BAB 02

70 24 20
                                    

Tepat jam pukul 7.00 pagi aku sampai di sekolah, aku mulai turun dan keluar dari kereta ingin masuk ke perkarangan sekolah.

Sebelum itu tak lupa juga aku ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Hamid yang telah menghantar aku ke sekolah. "Terima kasih Pak Hamid sebab hantarkan Haura ke sekolah."

"Tak mengapalah Haura, ini memang tugas Pak Hamid, jadi Pak Hamid kena lakukanya".Aku hanya memberikan senyuman dan mahu melangkah pergi masuk ke kawasan sekolah. "Hati-hati ya Pak Hamid."

"Baiklah Haura, Haura pun hati-hati jaga diri ya". Lalu laju sahaja kereta yang di pandu oleh Pak Hamid meluncur laju meniggalkan kawasan sekolah Haura.

Baru sahaja aku ingin aku memasuki ke dalam sekolah, aku terdengar nama aku di panggil berulang-ulang kali tetapi aku masih tidak mengenal pasti dari arah mana nama aku di panggil.

"Haura ! Oh Haura! ". Tiba-tiba aku merasakan ada seseorang yang sedang menyentuh beg aku lalu aku menoleh ke belakang..

"Syasya! Alia! Ya Allah rindunya aku dekat korang!" Aku memusingkan badan aku dan terus memeluk kawan-kawan aku, aku dah tak kisah apa orang sekeliling nak cakap.

"Ehh Haura.. Kau nak peluk aku pun perlahan-lahan la sikit mangkuk. Sakit siot, boleh patah tulang aku ni woii !" Kata Syasya yang terasa badanya yang hampir patah di peluk Haura.

"Tulaa.. Aku tak nak mati lagi Haura, aku nak kahwin dulu  HAHAHAHAH!" Kata Alia pula yang menyokong kata-kata Syasya.

"Woi korang ni. Aku peluk korang sebab rindu la, haih. Seorang  kata tulang nak patah, seorang kata nak kahwin dulu. HAHAHAHA ! Ya Allah...Tak apa-tak apa lepas ni aku tak nak peluk korang dah." Kata aku sambil membuat memek muka tanda merajuk. Cehh over sangat kau ni Haura.

"Alololo, kesayangan aku sorang ni, kalau tak merajuk tak sah kan ? Haihh..Haura..Haura." Kata Syasya sambil mencubit pipi aku yang lembut ni.

"Hei, pipi gebu aku jangan main ok, suami aku ja boleh pegang." Lalu aku terus memegang pipi aku yang terasa sedikit memerah akibat cubitan oleh Syasya sebentar tadi.

"Bluek ! Geli siot kau ni. Awal lagi la kau nak fikir semua tu, belajar bagi habis dulu ya."

Alia hanya menjadi pemerhati dari awal lagi lalu terletus juga tawanya, melihat gelagat aku dan Syasya.

Sedang kitaorang sibuk ketawa ada satu susuk tubuk yang datang menghampiri kami, ya aku kenal orang tu.

"Hai Haura.. Haura sihat? Rindu Firash tak?  Lama betul kita tak jumpa kan..hmm. Sambil dia memberikan senyuman yang agak sedih buat Haura.

"Hai Firash, erkk..alhamdulilah Haura sihat." Lalu aku membalas senyumannya kembali.

Tanpa sempat Firash ingin bercakap, Syasya terus mencantas perbualan kami. "Umm...kitaorang masuk kelas dulu ehh ? Dah lambat ni, bye !" Lalu Syasya menarik tangan aku dan Alia, dengan laju dan terus berlari anak meninggalkan Firash yang masih tercengang di situ.

Setelah sampai di kelas 5 Oxford...

"Ehh? Syasya kenapa kau tarik aku tadi, tak sempat aku nak bercakap dengan Firash tu." Lalu muka Haura terus bertukar masam mencuka.

"Aku nasihatkan dekat kau tak payahlah berjumpa dengan dia apatah lagi bercakap dengan dia, aku takkan benarkan." Kata Syasya kepada Haura dengan tegasnya.

"Haah betul kata sya tu, aku pun tak suka la kau berkawan dengan Firash tu Haura." Alia pula mula bersuara.

Sekejap mendengar penjelasan dari Syasya selepas itu mendengar penjelasan dari Alia pula, haih pening pula kepalanya.

"Ok wait..wait. Apasal yang korang tak suka sangat dengan hamba Allah yang bernama Firash tu, dia ada buat salah dengan korang ka? Cuba bagitahu apa sebabya janganlah bagi aku pening weiiii."

Tanpa sempat Haura menarik nafas, Syasya dan Alia terus bercakap dengan serentak.

"Aku tak bagi kau kawan dengan dia sebab aku tengok si Firash tu lain macam kau tahu tak?..Dia pandang kau atas bawah lepastu tanya kau rindu dia ke tak?? Like what?  Ya Allah seram ja tahu aku tengok dia tu."

Selepas mendengar penjelasan dari dua sahabat karibnya, terus dia membuat muka seakan akan blur tidak tahu apa-apa.

"HAHAHAHAHAHA...Ya Allah korang ni, pasal tu ja ka? Lawak la korang ni yang dia tanya pasal rindu dia ke tak?  Memang betul la dah seminggu tak ke sekolah kan macam aku rindu dekat korang berdua la."

"Aishhhh..kau ni ketawa pula dekat aku ehh. Orang risaukan dia tapi boleh pula dia main main kan.??" Kata Syasya sambil membuat memek muka yang agak menyampah.

Alia pula hanya mengeluh. Hikss..

"Insyallah tak ada apa apalah korang ni, aku tengok dia baik ja la, tak nampak jahat pun. Korang ni risau teruk sangat la tolongla berhenti fikir buruk pasal orang Syasya..Alia. Tapi tak apa kalau ada apa apa aku bagitahu korang dua ok. Be the way thank you care pasal aku sumpah terharu huwaaaa."

"Gila tak care pasal kau kawan sehidup semati ni."

Sedang semua pelajar di dalam kelas ralit bersembang di dalam kelas itu. Tiba tiba seorang pelajar lelaki berloghat Kedah iaitu bernama Adam datang menjerit.

"Weiiiiii hampa  ! Cikgu chengei (garang) mai dah woiiii, balik tempat hampa lekaih (cepat ) ! Tak dengaq ka tapak kasut dia tuu." Sehingga termengah mengah lelaki itu menjerit.

Semua pelajar lari lintang pukang pergi ke tempat masing bimbang di marahi cikgu yang garang itu. Sesiapa yang bergelar pelajar ini standard buat mereka, mana naknya duduk dekat tempat sendiri kalau cikgu tak ada. Jangan risau author pun 2 X 5 ja  HAHAHAHAHAHAHA.

TBC..

Your author yang sengal -una-♡



♡JODOH TAK KUDUGA♡(HIATUS)Where stories live. Discover now