s i x

14 6 0
                                    

vote dan komen piung piung 💓!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

vote dan komen piung piung 💓!

now on air : love-ish!

|| chapter 6

"SEJAK bila jadi rajin ni aku pun tak tahu lah. Ah. Mesti sebab crush kau tu ajak study sama-sama dekat library yang sejuk, sunyi tu kan sebab tu sanggup tinggal aku sorang kat sini-"

"Alaa Ju..." Han Jun segera mendakapnya erat dari tepi. Badan Juyoon digoyang dengan pujuk rayu agar gadis itu tidak menarik muka. Bukannya dia tak mahu teman Juyoon makan hari ni. Cuma.. bukan selalu boleh berdating dengan Soobin ihik!

Jun kerdipkan matanya beberapa kali meraih simpati. Sebagai kawan, sepatutnya dia disokong seratus peratus. Ini tidak. Terus kena tuduh lupa kawan lah, apa lah. Kicil hatiku.

"Aku dah janji dengan dia lah, Ju. Takkan aku nak mungkir janji pula? Kalau lepas ni dia dah taknak study dengan aku dah macam mana?" Bibir Jun mencebik tak ubah seperti paruh itik. Nak je Juyoon ambil gunting, potong-potong buat sate.

Rangkulan koala Jun ditolak.

"Iyalah. Pergi lah kau. Jangan jadi benda lain sudah. Study elok-elok. Ingat, ikhtilat tu jaga. Korang tak halal lagi."

"Apa-apa jelah. Bye, sayang!" Terus lesap kelibat Han Jun macam pelesit. Juyoon hanya mampu menggeleng dan tersenyum nipis. Gembira bukan kepalang Jun bila Choi Soobin mengajaknya tempoh hari.

Takkan nak halang pula. Haih.

Terkenangkan waktu rehat yang akan habis lebih kurang 20 minit lagi, Juyoon segera menyusun langkah kaki ke kafe. Nak pergi kantin, takut kena beratur panjang.

"Eh kasut kasut! Babi, terjatuh pula dah!"

Mata Juyoon mengecil. Macam kenal gerangan manusia yang sedang panjat pagar tu. Ini mesti nak ponteng kelas. Ceh.

Eh. "Park Jimin?"

Jimin berpaling. Terduduk member di atas pagar. "Ju."

"Ponteng eh?"

"Takde. Nak tangkap burung ni ha. Tak nampak aku tengah duduk atas pagar ni? Kau nak aku buat apa dekat atas ni, memasak?" Jimin merengus kecil dan menyambung kerjanya. Apahal susah sangat ni. Selalu tengok dalam tv senang je orang lompat.

"Ada hati nak ponteng. Aku bagitahu saem!"

"Tak payahlah sia. Penyibuk betul lah kau ni. Aku tak cari masalah dengan kau kot."

love-ish | pjm.Where stories live. Discover now