f o u r

27 7 1
                                    

『 ► now on air : love-ish! 』

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

now on air : love-ish!

|| chapter 4

"AHJUMMA nak Ju tolong apa-apa tak?" Soal Juyoon, tiba-tiba menyergah Ahjumma Jeon yang sedang menyiapkan juadah untuk makan malam mereka hari itu.

"Dah nak siap dah, Ju. Ah. Ju tolong susun makanan semua atas meja boleh?"

"Arahan diterima!" Juyoon ketawa kecil dan mengikut arahan Ahjumma Jeon tanpa banyak bunyi; meletakkan mangkuk dan chopstick di setiap tempat, pinggan dan periuk di atas meja.

Tersusun kemas. Melebar senyum di bibir.

"Dah susun dah?"

"Dah!" Balas Juyoon, menoleh ke belakang. Ahjumma Jeon melemparkan senyuman buat gadis itu. "Panggil yang lain. Cakap makan malam dah siap."

Langkah yang disusun ke ruang tamu perkongsian itu terhenti saat tiba-tiba sahaja dia bertentang mata dengan sepasang pandangan kosong milik Jimin. Lelaki berhoodie oren itu mengecilkan mata.

"Apa pandang-pandang?"

Juyoon buat riak jijik. "Tak ingin aku. Tu, makan malam dah siap. Panggil yang lain. Aku nak naik atas, nak panggil Ri-"

"DINNER DAH SIAPPPPPPPPP!"

Serentak, bunyi orang jatuh tergolek dan bunyi kaki melangkah keluar kedengaran kuat. "Uyeah, dinner dinner!"

"Kau ni macam tak makan setahun."

"Member puasa dari minggu lepas tu."

"Lah kesian- eh siot SELIPAR AKU TU!"

Dah macam tadika. Juyoon mengurut batang hidungnya sebelum kembali memandang Jimin. Kali ini lelaki itu menyandarkan badan pada dinding, menyeluk kedua-dua tangan ke dalam poket. "Ha, kau cakap nak panggil siapa tadi?"

"Rin." Matanya terguling lalu langkah kaki terus disusun ke arah tangga. Tak sempat dia memanjat anak tangga seterusnya seseorang lebih pantas merentap kuat oversized jumper yang disarung.

Park Jimin tak guna.

"Babi, kalau aku jatuh tangga ni macam mana?"

"Hayo, panggil Rin kat atas!"

+ love-ish +

love-ish | pjm.Where stories live. Discover now