"Harap ja hensem tapi badboy, hmm." Katanya seorang diri yang sedang melemparkan perhatian di luar tingkap kelasnya, tanpa sedar kawannya telah mendengar apa yang diperkatakan olehnya sebentar tadi.
"Ouhhh kau suka Fahmi ehh? Baik kau mengaku cepat." Kata Syasya yang sudah mula ingin mengusik Haura.
Haura mendengar sahaja apa yang ditanya oleh Syasya terus diendahkan lalu terus menyambung kerjanya. Buat malu ja tak sangka ada yang dengar hikss.
Syasya mengembangakan hidungnya kerana soalannya di endahkan oleh Haura lalu Syasya terus mengoncang bahu Haura.
"Syaaaaaa! Apa hang ni. Aku nak buat kerja ni sayang oii." Terkeluar terus loghat Kedahnya.
"HAHAHAHAHA. Aku tanya kau tapi kau tak nak jawab, itu yang aku goncang bahu kau ehekk."
Haura terus meredupkan matanya memandang Syasya yang telah ketawa mengekek di tepinya. Nak tak nak dia terpaksa memberhentikan kerjanya yang tergendala tadi akibat di kacau oleh Syasya. Ceh acah ja Haura ni tahulah nak cover ennn HAHAHAHAHA.
"Ok untuk pengetahuan kau aku tak suka la Fahmi tu, tahu sebab apa? Sebab dia tu badboy, playboy, pastu kerja sekolah pun tak nak buat aku kalau ada lelaki macam tu mintak couple fuh 100 peratus aku tolak aku tak suka ok. Full stop." Kata Haura dengan penuh bangga lalu terus menyambung semula kerja sekolahnya.
Syasya yang menjadi pendengar terus memberikan senyuman. Syasya pergi dengan lebih dekat kepada Haura untuk membisik sesuatu kepada Haura.
"Jangan tak suka sangat Haura, aku takut Fahmi tu jadi suami kau ja nanti kita tak tahu. Orang tua-tua cakap jangan benci sangat nanti jadi suka. Ingat tu Haura.."
Terus Syasya kembali ke tempat duduknya semula dengan senyuman yang pelik.Haura mendengar sahaja terus membesar matanya. Syasya ni bukan boleh sangat mulutnya itu masin gila cakap ja semua jadi uhukss.
"Aliaaa Haura tak lama lagi nak ada boyfriend la auch !." Tak habis lagi Syasya ingin mengusiknya.
"Uishhh ya ehh? Uwuuuu siapa tu? " Kata Alia dengan nadanya yang excited.
"Siapa lagi kalau bukan Fahmi si budak badboy tu piwitttt."
"Awww, ya kaaaaa? Untungla dah la Fahmi tu hensem, tergugat iman aku bila tengok dia."
Haura yang tidak tahan di usik terus bersuara kerana takut didengari oleh rakan kelasnya yang lain.
"Eiiiiii korang ni, suka mengusik aku kan, tak nak kawan." Sambil memuncungkan bibirnya.
"HAHAHAHAHA ok ok kitaorang tak mengusik dah. Sambungla kerja kau balik hehe."
___________
15 minit berlalu selepas seronok 'makan angin di koridor' pfttt. Cikgu Amirah terus memanggil kesemua pelajar masuk ke dalam kelas semula. Cikgu tak adalah kejam sangat.
"Ok semua pelajar yang dekat luar tu, boleh masuk kelas semula."
Selepas di benarkan masuk ke dalam kelas semula, semua pelajar masuk dengan cepatnya kerana tidak tahan berada di luar kerana sudah lama terkena dengan cahaya matahari.
Fahmi pelajar yang terakhir yang memasuki kelas, sikit sahaja lagi ingin melabuhkan punggungnya di kerusi cikgu Amirah memanggilnya semula. "Fahmi bangun sekejap jangan duduk lagi."
Fahmi berdecit geram lalu terus bertanya kepada Cikgu Amirah "Apa lagi cikgu, saya nak duduk la punggung saya dah kebas ni."
