dara. Pandangan mata bernafsunya tidak pernah lari dari memandang Alice. Ada satu tarikan dalam diri gadis itu yang membuatkan Eliza tidak mahu mencelikkan pandangan walau sedikit.

          Tubuh Alice bergetar ketakutan. Sudah terbayang bagaimana wanita itu menghabiskan riwayatnya. Masakan dia tidak terbayang jika kejadian penyiksaan itu banyak kali berlaku di hadapan mata. Malah, tubuhnya sendiri sudah diperlakukan seperti binatang ketika dia dibawa ke sini.

          Saat Eliza bercangkung di hadapannya, saat itu juga Alice dapat rasakan dunianya bagai berhenti berpusing. Tersedar wanita itu sedang berura-ura mahu mengangkat tangan, Alice lantas menutup matanya. Takut dengan kemungkinan yang bakal berlaku ke atasnya.

          "Argh!"

          Bahu Alice terhinjut. Jeritan itu bukan jeritannya. Melainkan, jeritan gadis di sebelahnya. Takut-takut Alice mencelikkan mata. Alangkah terkejutnya Alice melihat wajah Eliza yang dikotori cecair merah. Perlahan-lahan, Alice mengalihkan pandangan memandang gadis di sebelahnya.

          Mahu gugur jantung Alice saat melihat urat nadi si gadis yang telah putus akibat dipotong oleh si wanita drakula. Darah keluar membuak-buak tanpa henti. Dan itu telah memberikan peluang kepada pembantu Eliza untuk mengisi sebuah baldi dengan darah si gadis perawan.

CATHERINE'SWhere stories live. Discover now