14 : Of Prey to Perpetrator

36 9 4
                                    

SEDANG si banduan melayan perasaannya dengan menatap dinding, bunyi pintu besi dibuka berjaya menarik perhatiannya. Beberapa anggota polis menyapa mata di ambang pintu selnya. Udell bangkit perlahan-lahan. Sudah tiga hari dia dikurung dalam sel persendirian tanpa kebenaran untuk bertemu siapa-siapa. Rasanya amat menyeksakan tapi ia amat setimpal dengan dosa yang telah dia lakukan.

     "Kamu ada pelawat."

     Juga, sejak dia dikurung malah dijatuhkan hukuman penjara, dia tidak pernah menerima pelawat. Bukan dia tidak punya keluarga mahupun rakan. Mungkin saja, mereka malu dan jijik mahu bertemu dengan banduan yang telah disabitkan bersalah atas tuduhan membunuh. Mangsanya bukan seorang, tapi lebih lima orang. Keluarga mana yang masih sanggup menganggap seorang pembunuh sebagai seorang keluarga? Rakan mana yang masih sudi berteman susah dan senang bersama seorang pembunuh?

     Udell merenung tajam gadis yang duduk di sebalik kaca di sana. Mereka hanya boleh duduk berhadapan dan berbual melalui lubang-lubang kecil yang telah ditebuk di permukaan cermin di. hadapan mereka. Udell mengerutkan wajah. Pelawat yang datang melawatnya bukanlah dari salah seorang ahli keluarga mahupun rakan-rakannya. Dia tidak pernah melihat wajah ini. Kecuali, wajah dua orang lelaki di belakang gadis itu. Bangsawan mana pula yang mengenali aku ini?

     "Siapa kau? Macam mana kau kenal aku?"

     Gadis itu melemparkan senyuman. Dia seakan-akan sedang mencari sesuatu dari dalam beg tangannya. Selang beberapa detik kemudian, sebatang pen yang kelihatan agak mahal dibawa keluar lalu diletakkan di atas meja.

     "Kita hanya ada 20 minit sahaja. Ceritakan tentang kes yang berlaku di kereta api tiga minggu lepas." Ujar gadis itu tanpa menjawab pertanyaan Udell.

     Udell semakin mengerutkan kening. Kurang mengerti akan apa yang diperkatakan gadis itu. Bukankah semua itu sudah ditulis dan disebarkan melalui keratan akhbar? Apa lagi yang gadis ini mahu dengar?

     Pandangan lelaki itu disapa dengan kehadiran sebilah pisau yang baru sahaja gadis itu keluarkan dari dalam beg tangannya. Udell pantas mendongak mencari wajah gadis itu. Bagaimana gadis secantik ini boleh memilki pisau setajam ini? Untuk kegunaan apa pisau ini disimpan di dalam beg tangannya?

     "Kenalkan pisau ni?" tanya Bella sekadar ingin menguji ingatan lelaki di hadapannya itu. Seketika, Udell mula terimbas semula.

     "Jangan pernah terfikir untuk membunuh dengan menggunakan pisau tumpul kamu itu." Bisik Tristan kedengaran agak sinis.

     Pandangan lelaki berusia 30 tahun itu disapa dengan sebilah pisau yang mempunyai ukiran cantik pada pemegangnya. Sekali pandang, Udell sudah boleh agak bahawa pisau itu bukan pisau sembarangan. Sudah tentu ianya milik seorang bangsawan. Tapi, bangsawan apa yang menyimpan dan memiliki pisau?

     "Jangan ajar aku!" Udell segera menepis tangan Tristan lalu menunduk untuk memungut semula pisau miliknya di lantai. Setelah itu, Udell beredar pergi meninggalkan Tristan tanpa mengambil pemberian pisau lelaki itu.

     Jauh disudut hati, dia amat tertarik dengan ukiran cantik pisau berwarna silver gelap itu. Tapi, bukan ukiran itu yang bakal dia gunakan untuk menghapuskan seseorang.

     "Bagaimana seorang bangsawan seperti kau boleh menyimpan benda tajam sesuka hati?" Udell berkerut tidak faham. Ini benar-benar tidak adil.

CATHERINE'SWhere stories live. Discover now