"Woii aku tanya ni, janganlah diam ja..". Fahmi menyoalnya untuk kali yang kedua.
"Ok fine, memang saya yang tarik rambut awak..puas hati? " Sambil Haura memandang muka Fahmi dengan sekilas sahaja.
"Haa mengaku pun, asal kau tarik rambut aku haa? Sebab aku hensem kan? Yes aku tahu kau tergoda dengan aku kan kan? "
Sambil Fahmi mengangkat keningnya.Fahmi telah menyoal banyak soalan yang pelik- pelik kepada Haura sehingga membuatkan Haura sedikit terkejut.
Haura apa lagi, terus membuat muka ala-ala nak muntah, menyampah semua ada. "Uwelkk ! Baldi ada baldi? Tiba-tiba rasa nak muntah."
"Alaaa kau tak payah nak muntah sangat la, aku tahu aku kan hensem, nampak sangat kau nak try aku, kan sayang?"
Kalini Fahmi sedang bermain dengan rambutnya pula, haishhh ni yang lemah ni. TT TT.
"Euww..sayang? Siapa sayang awak haa? Baik awak bercinta dengan beruk lagi bagus."
Kringgg! Tiba-tiba loceng sekolah telah berbunyi maka waktu rehat telah tiba maka semua pelajar telah berpusu-pusu lari untuk membeli makanan.
'HAHAHA tunggu kau Haura, lepas ni kau adalah target aku yang seterusnya. Kau takkan terlepas sayang. Wait for me baby.'(ayat buaya jangan layan)😩
Ya Allah dah macam sycho pun ada Fahmi ni wkwkwkwkwk. Risau...
____________
"Eiii menyampah la aku dengan mi goreng tuuuuu huwaaaa !" Marah Haura di meja makan.
Ditambah marah, tanpa sedar Haura telah memicit rotinya sehingga lembik. Geram yang teramat sangat.
Alia dan Syasya yang sedang menikmati nasi lemak bersama teh tarik dengan penuh nikmat terus tersembur HAHAHAHA.
"Uweiii Haura dekat siapa pula yang kau panggil mi goreng tu HAHAHAHA lawak siot, tersembur habis aku punya makan ni." Syasya hanya mampu membersihkan tudungnya menggunakan tisu, akibat penangan yang di berikan oleh Haura terus terabur habis segala makanan.
"Haura.. habis baju aku ni thoo aiyaaa..kan aku dah kata jangan bagi aku ketawa masa aku makan..by the way siapa mi goreng tu? HAHAHAHA. "Alia pula yang bersuara.
"Korang nak tahu siapa mi goreng tu? Orang tu..Fahmi si badboy tu la..mi goreng, mi rebus, mi kari, mi sup, mi gulung, mi tulang semua dia punya..ishhh benci aku."
Sekali lagi mendengar lawak yang di buat oleh Haura menyebabkan Alia dan Syasya kembali tergelak besar.
"Pfttt.. lol ! HAHAHAHA.. Habis semua segala jenis mi yang ada dekat Malaysia ni kau keluarkan ya."
"Aduh.. kau ni Haura, sakit perut aku ni asyik ketawa ja. Tapikan apa yang dia buat dekat kau ni sampai kau marah sangat ni?"
Tanya Alia pula kepada Haura, sambil menghabiskan makanannya yang masih bersisa baik dia dengar cerita Haura."Yang menyebabkan aku marah sangat dengan si Fahmi mi goreng tu sebab dia cakap benda yang pelik tahu tak..ada ka patut dia suruh aku cium pipi dia? Fuhhh sumpah buaya international betul Fahmi tu. Itu yang aku bengang sangat tu pastu aku apa lagi mestilah malu terus tarik rambut dia."
Alia dan Syasya yang sedang tekun mendengar apa yang di ceritakan oleh Haura terus memberikan riaksi yang agak terkejut dan diakhiri dengan senyuman nakal muehehe.
