12 : Eyes to Eyes

39 11 8
                                    

PEN dimain-mainkan di antara jari-jemari. Otaknya kusut memikirkan segala benda yang tidak lelah menganggu ruangan minda. Fizikalnya lemah menyebabkan dia sukar untuk berfikir seperti biasa lagi.

     Bebola matanya berhenti pada sepucuk surat yang dia terima dua hari yang lepas. Pen diletak semula di atas meja lalu dia bangun dari bersandar. Surat itu dicapai dan isi didalamnya dibaca semula.

Perpustakaan Awam Edith,
Antologi Edith Edisi ke-26
Muka surat 12

Jika tak keberatan, minta pembantu awak untuk siasat mengenai bangsawan Miller.

     Itu apa yang tertera pada helaian kertas. Tiada alamat si pengirim mahupun nama, tiba-tiba sahaja pembantunya datang memberi surat ini. Katanya, ada seorang gadis memakai cloak yang memberikan surat itu.

     Badan kembali disandarkan. Mindanya mula menerawang jauh. Jauh membawa sang detektif ini ke kejadian dua hari lalu. Hari di mana dia dipertemukan tanpa sengaja dengan sang pensyarah matematik muda itu.

     Setibanya dia di luar perpustakaan awam bandar itu, pembantunya, Danish terus datang merapati. Lelaki muda berusia 23 tahun itu agak pelik bila si gadis berminat mahu berkunjung ke perpustakaan awam. Sebelum ini, tidak pun.

     "Kita buat apa di sini?" tanya Danish sekadar ingin tahu.

     Matanya meliar memandang struktur bangunan tiga tingkat pusat ilmu itu. Kalau Danish tidak silap, perpustakaan ini ditubuhkan tiga tahun sebelum dia dilahirkan. Perpustakaan ini ditubuhkan pada tahun 1924. Manakala, Danish dilahirkan pada tahun 1927.

     "Saya mahu awak jumpa pustakawan di sini. Tanya dan cari maklumat berkenaan keluarga Miller." Arahnya tanpa memandang. Dia turut meliarkan mata memandang sekeliling.

     "Baik, Cik Charlotte."

     Mereka mula menapak serentak memasuki perpustakaan tetapi berpisah tepat di hadapan pintu utama. Danish terus ke tugasan yang diberikan Charlotte iaitu tugasan yang akan dia laksanakan di tingkat tiga. Manakala, Charlotte hanya perlu melakukan misinya di aras bawah ini.

     Sebaik sahaja dia berada betul-betul di kawasan buku-buku antologi, Charlotte tanpa membuang masa terus mencari sebuah antologi terkenal di Bandar Edith. Antologi yang diterbitkan setiap tahun mengikut edisi. Untuk antologi pada tahun ini sudah masuk ke edisi 26.

     Ternampak sahaja barisan buku-buku antologi itu, matanya mula sibuk mencari antologi edisi yang terbaru. Jumpa sahaja, Charlotte membawanya keluar lalu menyelak muka surat hingga ke muka surat 12.

Dia

Mata yang melihat,
Juga ingin mendengar,
Adapun sepasang mata yang jelas melihat,
Ada pula bibir yang manis memutar kata,
Adakah ia diguna sebaiknya?

Engkau yang membaca,
Dengarkanlah senandung ku,
Diri ku dihambat kepiluan,
Dari lubuk jiwa ku yang dalam,
Dengarlah rintihan sekelilingmu.

     Charlotte membaca puisi itu berulang-ulang kali. Sepertinya, ada sesuatu yang cuba disampaikan tapi dia masih dalam proses memahaminya. Dahi gadis itu berkerut-kerut akibat terlalu ingin cuba mentafsir maksud di setiap ayat yang tertulis.

CATHERINE'SWhere stories live. Discover now