BAB 10

28 12 12
                                    

Di kelas 5 Oxford..

Haura datang awal pada harini, kawan-kawan Haura semuanya belum lagi hadir pada waktu-waktu ini.

Haura dan hanya beberapa orang murid sahaja yang ada di dalam kelas tersebut.

Haura sahaja mahu keluar dari kelas untuk seketika kerana mahu mengambil angin pada waktu pagi ini sementara kawan-kawanya belum lagi hadir dan sementara kelas belum bermula. Udara pada waktu pagi amat sejuk dan segar jika dinikmati bersama.

Setelah Haura berasa puas mengambil angin di luar kelas itu, Haura ingin turun ke bawah pula terdapat satu taman kecil yang di buat oleh pihak sekolah.

"Wah ! Cantiknya taman ni, macam-macam bunga ada dekat sini..bunga ros, bunga mawar, bunga melur, bunga matahari dan macam-macam lagi."

Haura berasa tenang berada di situ, sehingga Haura seronok menari-nari pula di situ. Hati- hati Haura ada orang tengok nanti..tak ke malu. Hikss.

Air-air embun mula jatuh ke atas muka Haura apabila Haura menyentuh pokok-pokok bunga di situ.

Tuk..

"Aww..sejuknya air embun ni ! Rasa segar ja jatuh atas muka."

Sedang ralit Haura sibuk menikmati keindahan di taman kecil itu.. Haura sempat membelek jamnya yang terletak di tangan kananya, jam telah menunjukkan pukul 7.20 pagi maka Haura perlu segera menaiki ke kelasnya semula kerana 15 minit lagi kelasnya akan bermula.

"Aww.. Kelas dah nak mula la hmm..tak sempat nak duduk dekat sini lama-lama lagi."

Sebelum Haura naik ke kelas, Haura pergi ke tandas dulu untuk perbetulkan tudungnya.

"Haihhh..masa-masa ni la tudung tak nak jadi pastu cermin pula lupa nak bawa." Pelajar perempuan kalau tak ada cermin tak sah..tak dinafikan juga author pun sama ja HAHAHAHA setiap satu beg ada cermin uhukss.

Dalam perjalanan mahu pergi ke tandas, Haura merasakan dirinya di ekori oleh seseorang. Jika Haura memandang ke belakang tiada siapa-siapa pun, bila memandang ke depan semula terasa seperti ada seseorang..seram.

Haura pergi ke cermin besar yang terletak di luar tandas pelajar perempuan. Malas mahu masuk ke dalam.

Sewaktu Haura hampir siap membentuk tudungnya, matanya laju memandang ada satu susuk tubuh yang sedang bersembunyi si sebalik tiang sekolah dan sedang memerhatikan dirinya dari jauh yang di pantulkan oleh cermin.

Haura terus pergi kepada orang itu, Haura ingin tahu siapakah gerangan yang sedang melihatnya dari awal tadi. Fuh, berani jugak Haura ni..hiks.

Lelaki itu tidak sempat melarikan diri kerana Haura sempat memanggil orang itu.

"Awak tunggu !"

Maka lelaki itu terus mengeraskan dirinya dan memusingkan mukanya kepada Haura.

Haura terus terkejut, rupa-rupanya lelaki itu ialah Firash..

"Senior Firash ?! Apa yang awak buat dekat sini? Kenapa awak ikut saya ? Lepastu macam mana awak boleh dapat nombor saya haa?" Bertalu-talu soalan yang di lontarkan oleh Haura sehingga membuatkan Firash sendiri mati kata.

"Erkk..Firash tak buat apa-apa pun..kebetulan saya datang sini lepas tu saya ter--"

Tanpa sempat Firash menghabiskan kata-katanya Haura terus memotong laju.

"No Firash..saya rasa awak dah mula ikut saya dari awal lagi..please jangan tipu saya Firash.

Firash cuba untuk melarikan diri dari menjawab soalan yang di tanya oleh Haura akhirnya berjaya.

Tiba-tiba cikgu telah membuat pengumuman supaya meminta semua pelajar masuk ke kelas masing-masing.

Firash berjaya melepaskan dirinya. "Ok Firash pergi dulu ya cikgu dah panggil bye !". Lalu Firash terus meninggalkan Haura seorang diri di situ.

"Ehh Firas--..haishh..Baru nak cakap hmm."
Maka aku pun cepat-cepat berlari masuk ke dalam kelas.

___________

Di dalam kelas..

"Ok semua, sila buat latihan yang diberi. Siapa yang siap awal boleh terus hantar kepada saya untuk di buat semakan. Lepastu saya akan bagi ruang untuk free sekejap buat la apa yang korang nak." Kata cikgu tersebut.

Semua pelajar terus mengganguk dan memberikan respon yang agak seronok. "Baik cikgu !" Orang bagi relax siapa ja yang tak nak heee.

Cikgu itu mula membuat rondaan di semua meja pelajar untuk melihat keadaan pelajarnya sama ada diperlukan untuk pertanyaan atau pertolongan olehnya.

Sesampai sahaja di meja Fahmi, cikgu itu terus berhenti.

"Fahmi ! Tidur lagi ?!"

Terus terkejut Fahmi dari tidurnya selepas di jerkah oleh cikfu tersebut. Tidak lupa juga kotak pensel yang berbantalkan kepalanya terus terbang entah ke mana HAHAHA terkejut teruk ni.

"T-tak -tak cikgu saya tengah buat latihan yang cikgu suruh buat tu."

Cikgu itu terus memberikan senyuman sinis kepada Fahmi.

"Tchh..mana kerjanya buku latihan pun langsung tak ada atas meja awak.."

Semua pelajar di dalam kelas itu terus ketawa kepada Fahmi. "HAHAHAHA.."

Fahmi terus menjegilkan biji matanya kepada semua pelajar lalu semua pelajar terus diam dan tiada bunyi suara ketawa lagi yang hanya tinggal bunyi burung-burung sedang berkicau dia awangan sahaja.

"Apa nak jadi ni Fahmi ? Awak tahu tak berbaki dua bulan sahaja lagi awak akan menduduki peperiksaan sijil pelajaran Malaysia (spm). "

Fahmi hanya menurunkan kepalanya tandanya mendengar apa yang di cakap oleh gurunnya tetapi rupa-rupanya tidak..

Fahmi mengganguk kerana dia sedang tidur bukan mendengar apa yang cikgu tersebut itu bercakap kepadanya.

"Fahmi ?"
Pertanyaan itu tidak dijawab oleh Fahmi diam sahaja..

"Fahmi ! Tidur lagi?! Awak tengah berdiri pun boleh tidur lagi! Ya Allah."

Fahmi terkejut untuk kali yang kedua.

"Erkk."

TBC..

Your author yang sengal -unaa-♡

♡JODOH TAK KUDUGA♡(HIATUS)Where stories live. Discover now