18 : Honor in Vengeance

12 0 0
                                    

PAGI yang cerah untuk memulakan hari baru. Matahari di langit biru tidak malu untuk berkongsikan cahaya. Angin pula begitu lembut menyentuh kulit sesiapa. Burung berkicauan dan bebas berterbangan di udara. Suasana inilah yang disaksikan oleh Danish sendiri. Lelaki berusia 23 tahun itu tersenyum riang memasuki pekarangan balai polis tempatnya berkhidmat.

     Sudah tentu keindahan alam yang berlaku di luar ini telah menceriakan suasana mereka di dalam. Danish jadi tidak sabar-sabar mahu memulakan kerja hari ini. Memikirkan senyuman serta gelak tawa mereka sambil melakukan tugasan sahaja sudah membuatkan Danish bergerak laju seiring dengan perasan terujanya.

     "Kau boleh tersenyum lagi!" teguran kuat berbaur amarah membuatkan Danish terhenti melangkah. Seorang pegawai yang kebetulan baru hendak keluar merenung Danish dengan tajam sebelum berlalu pergi.

     "Kenapa ni?" Danish dapat rasakan ada sesuatu berlaku di dalam sana. Mustahil hanya disebabkan dia terlewat seminit pegawai tadi marahkan dia. Danish bergegas masuk ke dalam.

     "Danish, Cik Charlotte mahu jumpa kau! Sekarang!"

     Masuk sahaja, seorang pegawai terus bersuara tepat di mukanya. Danish terpinga-pinga buat seketika. Berasa hairan dengan keadaan mereka semua. Rata-rata menunjukkan riak wajah gelisah. Ada juga yang kusut entah memikirkan tentang apa.

     "Danish dah sampai?" kedengaran suara Charlotte sipi-sipi memasuki halwa telinga.

     "Saya di sini!" lantang Danish bersuara seraya membuka langkah menghampiri Charlotte. Gadis itu sempat memberi isyarat mempelawa Danish ke pejabatnya sebelum Charlotte menapak masuk semula.

     "Ada apa ni?" sempat lagi Danish bertanya kepada seorang pegawai yang duduk berhampiran pejabat Charlotte.

     "Cik Charlotte akan bagitahu nanti." Jawab pegawai itu tanpa memandang. Danish sekadar mengangguk faham.

     "Apa yang berlaku?" tanpa dipelawa, Danish melabuhkan punggung di kerusi yang disediakan di pejabat Charlotte.

     "Awak betul-betul tak tahu?" Charlotte bertanya untuk kepastian. Mustahil Danish tidak tahu apa-apa sedangkan lelaki itu baru sahaja keluar membersihkan diri di rumahnya. Takkanlah di sepanjang jalan, Danish tidak mendapat apa-apa petunjuk?

     Danish menggeleng tanda dia benar-benar tiada idea mengenai isu hari ini. Sepanjang jalannya pulang ke rumah subuh tadi, Danish tiada singgah ke mana-mana kedai. Begitu juga semasa dia bergerak ke pejabat semula. Lagipun, akhbar hari ini belum diedarkan lagi. Hari masih awal untuk mengedarkan surat khabar.

     "Tuan Albert. Selepas pulang daripada Pekan Burham, seorang pembantunya ditemui pengsan di pagar rumah dengan surat di tangan." Sepucuk surat ditolak ke arah Danish. Segera lelaki itu membukanya.

Akan ada kejutan yang menanti ke alamat tuan. Untuk buatkan tuan tidak terlalu takut, saya sarankan supaya tuan duduk sahaja di rumah.

     "Ini ugutan!" ujar Danish. Tidak sah lagi, surat ini bukanlah surat biasa.
     "Saya tahu. Pegawai lain sudah dihantar untuk berkawal di kediaman Tuan Albert." Nampaknya, Charlotte sudah bertindak lebih awal berbanding Danish yang baru menerima berita.

     Seseorang merempuh daripada luar membuatkan Danish laju berdiri. Tangan sudah bersedia melindungi Charlotte di belakang.

     "Cik Charlotte! Cik kena jumpa orang ni!" bagitahu pegawai itu dengan cemas.








DANISH tidak senang duduk. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Memikirkan Charlotte berhadapan dengan seorang lelaki yang tidak dikenali di dalam pejabatnya membuatkan Danish tidak ubah seperti seorang ayah yang risau akan keadaan anaknya. Bukan Danish sahaja yang tidak senang hati, beberapa orang pegawai turut merasakan hal yang sama.

CATHERINE'SWhere stories live. Discover now