"Perghhhh..tak sangka la dia cakap macam tu, tetapi tula dia kan buaya semua dia nak tackle pastu ada baik juga kau marah." Syasya hanya menyokong sahaja apa yang di beritahu oleh Haura sebentar tadi.
Tetapi tidak kepada Alia, fikiranya agak berlainan daripada Haura dan Syasya.
"Hmmm, aku rasa dia syok dekat kau la..muehehe mana la tahu esok lusa apa pula yang jadi kita pun tak tahu." Alia mengecilkan matanya sambil merenung Haura.
Haura terus mengangkat tangan tangannya tanda tidak setuju. "Uweiii..tak nak aku dengan Fahmi tu, seratus peratus aku tolak. Tengok la kalau dia kacau aku lepas ni memang aku akan sumbat muka dia dalam singki sekolah tu. HAHAHAH."
Syasya dan Alia mampu menggeleng kepala dan ketawa melihat gelagat Haura yang berani itu.
__________
Sekarang masa telah menunjukkan pukul 1.30 petang dalam setengah jam lagi semua pelajar akan pulang kerumah. Waktu ini juga merupakan waktu paling di minati oleh semua pelajar.
Tetapi kelibat Fahmi dan kawan-kawannya masih tida kelihatan lagi dari selepas rehat sehingga sekarang. Budak badboy siapa ja nak masuk kelas baik lepak. Ponteng kelas itu pasti.
Cikgu Ain terus bertanya kepada semua pelajar di dalam kelasnya selepas selesai menulis latihan matematik tambahan di papan putih. Di manakah tiga orang pelajarnya lagi kerana beberapa tempat duduk kelihatan kosong.
"Class..Saya nak tanya mana pergi tiga orang pelajar lagi ?Fahmi, Kaizaf, dan Amirul? Dari awal kelas saya sampai sekarang tak masuk kelas ni?"
Semua pelajar hanya memandang sekilas kepada cikgu Ain. Tahu dah kenapa mereka tiga orang tu tak masuk kelas.
Ketua kelas 5 Oxford terus memberitahu kepada cikgu Ain. "Dorang tiga ekor tu ponteng la cikgu, dorang tu bukannya nak belajar pun semuanya malas tak ada masa depan langsung." Marah Adam kepada tiga orang pelajar tersebut.
Dah nak spm lagi beberapa bulan sahaja lagi tetapi masih menunjukkan sikap yang tidak baik. Macam mana la nak jadi contoh kepada junior bawah mereka, bukan apa takut terikut ja sikap 3 orang tu huhu.
Cikgu Ain hanya melepaskan nafas yang berat. Sudah banyak kali di tegur tetapi tak makan saman tiga orang tu.
Di tambah pula ibu bapa mereka merupakan penyumbang besar di SMK DATO SYED OMAR maka cikgu-cikgu di situ tidak dapat memberikan hukuman yang agak berat kepada mereka.
Tiba-tiba ada seorang cikgu ingin membuat pengunguman. Semua pelajar merasakan ada penting yang ingin di sampaikan tetapi tidak. Nama tiga orang pelajar juga yang di sebutnya.
"PERHATIAN KEPADA PELAJAR 5 OXFORD YANG BERNAMA MUHAMMAD FAHMI ZAHIR BIN LUQMAN ZAIRI, MUHAMMAD AMIRUL UZAIR BIN RUSHDI, DAN MUHAMMAD KAIZAF KHAIR BIN AZMAN. SILA DATANG KE BILIK DISIPLIN SEKARANG UNTUK BERJUMPA DENGAN PUAN EVELYN SEBELT. SEKIAN TERIMA KASIH.
TBC
Your author yang sengal -una-♡
YOU ARE READING
♡JODOH TAK KUDUGA♡(HIATUS)
RomanceSiapa sangka seorang lelaki badboy idaman semua wanita akan menjadi seorang suami kepada Nur Iman Haura yang boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri yang amat disukai oleh semua lelaki di luar sana, sopan santun baik hati, dan macam-macam lagi. Seorang...