rindu tak? rindu lahh!
『 ► now on air : love-ish! 』
|| chapter 9
"EXERCISE ah, noona! Barulah sihat, cergas dan yang penting kurus!" Bahu Jungkook ditolak kasar. Mulut minta kena sumbat cabai betul lah anak Jeon seorang ni. "Aku lempar dalam sungai ni nanti, Kook."
Makin galak si Jeon Jungkook ketawakan Juyoon. Iyalah, bukan main susah nak ajak noona dia ni keluar. Cuba kalau ungkit makan. Pergh, laju kalah pelesit.
Jungkook sumbat earphone ke dalam telinga. "Kook nak joging satu round. Noona dengan hyung tunggulah dekat mana-mana dulu. Nanti Kook cari. Jangan balik dulu pula!"
"Ya, ya dah shuhh lah anda!"
Hilang Jungkook dari pandangan mata, Juyoon helakan nafas dan mengeliat, memandang langit biru. Tak lama lagi matahari terbenam.
Eh. Jangan salah faham ya. Jungkook dan Juyoon bukan berdating. Tu, tu. Si Park Jimin pun ikut sekali. Mana boleh dibiarkan aje dua tenuk ni keluar sendiri.
Nehi nehi.
Langkah gadis itu diturut dari belakang. Dari tadi Jimin diam sahaja. Tak banyak bicara. Alah, bukan ada topik sangat pun kan. Lagipun sejak Juyoon rawat luka dia tempoh hari, dan momen It's You kotak Apollo tu-
-Jimin sebenarnya.. tak tahu nak cakap apa.
"Aiskrim!" Yang tadi menunduk memandang trek pejalan kaki kini mendongak. Berlari sudah Min Juyoon ke sebuah trak aiskrim berdekatan taman permainan kanak-kanak.
Jakun betul, omel Jimin sebelum tersenyum kecil.
"Ahjussi, aiskrim mint choco ni satu ya!" Juyoon seluk poket. Aaa- ha! Ada pun! Dua keping syiling 500 won dikeluarkan dari poket.
Wah, cukup-cukup! Hampir menangis gadis itu. Ingatkan tak cukup tadi hiks!
"Ahjussi. Coklat satu, kon besar tu." Jimin mencelah dari belakang tiba-tiba. Tangan Juyoon dikerling. 1000 won je dia bawa? Haih. Kening digaru-garu.
"Haa. Ini untuk kamu, dan ini untuk kamu."
"Gumawo, ahjussi! Nah, 1000 won." Duit dan aiskrim bertukar tangan. Bersinar anak mata Juyoon memandang aiskrim yang dipegang. Wah. Siapa sangka aku akan makan aiskrim hari ini? Hiks!
YOU ARE READING
love-ish | pjm.
FanfictionAku tak suka kau. Yang kau suka aku ni kenapa? LOVE-ISH | PARK JIMIN 2021/22 © JIMENGKIM