"Awak boleh duduk tetapi bukan dekat tempat yang awak duduk tu ok. Saya nak awak pindah tempat awak."
Fahmi terus tidak setuju dengan permintaan cikgu Amirah kerana tempat yang di duduki Fahmi merupakan tempat yang agak belakang jadi bolehla dia tidur dengan aman sambil tu bolehla dia nak menggatal dengan perempuan gedik untuk mengurangkan bosan.
"Saya tak nak. Saya nak duduk sini jugak." Katanya dengan berani, sebenarnya Fahmi seorang ja yang berani melawan cakap cikgu Amirah kalau pelajar lain sudah pasti hanya mengikut sahaja.
Cikgu Amirah tetap berkeras mahu menukar tempat Fahmi di tempat lain. "No Fahmi, saya tetap akan tukar tempat awak, itu adalah muktamad."
Fahmi juga tetap dengan pendirianya. "Saya. kata. tak. nak."
Nafas cikgu Amirah telah naik turun tetapi di tahan sahaja. "MUHAMMAD FAHMI ZAHIR BIN LUQMAN ZAIRI. Jangan degil boleh? Kalau tak nak saya hantar nama awak dekat cikgu disiplin." Cikgu Amirah mula mencabar Fahmi adakah dia berani atau tidak?
Fahmi mula menunjukkan muka tidak berpuas hati di tambah marah."Ok fine !"
Fahmi telah merengus geram lalu dia mengambil begnya dengan kasar untuk memasukkan ke semua barangnya ke dalam beg.
Bingo! Nampaknya kemenangam milik cikgu Amirah. Cikgu Amirah senyum kemenangan HAHAHAHA.
"Baiklah sekarang saya nak awak duduk di tepi Haura iaitu budak paling rajin dan pandai dalam kelas kita, Wahida awak pula boleh pergi duduk di tempat Fahmi ya." Sahaja cikgu Amirah menekankan perkataan rajin dan pandai itu kepada Fahmi.
Haura sedikit terkejut kerana terpaksa duduk bersama dengan budak badboy bernama Fahmi tetapi direlakan sahaja.
Fahmi terus memusingkan dua biji bola matanya, dan terus pergi duduk di tepi Haura.
"Nice..macam pinang di belah dua saya bukan apa saya nak awak jadi rajin macam Haura ni tak asyik tidur, malas apa pun tak tahu." Kata cikgu Amirah sambil ketawa sinis.
Sesi pembelajaran di teruskan seperti biasa selepas selesai pertukaran tempat.
___________
Tamat sudah sesi pembelajaran bersama cikgu Amirah.
"Baiklah awak semua ingatkan apa kerja yang saya bagitahu tadi? , saya nak awak semua buat kumpulan untuk buat pembentangan mengikut tema yang saya dah aturkan tadi dan dalam kumpulan tu hanya tiga orang sahaja tak payah ramai-ramai nanti tak siap pun dan pembentangan akan di lakukan minggu depan."
Semua pelajar hanya mengangguk, dan menjawab 'ok' kepada cikgu Amirah.
Lalu cikgu Amirah meminta diri untuk keluar kerana masanya sudah tamat dan pelajar hanya menunggu masa pembelajaran yang seterusnya.
TBC
Your author yang sengal -una-♡
Hai gais !! Sorry tau lepas ni if author update book ni lambat sebab 2 minggu lagi author dah pergi sekolah so maybe akan slow update sikit tau😭 btw thank you kepada yang sudi support !!!!❤❤❤
Sayang korang <333
YOU ARE READING
♡JODOH TAK KUDUGA♡(HIATUS)
RomanceSiapa sangka seorang lelaki badboy idaman semua wanita akan menjadi seorang suami kepada Nur Iman Haura yang boleh dikatakan mempunyai ciri-ciri yang amat disukai oleh semua lelaki di luar sana, sopan santun baik hati, dan macam-macam lagi. Seorang...