"Uweii cikgu buat pengugumanla suruh kita pergi bilik disiplin. Ni yang aku malas ni, kau tahukan yang cikgu tu membebel macam apa lagi semak siaa." Kata Kaizaf yang telah menyerabutkan rambutnya.
Fahmi dan Amirul masih dalam posisi yang sama, terus fokus bermain game mobile legend dengan seronoknya. Tetapi keseronokan itu tidak kekal lama ada ja yang akan mengacau.
Kaizaf yang terasa seperti cakap sorang-sorang macam orang gila terus menggoncang bahu Fahmi.
"Ishh.. kau kenapa bodoh ? Aku nak main game ni kacau la, tengok tuu kalah dah ! Aishhhh.." Fahmi sedikit bengang dengan tindakan Kaizaf. Hilang terus mood dia untuk bermain tetapi di sebabkan kawan sehidup mati dia redhakan sahaja.
"Aku cakap yang cikgu panggil kita, aku malas la."
"Ada kau nampak muka aku ni kesah ka? Tak kan..Biarlah dekat cikgu tu, esok je la kita pergi."
Fahmi terus menyambung gamenya semula, dia tidak kesah asalkan dia boleh buat apa sahaja yang dia suka.
Kaizaf hanya menggangukkan kepalanya, lalu terus mengambil tempat untuk berehat.
____________
Jam telah menunjukkan tepat pukul 2.00 petang jadi tiba masanya untuk semua pelajar pulang ke rumah.
"Aina jangan lupa ya petang ni, kita jumpa dekat perpustakaan ehh. Pastu jangan lupa masukkan saya dan ahli yang lain dalam group whatsapp ya, nanti apa-apa cakap ja dalam group tu okey."
"Alright Haura." Sambil Aina menunjukkan jadi berbentuk bulat kepada Haura.
Lalu terus Haura dan kawan-kawannya turun pergi meninggalkan kelas 5 Oxford pergi ke pintu pagar sekolah untuk di ambil oleh waris masing-masing.
"Al, Sya aku rindula nak keluar sama-sama dengan korang. Dah lama kita tak keluar sekali."
"Kalau macam tu nak tak kita keluar petang ni sama-sama. Aku pun rindu juga huhu."
Kata Syasya memberikan cadangan kepada Haura dan Alia.Alia hanya mengganguk mengatakan setuju. Tetapi tidak kepada Haura kerana dia ada urusan yang perlu di buat pada petang ini.
"Alaaa, aku tak boleh pergila la petang ni sebab aku ada, hal sikit. Nak kena buat perbincangan pasal pembentangan tu. Sorry ya korang hikss, rasa bersalah pula aku dengan korang ni hmm.."
Terang Haura kepada Alia dan Syasya bukan apa Haura takut kawan-kawannya terasa kerana tidak boleh bersama."Ouh ya ehh, tak apalah kalau macam tu kita boleh ja pergi hari lain kan Syasya kan? Alaa, hujung minggu pun ni pun boleh. It's ok la kitaorang faham kau."Kata Alia kepada Syasya dan Haura.
Syasya yang tengah perbetulkan tudungnya terus terhenti selepas di tolak oleh Alia. "Haah betul tu, hari lain pun boleh Haura, jangan risau kita orang ok ja."
Haura hanya memberikan senyuman paling manis buat mereka. Haura sangat beruntung kerana dapat sahabat yang baik dan memahami seperti mereka berdua.
Baru sahaja mereka mahu berhenti duduk di tempat menunggu, Firash sekali lagi menyapa Haura di situ.
"Hai Haura! Awak tak balik lagi ka? Nak saya hantarkan tak? Saya naik kereta harini." Tanya Firash kepada Haura dengan nada yang paling lembut di tambah pula bila dia tersenyum terus menampakkan dua losum pipitnya yang dalam itu. Awww serious comel sangat.
