t h r e e

39 12 3
                                        

setiap vote dan komen amat dihargai <3333

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.

setiap vote dan komen
amat dihargai <3333

now on air : love-ish!

|| chapter 3

AKU tak kacau hidup dia pun. Yang dia ni suka sangat datang mengganggu kebahagiaan aku kenapa eh? Memang nak kena rembat ke?

Park Jimin yang sedang berborak dengan seorang rakan sekelas aku di tepi tingkap aku jeling singkat. Menyampah gila. Dahlah perasan aku memang teringin nak duduk sebumbung dengan dia.

Bertambah-tambah bala aku. Sebelum ini dekat sekolah je jumpa mamat tu. Tapi selepas ini, pergh setiap siang dan malam. Boleh rosak mata aku.

Pandangan aku difokuskan semula pada kertas latihan subjek Kimia. Walaupun CSAT dah berlalu dan kami hanya menunggu masa untuk graduation day, aku terjumpa buku ni tadi.

Bosan, jadi aku selak-selaklah. Kalau aku rasa aku boleh jawab soalan itu, aku capai pensil dan selesaikannya.

"Ju."

"Apa?" Tanpa mendongak aku sahut panggilan tersebut. Bunyi kerusi diseret menyapa deria pendengaran. Tangan seseorang diletak di atas meja. "Aku ada benda nak tanya ni."

Lee Seungmin, merangkap teman semeja aku bersuara lagi.

"Ha. Tanya jelah."

"Betul ke kau dengan Jimin.. duduk sekali?"

Pensil berhenti bergerak di atas permukaan buku. Wajah aku terdongak memandang Seungmin yang ternanti-nanti jawapan dari aku.

"Duduk sekali tu macam mana?"

Lajunya rumor ni tersebar. Aku baru pindah dua minggu lepas. Siapa si hanat yang buka cerita ni. Kalau tak salah aku, ada juga budak hot stuff dari sebuah private school yang duduk di situ.

Tak ada pula nak buat cerita lebih-lebih. Hek eleh.

"Entah. Mungkin duduk.. satu rumah?"

Nak melenting pun tak guna. Kalau dah sampai ke telinga si Seungmin yang jenis tak bergaul dengan orang ini, maksudnya memang dah ramai yang dengar tentang gosip tak berasas tu.

Bukan tak berasas tapi-faham tak. Logik kau mana. Ha.

"Boleh tahan laju juga kan mulut orang nak buat gosip. Bukan satu rumah, Min. Cuma duduk satu bangunan sama dengan dia. Rumah kitorang selang satu tingkat. Aku tak tahu pun dia duduk dekat situ." Balas aku, mengeluh dan kembali mencapai pensil.

love-ish | pjm.Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang