"Bazli, bila you nak bawa I jumpa parents you ni? I tak mahu kita bercinta lama-lama macam orang lain. Ke you tak serius dengan I sebenarnya?" Yasmin mengurut pelipinya perlahan. Kepalanya sakit dengan desakan kedua ibu bapanya yang asyik bertanyakan soal peminangan dari pihak lelaki.
Bazli kelihatan serba salah."I'm sorry Yasmin" dahinya berkerut seakan memikirkan sesuatu. "tapi awak betul-betul sedia ke nak galas tanggungjawab sebagai seorang isteri? Tidakkah awak rasa awak terlalu muda untuk berkahwin? Saya boleh bagi masa kalau mahu" bukan dia tidak yakin dengan Yasmin cuma dia takut Yasmin akan meninggalkan dia juga. Hati lelakinya menjadi sedih apabila terfikirkan jika saat itu tiba.
"oh, come on Bazli! Saya memang bersedia seratus peratus. Saya serahkan jiwa dan raga saya untuk awak. Dan saya juga sanggup berhenti kerja semata-mata nak jadi suri rumah sepenuh masa. Jadi nanti bila awak balik kerja sudah ada saya yang menunggu kat rumah. Apa yang nak di peningkan lagi. Kita kenal dah lama sejak zaman dekat U lagi. Kita bercinta dekat lima bulan. So apa yang you ragukan lagi, Muhammad Bazli?"
Bazli termenung seketika. Ikutkan hatinya sudah lama dia mahu memperisterikan Yasmin. Bukan dia tidak mampu. Dia mempunyai pangkat dan harta usah bimbang jika mahu berkahwin bila-bila masa saja cuma dia sedikit risau akan masalah yang bakal melanda hubungan meraka nanti.
Yasmin memetik jari dihadapan muka Bazli. Geram hatinya apabila dia seolah-olah bercakap sendirian cuma. "dengar tak ni?" dia cuba untuk bersabar agar api kemarahannya tidak dilepaskan ke Bazli. Dia bukan jenis orang yang mempu bersabar dengan lama.
"Ye. Dengar lah ni. You nak I masuk meminang you dulu atau I bawa you jumpa parents I dulu?"
"Bawa I jumpa parents you dulu. Lepastu you terus masuk meminang I, I taknak lama- lama tau lepas je seminggu I jumpa parents you. You kena masuk minang I, lepastu kita tunang seminggu, lepastu kahwin. Okay tak?"
"I ikut je" Bazli menyandarkan badan pada kerusi.
"hari ni I belanja you shopping nak?" soal Yasmin dengan senyuman lebar sambil menarik hujung lengan baju Bazli untuk beredar dari kedai makan itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mummy Melati √
Short StorySiapa sangka jejaka yang baru berumur 25 tahun itu mempunyai tiga orang anak perempuan. Yasmin suraya - setelah hampir 5 bulan berkenalan dengan si pojaan hati kini sudah tiba masanya dia diperkenalkan kepada ibu bapa kepada si lelaki. Tetapi siapa...