Haura terus menolak, kerana drivernya akan datang sebentar lagi, jadi tidak perlulah menumpang orang lagi. "It's ok Firash, kejap lagi driver saya datang ambilkan saya, awak pergilah balik dulu ya, susah-susah ja nak hantarkan saya."
"Alaa ya ka? Hmm..ok la kalau macam tu, kalau nak tumpang bagitahu ja ehh. Haura tak menyusahkan Firash pun." Muka Firash nampak sedikit kecewa tetapi di sembunyikan tidak mahu Haura melihatnya.
Firash merupakan pelajar senior yang baru sahaja berpindah di SMK DATO SYED OMAR beberapa bulan yang lalu. Dia juga merupakan pelajar senior yang agak terkenal dengan pencapaian dalam pembelajaran yang amat membanggakan. Malah ramai juga peminatnya tetapi dia jenis tidak melayan perempuan yang jenis tergedik-gedik ini. Dalam hatinya hanya seorang perempuan sahaja yang membuatkan dia tidak tentu arah iaitu
Nur Iman Haura...setia la katakan si Firash ni aigooooo. Susah nak cari ahhh lelaki macam ni 😭10 minit kemudian.. Driver Haura pun sampai, jadi tiba masanya untuk Haura pulang ke rumah.
Pin! Pin!
"Ok weii, aku gerak dulu ya, Pak Hamid dah datang la aku balik dulu. Assalamualaikum !"
Alia dan Syasya terus melambaikan tangan kepada aku.
Baru sahaja aku mahu keluar dari pintu pagar sekolah, ada susuk tubuh yang sangat aku kenali mebelah aku.
Dush ! Terus aku jatuh di atas lantai jalan. Habis buku yang di pegang oleh aku jatuh berselerak.
"Hei, awak ! Buta ka?! Tak nampak ka macam mana? Aduhh..sakitnya. " Terus bengang aku di buatnya.
Lelaki itu terus memandang aku kebawah dan terus ketawa kepada aku. Ya lelaki itu adalah Fahmi.
"HAHAHAH! Kau rupanya..padan muka kau, tadi kau tarik rambut aku sangatkan..balasan."
"Eiiii..diamlah mi goreng.." Aku terus bangun dengan kekuatan aku sendiri.
Tiba-tiba datang seorang perempuan yang agak seksi, pakaiannya yang agak tak cukup kain
"You siapa perempuan ni you?. Ehh perempuan apa ni cakap I punya boyfriend mi goreng? You tak tahu ke yang dia ni hesmes buta ehh? "
Aku terus membuat muka kepada perempuan itu. Geli semua ada, di tambah pula dengan perempuan itu memakai baju yang menjolok mata membuat aku lagi menyampah.
"Hey girl! Kau diam boleh tak? Dah la pakai baju tak cukup kain pastu make up 10 inci fikir lawa ke? Dah macam opera cina dah aku tengok..pftt."
"How dare you !" Belum sempat perempuan itu mahu menarik tudung aku, Fahmi terus menghalangnya dari bergaduh dengan aku.
"Sayang..enough! Please be mature please? Biarla dekat dia, you lagi cantik ok trust me." Fahmi sahaja mahu menyejukkan perempuan itu kerana tidak mahu mencetuskan pergaduhan.
"Wei minah, kau belah la semak je."
"Awak diamlah mi goreng, awak pun sama dengan perempuan tu semak hidup."
Aku terus pergi dari situ dengan keadaan marah, malas mahu duduk di situ lama-lama."Sakit tau hati I bbbbbb....huwaa perempuan tu memang kena ajar, tunggu kau perempuan.."
TBC
Your author yang sengal -unaa-♡
YOU ARE READING
♡JODOH TAK KUDUGA♡(HIATUS)
RomanceSiapa sangka seorang lelaki badboy idaman semua wanita akan menjadi seorang suami kepada Nur Iman Haura yang boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri yang amat disukai oleh semua lelaki di luar sana, sopan santun baik hati, dan macam-macam lagi. Seorang...