e i g h t

16 6 0
                                    

anda ship jimin dan juyoon?

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

anda ship jimin dan juyoon?

now on air : love-ish!

|| chapter 8

"KUNCI pintu!"

"Naeeeeee!" Juyoon balas meleret hingga bunyi pintu tertutup sepenuhnya. Dia bangun dan meluru ke pintu, menguncinya seperti yang telah Ahjumma Jeon arahkan.

Sekarang kan musim cuti. Ramai yang balik rumah ibu bapa masing-masing. Yang ada pun cuma Juyoon, Jimin, keluarga Jeon dan Puan Choi. Itu pun Puan Choi keluar untuk beberapa hari.

Dengar cerita bekas suami dia ajak kahwin balik. Hm.

Keluarga Jeon pula ada makan-makan petang ini. Jadi mereka memang tak ada dekat rumah. Mungkin sampai tengah malam.

Hah. Tinggal berdua. Nanti datang yang ketiga iaitu-

Ding! Dong!

"Halah, kenapalah aku kunci pintu. Malasnya nak bangun pergi buka.." rungut Juyoon malas, terbaring sekejap gadis itu di atas sofa. Kotak peti pertolongan cemas diletakkan di atas meja.

"Takde kunci sendiri ke, halah. Buka sendiri boleh tak!"

Tok! Tok! Tok!

Ding! Dong!

Ish. Juyoon berdecih tak suka. Dia terus bangun, dibiarkan plaster yang sepatutnya disusun di dalam peti bertaburan di lantai. Dengan berat hati dia buka juga langkah ke arah pintu.

Klak!

"Cuba lain kali bawa kunci sekali. Kan dah buat kunci sp- JIMIN!"

Membulat terus mata Juyoon. Dagu Jimin didongak. Matanya meneliti luka-luka dan lebam di sekitar wajah lelaki itu. "Kau bergusti ke? Apa jadi ni?"

"Bagi aku masuk dulu boleh tak? Hidang air ke apa ke," balas Jimin sebal. Orang tengah tak cukup nafas lagi nak tanya macam-macam. "Ah, nae. Pergilah duduk."

Jimin labuhkan punggung di atas sofa, memejamkan mata. Pedih luka masih menyengat. "Minum air." Juyoon muncul semula dengan segelas air kosong. Gelas itu disambut perlahan lalu disisip.

Ah. Lega.

"Duduk diam-diam. Aku nak letak ubat."

love-ish | pjm.Where stories live. Discover now