Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
happy reading!
『► now on air : love-ish! 』
|| chapter 2
"THANK you, Ju!"
"Thank you, awek!"
"Dasar single, SIAPA AWEK KAU?!" Meledak tawa pasukan bola keranjang apabila nada suara Min Juyoon naik mendadak. Dia turut sama ketawa, menghulurkan botol mineral pada Lee Seungjae.
"Garanglah sia kau ni."
Juyoon memutarkan bebola mata. "Semua dah dapat kan? Aku naik dulu, eo?" Mereka mengangguk dan melambai-lambai Juyoon. "Thank you sekali lagi, Juyoon!"
"Eung! Fighting!" Gadis itu mendaki tangga dengan kotak botol minuman yang telah kosong, menuju ke dalam dewan. Kotak itu diletakkan di atas pentas. "Pinggang aku rasa nak patah- pehal tinggi sangat tangga tu."
"Kau yang gemuk. Jangan nak menyalahkan orang sangat." Suara Park Jimin tiba-tiba kedengaran entah dari mana. Min Juyoon mengalihkan muka. Mata terus terguling menyampah.
"Gemuk ke kurus ke, itu masalah aku. Ni, kau nak apa?"
Kening Juyoon ternaik sedikit. "Aku nak air aku. Tadi aku pergi tandas."
"Dah habis lah."
"Tipu. Team aku bukan ramai mana pun. Ke semua habis masuk perut tong air kau tu?"
"Eh, bego aku cakap habis, habislah!" Min Juyoon mendengus geram. Apahal si Jimin ni. Tahu menyakitkan hati je. Layak kena kambus dalam tanah.
Jimin berdecih, dalam diam menyimpan ketawa. Sebenarnya ada sahaja yang Taehyung simpankan untuknya. Sengaja nak kacau Juyoon lagi.
"Nyah. Air dah habis. Kalau kau nak, pergi tanya diorang. Dekat aku ada kotak kosong je. Dahlah, aku nak balik. Banyak benda nak kena buat."
Malas nak layan lagi perangai bebal anak Park itu, Min Juyoon pantas mencapai beg galasnya. "Kau nak buat apa? Isi perut lagi?"
Tidak membalas apa-apa, Juyoon terus melangkah pulang dengan kipas elektrik kecil di tangan. Sumpah capek layan Jimin lama-lama. Habis tenaga.