14

161 10 3
                                    

"babe. I'm sorry, kau gugur" ucap doktor yang memberikan aku rawatan itu merangkap teman baik aku. Aku kekal diam. Aku tahu aku gugur dari sebelum sampai hospital dan sebelum aku sedar lagi aku dah tahu aku gugur. Dah tengok darah banyak macam tadi tu, memang aku tak mengharapkan apa-apa lagi dari kandungan ni.

"Anak aku mana na?" teringat kepala Yana yang berdarah tadi. Sayu pula hati aku ni. Aku yang jaga dia selama ni.

"Ayana ke? Dia tak sedar lagi. Pendarahan kat kepala dia agak teruk tapi dia dah stabil"

"Siapa bawa aku kat sini? Mama aku mana?"

"Hilman. Dia dukung kau dengan Ayana. Aku terkejut masa sampai kat unit kecemasan tadi tengok dia angkat kau berdarah-darah. Dia pergi tandas kot, bersihkan diri. Mama kau ada tadi tiba-tiba hilang." Amna mengosok bahu aku perlahan.

"Bazli?"

"Belum sampai. Aku tak pasti dia dah tahu kau kat sini ke belum"

"Yasmin!" pintu bilik aku dirempuh kuat dari luar. Bahu aku terjungkit sedikit. Terkejut kau! Nasib tak roboh pintu ni.
Aku merenung mata Bazli lama. Aku tahu apa akan jadi lepas ni.

"Encik bawa bertenang encik" Amna cuba menenangkan suami kepada kawannya itu. Dahinya berkerut tidak suka akan perbuatan tadi kerana akan mengganggu beberapa pesakit yang lain. Walaupun ini wad yang menempatkan hanya untuk seorang tetapi tindakan tadi itu terlalu ganas dan kasar mungkin pesakit bilik sebelah boleh kena serangan jantung kerana terkejut sangat. Tak ke naya?!

"Macam mana keadaan isteri saya?" mukanya merah padam. Seperti menahan marah?

"Dukacita saya maklumkan isteri encik mengalami keguguran"

Bazli terduduk diatas lantai. Dia terkedu. Perlahan-lahan air matanya jatuh. Hatinya sakit. Dia tak boleh terima berita sebegini. Dia meramas-ramas rambutnya kasar. Kemudian dia menggaru-garu lehernya yang terasa rimas sehingga meninggalkan beberapa luka kecil.

"Saya minta diri dulu puan dan encik" Amna memberikan isyarat mata kepada Yasmin sebelum keluar dari kamar itu.

"Yasmin Suraya!" Bazli mencengkam rambut isterinya disebalik tudung itu. Hatinya sakit panas. Lagi panas apabila melihat muka tidak berperasaan Yasmin itu. "Kau ni memang perempaun tak guna kan. Perempual sial tak pandai jaga anak!"

"Kau tahu apa kau buat? Kau bunuh anak aku, dahi Ayana berdarah teruk sampai ada parut. Kau memang perempuan paling kejam aku pernah jumpa. Kau sakitkan anak-anak aku seumpama kau sakitkan aku!" mukanya yang sudah merah semakin merah. Marahnya tidak terhingga habis terkeluar semua urat di dahi dan lehernya. Mata dia pun hampir nak terkeluar sebab dari tadi asyik besarkan mata je pandang Yasmin ni. Jk!

Yasmin menahan sakit kepala yang dia rasakan apabila cengkaman tadi semakin kuat. Tiba-tiba pipinya pijar. Terteleng kepalanya ketepi."Perempuan bodoh! Aku benci kau... Lepasni kau nak bunuh siapa pula? Ayani? Ayuna? Eh anak-anak aku tak perlulah mak macam kau ni. Mak kaki pukul, mak yang suka mendera. Aaaaa aku jijiklah dengan kau!"

Yana cuba menahan esakkan tangisannya dari terkeluar. Sejak papanya keluar dari wad dia, dia senyap-senyap mengikut langkah papanya yang menuju ke bilik mummy. Dia risau! Seperti yang dijangka. Dia takut... Untuk pertama kali papa pukul mummynya. Dia dengar semua yang papanya cakap pada mummynya. Ayana tidak sanggup untuk melihat mummynya dipukul. Biarlah dirinya dipukul seperti selalu tapi jangan sesekali papanya memukul Mummynya. Mummy dia terlalu baik untuk diperlakukan dengan kesar sebegitu. Dan akhirnya air matanya Perlahan-lahan jatuh dan semakin lebat. Mummynya gugur kerana dirinya. Mummy cuba selamatkan dia dan sekarang Mummy dipukul kerana dirinya. Ah, persetankan semua ini pasti Ayani suka melihat mummynya sebegini. Tidak puas kah dia melihat mummynya begini? Dahulu dia sangat rapat dengan Ayani tetapi Ayani berubah dengan sangat drastik apabila papanya berkahwin lagi.

"Ayana? Buat apa kat sini? Kenapa menangis ni? Bagitahu uncle" Dahi Hilman berkerut seribu melihat anak buahnya menangis di hadapan bilik pesakit kakaknya. Tiba-tiba dia terdengar suara abang iparnya seperti sedang mengamuk didalam bilik itu. Pantas dia bangun dari canggungan dan meluru masuk. Terkejut dirinya melihat Bazli yang memukul kakaknya dengan sangat agresif. Api kemarahannya sudah sampai hidung. Tanpa berfikir apa-apa dia menendang perut Bazli kuat sehingga Bazli jatuh terlentang di lantai.

"Kakmin..." dia membelek badan dan wajah kakaknya. Wajah itu tanpa perasaan. Ya, dia kenal wajah itu sangat. Wajah itu yang akan kakak dia tunjukkan kalau kakak dia penat, sedih yang terlampau, atau marah tahap dewa, atau semasa dimarahi. Jantan tak guna!

Hilman mencengkam kolar baju Bazli dan menumbuk wajah itu berulang kali. Dia marah. Dia sedih melihat cara kasar abang iparnya itu kepada kakaknya. Dia cuma punya satu kakak. Dia sendiri tidak pernah memukul atau naik tangan pada kakaknya.

Ayani, sudah puaskah hatimu?

Mummy Melati √Where stories live. Discover now