BAB 01

124 33 36
                                    

Harini merupakan hari pertama persekolahan aku selepas seminggu bercuti. Maka bermulalah rutin aku yang bergelar seorang pelajar untuk bangun awal ke sekolah. Rutin ni juga merupakan rutin yang paling tidak disukai oleh semua makhluk yang dipanggil pelajar 😏.

"Haura sayang.. bangun cepat nanti Haura lambat nak pergi sekolah." Kata puan Hanizah iaitu ibu kepada Haura, ibunya selalu bermanja denganya kerana Haura satu-satunya puteri dalam keluarga tersebut, adik-beradik Haura yang lain semuanya lelaki dan Haura adalah anak bongsu.

"Sekejap la ibu, Haura mengantuk ni..lima minit ehh." Aku menarik selimutku yang berwarna royal blue yang sedang menyelimuti diriku di tarik sehingga keparas kepala selepas tersedar namaku di panggil oleh ibu.

Puan Hanizah masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu bilik secara perlahan-lahan kerana tidak mahu anaknya tersedar akan kehadiranya.

Lalu puan Hanizah pergi ke katil Haura dan terus menarik selimut yang menutupi badan Haura itu.

"Haura bangun! Nanti lambat nak pergi sekolah, tak cukup lagi ka anak ibu ni duduk dekat rumah dah seminggu lebih dah pun." Setelah itu, puan Hanizah duduk di birai katil Haura.

"Opocot mak kau meletop!" Terkejut Haura apabila puan Hanizah datang secara perlahan-lahan di dalam biliknya, dan terus merentap selimutnya.

"Ibuuuu..nasib baik Haura tak ada sakit jantung tau, tidak dah ma-... Terus puan Hanizah menutup mulut Haura kerana tidak ingin anaknya menghabiskan perkataannya yang terakhir itu.

"Haihh..anak ibu janganlah cakap macamtu, tak baik la." Kata puan Hanizah lalu memeluk tubuh kecil anaknya itu.

Haura hanya mengganguk apa yang di katakan oleh ibunya sebentar tadi, lalu Haura turut memeluk ibunya yang amat dia sayangi itu. Tanpa ibunya, tidak wujudlah Haura di muka bumi ini.

"Terima kasih kerana menjadi anak yang solehah buat ibu dan ayah ya Haura." Lalu puan Hanizah meleraikan pelukannya bersama Haura.

"Sama-sama ibu." Kata aku.

***********

Selepas aku siap mandi, aku memakai baju sekolah terus aku turun kebawah untuk bersarapan bersama ibu dan ayah.

Aku menuruni tangga dengan perlahan-lahan sambil menggalas beg di bahu aku. Yelaa nanti jatuh terjelupuk kang haa mampus, maklumlah bukan pakai seluar tetapi pakai kain.

"Ayah morning!" Ucapku kepada ayah.

Ayah pula membalas dengan senyuman yang tak pernah lekang dari bibirnya itu. "Morning too my sweetheart."

Sampai sahaja di meja makan, aku terus menarik kerusi dan melabuhkan punggung di atas kerusi tersebut. Beg aku diletakkan di sebelah kerusi satu lagi iaitu yang terletak di tepi aku.

"Haura nak makan apa?" Tanya puan Hanizah kepada Haura. Kerana terdapat banyak jenis makan yang disediakan oleh puan Hanizah iaitu bihun goreng, roti yang di sapu dengan jem coklat, cornflakes dan kuih-muih.

Maklumlah keluarga Haura agak besar, jadi puan Hanizah perlu menyediakan makanan yang lebih banyak.

"Umm Haura nak bihun goreng la ibu." Balas aku. Lalu ibu mengangguk dan terus menyedok bihun goreng itu ke dalam pinggan lalu dihulurkan kepada aku.

Aku pula pergi menuang air teh panas dengan berhati-hati ke dalam cawan.

Aku, ibu dan ayah makan bersama-sama pada pagi tu. Selepas beberapa minit tiada bicara, aku mula memecahkan kesunyian di meja makan itu.

"Umm ibu abang mana? Tak turun makan sekali ka?" Kata aku sambil mulut dipenuhi dengan bihun goreng.

Ibu terus menegur aku kerana bercakap dalam keadaan mulut yang penuh. "Hauraaaaa...habiskan makanan dalam mulut tu dulu, lepastu baru la cakap sayang oii.. tersedak Haura nanti. Abang Haura macam biasa la dengan game dia tak habis-habis, maklumlah diakan tengah cuti semester sekarang ni jadi tula kerja dia."

Aku hanya tersengih lalu mengganguk selepas apa diberitahu ibu. "Ouh, ok hehehehe."

Selepas selesai sarapan, aku meminta diri untuk ke sekolah tidak lupa juga aku untuk menyalam kedua ibu bapa aku.

"Ibu ayah Haura pergi sekolah dulu ehh. Assalamualaikum."

Baru sahaja aku ingin melangkah keluar, ayah mula menanyakan satu soalan lalu membuatkan langkah aku berhenti.

"Haura nak ayah hantarkan tak? Lagipun dah lama ayah tak hantar Haura pergi sekolah macam selalu." Kata ayah aku sambil mengukirkan senyuman di bibir tuanya itu.

"Ehh tak apalah ayah, Haura naik kereta dengan Pak Hamid ja ehh, sebab ayah kan dah lambat, lain kali ayah hantar Haura ok."

"Ok baiklah kalau macam tu, nanti ayah hantar ya. Ouh terlupa nak bagi duit belanja dekat anak ayah ni. Ehehehe nanti tak makan pula anak ayah ni."

Aku hanya mampu tersengih dan ketawa selepas dikata begitu oleh ayah.

Ayah membuka beg duitnya lalu di keluarkan not 20 dan dihulurkan kepada aku. Aku mengambil dengan penuh sopan dan terus keluar melangkah masuk ke dalam kereta. Kereta itu laju meluncur di atas jalan meninggalkan perkarangan rumah aku sehingga wajah kedua ibu dan bapa aku hilang dari penglihatan.

"Abang..saya bersyukur sangat-sangat sebab dapat anak yang baik macam Haura, sejuk sahaja saya tengok dia dan saya harap dia akan mendapat suami yang baik macam dia." Kata puan Hanizah yang sedang menghantar tuan Hamzar iaitu suaminya hanya di depan pintu rumah.

"Alhamdulilah saya pun bersyukur sebab dapat anak yang solehah seperti Haura, dan pasal suami tu kita hanya doakan yang terbaik sahaja buat puteri kita yang seorang tu." Kata puan Hamzar selepas selesai memakai stoking dan kasut kerjanya dan terus menuju ke kereta untuk melangkah pergi.

Puan Hanizah pula hanya menganguk, lalu tangan di hulur kepada sang suami untuk menyalam. Lalu tuan Hamzar masuk kedalam kereta dan meluncur laju di atas jalan sehingga hilang kelibat isterinya dari penglihatan.

TBC..

Macam mana first chapter ok tak? 😅 Maaf kalau hambar, ni baru beginning..if nak tahu lebih lanjut terus support book ni ok❤

Your author yang sengal  -unaa-♡

♡JODOH TAK KUDUGA♡(HIATUS)Where stories live. Discover now