o n e

76 20 19
                                    

saya cuba kembalikan jimengkim yang semakin memudar

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

saya cuba kembalikan jimengkim yang semakin memudar.
happy reading!

now on air : love-ish!

|| chapter 1

"AKU bukan nak kata lebih-lebih tapi.." Mula dah lah tu, sempat aku menggumam sambil menjeling malas gadis yang jalan beriringan dengan aku ini. Jun.

"Dia tu memang gedik nak mampus. Kau tak nampak ke cara dia menggeletis dengan Soobin tempoh hari? Aku rasa nak cuci mata pakai Clorox." Terjuih-juih bibir Jun. Benci betul ada orang nak dekat-dekat dengan crush dunia akhirat dia tu.

Aku angguk sahaja, malas nak cakap lebih-lebih. Nanti dituduhnya aku lupa kawan, lain pula yang jadi kan? Biskut di tangan dimasukkan ke dalam mulut.

"Kau taknak confess ke, Jun?"

Langkah aku terhenti saat Jun merentap lengan aku kasar. Mujur tak tercekik. Bengek punya Jun. "Confess dekat Soobin?"

Angguk. "Iyalah. Kau kan dah lama simpan. Tak lama lagi dah nak habis sekolah. Kalau lepas ni tak jumpa dah, kau sedih pula nanti. At least, kau tahu perasaan dia dekat kau sebelum kita keluar. Kalau dia suka orang lain, kau boleh move on dan cari crush baru, kan?"

Jun dah simpan perasaan pada Choi Soobin sejak Hari Sukan Sekolah Tinggi Hwangyu tiga tahun lalu. Aku pun tak tahu macam mana perasaan dia boleh bertahan selama itu.

Jun tak ada lah fanatik, cuma suka. Dia nak rapat dengan Choi Soobin dan luangkan masa bersama. Mungkin dengan hubungan lebih dari seorang kawan.

"Nanti-nantilah pasal confess tu. Kalau aku tak confess pun, I have nothing to lose lah, Ju. Aku baik-baik je. Ini Jun tahu. Han Jun!"

Aku iya-iyakan sahaja kata-kata Jun. Biarlah dia buat keputusan sendiri. Satu lagi peket biskut dikeluarkan dari beg kecil yang aku galas sejak tadi.

"Kau dengan Park Jimin pula?"

Kepala aku pantas tertoleh mendengar nama manusia itu meniti di bibir Jun. Sahabat aku ini cuma tersenyum senget, mungkin dah agak apa reaksi yang bakal aku berikan.

"Apa kaitan aku dengan makhluk terencat tu- AUCH!" Terjerit aku disitu ketika sesuatu melanggar kepala aku dengan kuat, atau lebih tepatnya - sebuah bola keranjang.

Rahang Jun terjatuh. "Kau okey tak, Ju? Bebal mana- WOI, MATA TAKDE KE ITIK PENDEK?!" Jun menjegilkan mata tajam pada orang yang membaling bola tadi ke arah aku.

love-ish | pjm.Where stories live. Discover now