12

145 10 0
                                    

Yasmin mengurut pelepisnya perlahan. Kepalanya terasa berdenyut-denyut. Matanya juga sudah semakin kabur. Perlahan-lahan dia terduduk diatas lantai. Sejak dari pagi kepalanya sakit tapi dia gagahkan diri juga menyiapkan kerja rumah dan menghantar anak-anak tirinya ke sekolah. Dia melihat Yuna yang sedang bermain blok lego dihadapannya itu.

"Yuna, mummy sakit kepalaa... Awak jangan nakal-nakal tahu" antara ketiga-tiga anak tirinya dia paling selesa dengan Yuna. Mungkin kerana Yuna tidak banyak ragam dan kerenah.

"Mummy agja kah buubu" Yasmin tergelak sedikit mendengar Yuna membalas percakapannya dalam bahasa bayi itu.

Semakin lama semakin dia tidak mampu menahan sakit kepalanya yang menyerang. Dia melepaskan nafas terakhirnya dan dia pengsan.

             
                 Kening Yasmin berkerut mendengar beberapa orang yang sedang berbual dengan sangat rancak sehingga tidak mampu lagi hormatkan dia yang sedang terbaring terlantar dikatil pesakit itu. Dia pandang satu persatu wajah di hadapannya dengan pandangan tajam. Tidak tahu mengapa mereka semua ini terlihat sangat menjengkelkan.

"Diamlah sikit" tegur aku apabila suara mereka itu kedengaran semakin kuat. Mata mereka membulat, mungkin terkejut aku menegur mereka begitu.

"Eh Min dah bangun sayang? Kami bising ke? Maaf lah ya. Kami teruja sangat kamu mengandung" semakin lebar senyuman di wajah tua itu apabila dapat bercakap bersama anak perempuannya.

"Min mengandung ke ma?" soal aku lemah. Ya Allah aku mengandung?

"Ya sayang kamu mengandung. Dua bulan!"

Aku pandang muka Bazli yang tidak lekang dengan senyuman itu. Sukanya dia hm...
"Min sakit kepala lah mana, kenapa ea?"

"Doktor kata penat sangat. Itu aja lepasni duduklah rumah mama ya? Ada bibik. Kalau tidak semuanya kamu buat sendiri. Nanti kamu pengsan lagi, mama risau lah sayang" wajah itu penuh berharap memandang menantunya supaya mengizinkan niat baiknya itu.

"err Li tak tahu lagi Mama. Nanti Li bincang dengan Min okey"

"Alaaa, kenapa kena bincang lagi? Min mesti setuju punya, mama kenal anak mama. Kamu tu setuju ke tidak?"

Bazli memandang sekilas muka Yasmin. Muka itu tidak memaparkan sebarang perasaan. Tidak gembirakah buah hatinya itu? "erm baiklah. Nanti Li hantarkan baju-baju Min kat rumah mana"

"Tak payah Li. Kat rumah mama pun ada baju Min. Susah je"

"Baiklah. Tapi mungkin Li tak boleh ikut sekali. Sebab ofis jauh kan. Hari minggu jelah Li datang rumah mama"

"Laa mama tak suruh kamu ikut sekali pun. Mama nak bagi Min tenangkan diri tanpa sebarang gangguan"

Bazli terkedu. Eh? Mengapa mamanya kata begitu? Adakah selama ini kehadirannya tidak disenangi?

"Mama balik dulu. Nak kemaskan bilik Min" selepas mencium dahi anak perempuannya dia terus keluar dari ruangan itu.

"Min?"

Aku menatap mata Bazli lama. "Awak gembira?"

"Sangat, tak sabar nak tunggu anak kita lahir kan?"

Aku tidak menjawab soalan itu.

"Aren't you happy Min?"

Aku tak tahu mahu reaksi bagaikan. Adakah aku tidak gembira? Entahlah. Kalau boleh dia tidak mahu anak ini dilahirkan dalam masa terdekat ini. Dia cukup penat mahu menguruskan anak-anak tiri, ini kan pula mahu menambah satu lagi. Ya, mungkin Bazli gembira kerana bukan Bazli yang menjaga semua keperluan anak-anak mereka. Dia penat. Dia cuma mahukan rehat. Tapi... "saya happy kalau awak gembira juga" aku membalas genggaman tangannya. Ya Allah aku mencintai lelaki ini sepenuh jiwa aku.

Mummy Melati √Where stories live. Discover now