10 : Where You Go, I Go

51 13 16
                                    

SEDANG si tuan punya restoran sibuk membersihkan premisnya, kedengaran loceng pada pintu berbunyi menunjukkan seseorang telah melangkah masuk. Tanpa memandang, Janet atau nama popularnya, Kak Jane bersuara.

     "Restoran masih tutup hari ni. Maaf ya." Kerja-kerja mengelap meja hadapan masih dijalankan tanpa sedikit pun rasa terganggu dengan kehadiran si pelanggan.

     "Spageti goreng," si pelanggan mula bersuara memberhentikan kerja Kak Jane. Dia berpaling tubuh menghadap pelanggan perempuan di ambang pintu restorannya. Lihat dari segi penampilan, nampak gayanya gadis itu datang dari keturunan yang ada-ada.

     Teringat pula akan surat yang dia terima malam tadi. Di mana si pengirim menggelar dirinya sebagai si 'spageti goreng'. Apa yang tertulis di dalam surat itu membuatkan Kak Jane bingung sedikit. Si pengirim berkata yang dia akan membahagiakan Laura.

     Usai menghidangkan secawan kopi suam kepada wanita bernama Maya itu, Kak Jane terus melabuhkan punggung di hadapannya. Maya menghirup kopi suam buatan Kak Jane dengan gaya ala-ala wanita bangsawan. Dia sedar pandangan Kak Jane terhadapnya.

     "Siapa kamu? Siapa 'spageti goreng' itu?" tanya Kak Jane dengan nada kurang ramah. Dia sebenarnya malas ingin bertemu orang sejak kejadian yang menimpa salah seorang pekerja restorannya yakni Laura.

     "Anggap sahaja Tuhan mengirim saya untuk mendengar luahan Kak Jane." Pada masa itu juga, Maya menolak sebuah bungkusan berisikan wang yang banyak.

     Kak Jane meneguk liur. Tengok dari luar pun, dia boleh tahu jumlah wang di dalam bungkusan kertas itu. Wanita itu berusaha mengawal dirinya dari godaan duit. Dia sudah berjanji untuk tidak menerima mana-mana pemberian kerana serik dengan kejadian lalu.

     "Sebelum inipun, aku tertipu dengan wang yang dia beri. Kali ini, aku tidak akan tertipu lagi. Baik kau pergi sahaja dan dermakan wang kau itu kepada rumah kebajikan." Kak Jane berkata kasar tanpa memandang Maya walau sedikit pun.

     "Dia?" bisik Maya perlahan namun mampu didengari oleh Kak Jane. Maya berkerut dahi. Adakah dia yang dimaksudkan Kak Jane adalah si 'dia' yang Bella cari-cari selama ini?

     "Kenapa kau mahu tahu pasal itu? Adakah kau seorang wartawan?" Kak Jane turut berkerut.

     "Saya Maya Carpenter, orang yang menghantar..." Maya menggeleng-geleng kecil. Dia kembali mendongak memandang wajah Kak Jane.

     "Tidak mengapalah. Saya pergi dulu," pamit Maya tanpa menyambung ayatnya sebentar tadi. Tiba-tiba sahaja dia tidak punya hati ingin berlama-lama di situ. Lagipun, Kak Jane seperti tidak mahu memberi kerjasama sahaja. Jadi, buat apa lagi dia duduk di situ?

     Baru sahaja dia ingin mengangkat punggung, Kak Jane pantas menghalang.

     "Jika benar kau ingin membahagiakan Laura, lupakan duit itu." Bungkusan wang tadi ditolak merapati Maya semula. Riak wajah Kak Jane bertukar seperti biasa. Nadanya pun sudah kembali seperti nada suara kebiasannya.

     Maya kembali melabuhkan punggung. Dia menghirup kopi buatan Kak Jane lalu memberikan isyarat kepada wanita itu agar memulakannya.

     "Laura pekerja yang baik. Senyumannya mampu membangkitkan semangat kepada orang yang kepenatan. Wajahnya yang manis membuatkan sesiapa sahaja yang memandang akan melupakan segala masalah. Datang dari kelas bawahan menjadikan budak itu hormat kepada sesiapa sahaja tidak kira muda mahupun tua. Budaknya bijak, Cik Maya. Sebab itulah, aku sanggup membayar yuran pengajian supaya dia dapat mencapai cita-citanya."

CATHERINE'SWhere stories live. Discover now