"aunty dengan uncle takboleh terima kamu sebagai menantu kami dulu selagi budak budak tu tak accepts kamu" aunty Mila tertawa kecil.
"budak budak?" tanya Yasmin kurang faham.
"papa papa. Adik menangis!" Yana berlari mendapatkan Bazli risau dirinya bila tiba tiba adiknya bangun dan menangis. "ha? Adik menangis? Ha jom jom" Bazli terus meninggalkan ruang bawah.
"papa?" tanya Yasmin pada diri sendiri tapi sempat ditangkap oleh aunty Mila.
Aunty Mila tersenyum kecil. "Bazli tak bagitahu kamu lagi ya?"
"bagitahu apa?" mukanya seakan risau seperti tahu apa yang bakal diperkatakan oleh aunty Mila.
Aunty Mila tersenyum tawar. "Bazli, duda anak tiga.
Yasmin tersentak. Nafasnya bagaikan tersangkut di kerongkong. Dia kehilangan bicara. Matanya bergenang dengan mutiara jernih.
" aunty dengan uncle naik dulu ya?" tidak lama selepas mereka naik Bazli turun dan kelihatan resah. Dahinya berkerut seakan risau akan sesuatu. "Yasmin?" Bazli tahu rahsianya yang dia simpan kini sudah terbongkar. Pedih hatinya melihat Yasmin menangis teresak - esak.
"Min" Bazli cuba untuk memegang bahu Yasmin. Tetapi belum sempat tangannya mendarat di bahu itu tangannya sudah di tepis.
"jangan sentuh lah lelaki tak guna. Penipu. Haram lah!" Yasmin mengilap sisa air matanya yang gugur dipipi. Dia tidak mahu Bazli melihat dia dalam Keadaannya yang menyedihkan. Dia tidak mahu kelihatan lemah. Yasmin menikam mata Bazli yang betul Betul kelihatan serba salah.
" sorry sayang " Bazli menunduk memandang lantai takut untuk membalas mata Yasmin yang menikam matanya itu.
"saya nak balik. Cancel je wedding ni. And we're over" balas Yasmin mendatar sebelum keluar dari rumah itu.
"hei hei berhentilah. Min please. Dengar dulu" Bazli memegang lengan Yasmin yang sudah mahu membuka pintu kereta itu.
"ha okay cakaplah" Yasmin memeluk tubuh sambil memalingkan pandangannya kearah lain.
"kita duduk dulu? Awak tenangkan diri dulu?" Bazli cuba meminta simpati.
"ish mengada ngadalah. Cakap jelah. Dah bagi betis nak peha pulak" Yasmin menjeling Bazli sekilas.
"please yasmin?"
"ish. Lelaki memang macam ni ea? Minta simpati macam tu supaya nak buat orang rasa rimas? Annoying betul"
Bazli menghiraukan apa yang Yasmin perkatakan kepadanya.
"jom duduk kat bilik saya lah"
"kepala otak awak comel. Belum halal lagi"
"tahulah belum halal lagi tapi..."
"takde alasanlah. Hukum hakam mana boleh buat main. Dah tahu belum halal jangan gedik nak ajak orang masuk biliklah pegang pegang lah. Saya ni anak dara orang tahu. Tak malu ke pegang anak dara orang. Kalau kat zaman Rasulullah ni tangan tu mesti dah kena potong dahh sesukati ayah awak je nak pegang saya" bebel Yasmin panjang lebar. Ha kan dah mendapat satu kali.
"okay fine. Sorry aaa. Kat bilik saya ada anak saya lah. Nak lepak mana sekarang ni"
"apa ingat tangan saya yang tercemar ni boleh digantikan dengan maaf je ke? Malam ni ke or sekarang pun boleh pergi solat taubat sebab dah pegang anak dara orang"
"okay okay yelah. Sekarang ni nak lepak mana?"
"kat sini jelah" Yasmin mengambil tempat di tepi kolam renang itu. Dia memegang erat kakinya agar stoking dikaki tidak basah.
Bazli Sedikit risau kang kalau Yasmin mengamuk kang tak pasal pasal dia kena tolak masuk dalam air "saya sebenarnya..." belum sempat Bazli mahu menerangkan keadaannya yasmin terus memotong percakapannya.
"since when?"
"Ha?" dia kurang faham dengan soalan itu.
"since when you kahwin? Kita kenal sejak zaman U" matanya disajikan dengan permandangan kolam renang yang berair jernih itu. Fikirannya melayang mengimbas saat saat semasa masih di alam universiti. Pernahkah Bazli memberitahunya tentang perkahwinanya?
"saya kahwin masa umur 18 tahun..." Bazli terdiam seketika cuba untuk mengingati setiap apa yang berlaku padanya yang lepas.
Yasmin tekun mendengar sedikitpun tidak menyampuk. Dia agak sedikit terkejut. Awal mat kahwin.
"saya terlanjur dengan bekas kekasih saya plus bekas isteri. Lepas terlanjur tu saya terus nak bertanggungjawab dan terus kahwin. Lepastu kami hiduplah seperti pasangan suami isteri yang lain. Cuma kami sengaja merahsiakan tentang perkahwinan ini. Hanya orang terdekat je yang tahu. Kami bercerai adalah dalam setahun ke dua tahun yang lepas. Kami bercerai sebab dua dua yang nak. Sebab dah tak sehaluan" dia menundukkan kepala kebawah. Dia terasa seolah membuka pekung di dada.
"oh so masih barulah awak bercerai dengan dia? Dapat ke move on dalam masa yang singkat ni? Kita baru bercinta awak yakin ke nak kahwin dengan saya?"
"dia tu macam cinta monyet saya sebab kami bercinta dari tingkatan satu. Awak ni kira first love saya lah ni"
"Eh apa pula macam tu?"
"so kita jadi kahwin kan?" soal Bazli dengan muka resah kembali.
"tengoklah dulu kalau anak anak awak perangai helok ke tidak. Saya tak suka budak yang nakal dan gedik. Saya rasa macam nak tampar je"
"tapi anak saya memang nakal dan gedik?"
"ha kalau macam tu nanti saya tampar ajelah diorang" Yasmin membuat muka selamba. Benda betul kalau nakal sangat aku kasi tampar je.
"janganlah, anak saya tu"
"anak awak dengan perempuan mana tah. Jadi saya tak heran pun"
YOU ARE READING
Mummy Melati √
Short StorySiapa sangka jejaka yang baru berumur 25 tahun itu mempunyai tiga orang anak perempuan. Yasmin suraya - setelah hampir 5 bulan berkenalan dengan si pojaan hati kini sudah tiba masanya dia diperkenalkan kepada ibu bapa kepada si lelaki. Tetapi siapa...