f i v e

23 6 2
                                    

tekan butang vote dan komen juseyo 🦋

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

tekan butang vote dan komen juseyo 🦋

now on air : love-ish!

|| chapter 5

"EUNG. Selamat malam, ahjumma."

Tertutup sahaja daun pintu keluarga Jeon, hoodie ungu pudar Juyoon terus ditarik ke ruang tamu yang sunyi sepi. Yang lain mungkin dah naik apartmen masing-masing.

Meninggalkan Jimin dan Juyoon berduaan. Jimin masih setia menuntuk penjelasan atas pernyataan "aku rasa aku dah bunuh jantan tu weh" yang keluar dari mulut Juyoon lebih kurang 15 minit lalu.

"Duduk," kata Jimin sepatah.

Dan Juyoon akur sahaja. Penat tak habis lagi nyah. Mujurlah ahjumma Jeon tak tanya lebih-lebih dan terus masuk tidur. Kalau tidak mesti dah kena soal siasat.

"Cerita dari A sampai Z apa jadi," arah Jimin, selamba mengambil tempat di sebelah Juyoon. Bantal empat segi ditarik dan dipeluk.

Kornea mata terus merenung wajah Juyoon, menanti bibirnya terbuka dan patah kata meniti.

"Aku keluar pergi beli barang tadi. Awalnya aku nak keluar dengan Rin tapi dia baru teringat dia ada revision dengan kawan dia malam ni, so aku pergilah seorang-"

"Ajaklah aku lain kali. Kau tahu tak bahaya jalan seorang diri malam-malam macam ni? Kau tu dahla perempuan. Kalau jadi apa-apa, macam kes tadi, kalau peragut tu ambil kesempatan ke apa? Macam mana?"

"Bebal siak- bagilah aku cakap dulu, Jimin! Kau nak dengar ke tak!?" Cemberut terus muka Juyoon dibebel begitu.

Jimin helakan nafasnya perlahan. Badan kembali direhatkan di atas sofa. "Okeylah. Cerita, cerita. Aku dengar."

Juyoon betulkan duduknya semula. Kali ini menghadap Jimin supaya penceritaannya lebih mudah dicerna oleh telinga lelaki itu. "Aku dah beli barang yang aku nak tu. Mind you, barang tu tak penting pun tapi sebab aku kempunan sangat aku keluar jelah."

"Masa jalan balik tu, aku pakai iPod. Jadi aku tak dengar apa-apa. Aku pasang Daechwita kuat sangat kot sampai bunyi enjin motor pun tak dengar apa."

Jimin menggeleng-geleng. Budak bertuah.

"Tahu-tahu je tepi telinga aku WRENGGGGG kuat gila lepastu beg aku terus kena ragut! Aku terkejut tapi aku pegang kuat tali beg aku. Dia punya tarik tu ey aku nak je jerit LEPAS JELA BEG AKU BANGANG NAK DUIT MINTA SOPAN-SOPAN kat muka dia tapi dia tendang aku, Jimin!"

love-ish | pjm.Where stories live. Discover now