Aku mendukung Yuna sebelum mula berjalan mencari meja untuk menjamu selera. Aku masih merajuk dengan Bazli. Lantaklah dia. Pandailah dia jaga lagi dua orang anak dia tu. Dua-dua gedik, tak suka aku. Sorang sibuk nak melekat, sorang sibuk bencikan aku. Kau ingat aku ni suka sangat nak jaga korang? Aku geli tahu sebab korang ni hasil dari laki aku dan perempuan mana tah. "Erghhh"
"Eh kakMin, kau kenapa?" tegur Nadia, adik Bazli "Ni majlis tunang aku, kita chill lah"
"Kau tu pun sama, kau apahal? Muka sedih pastu apahal cari aku? Mesti ada masalah ni" aku menarik kerusi sambil mata masih kekal memandang wajah cantik bersolek Nadia.
"Entahlah"
"Lahhh cakaplah betul-betul. Kau dah dapat pun tunang dengan amir and bulan depan korang nak kahwin pun kan?" Nadia ni kalau ada masalah memang aku ni ajelah jadi tempat meluah dari sebelum aku kahwin sampailah aku sudah kahwin.
"Bukanlah, aku risaulah kakMin. Kau tahu ex dia tu ada kat sini, dah berapa banyak kali aku larang supaya tak jemput dia tu. Sibuk juga Amir nak jemput!"
"Lahhh pasaipa dia pergi jemput sabrina tu?"
"Kata dia sebab mak dia berkawan baik dengan mak sabrina. Tapi sabrina tu datang dengan suami dia"
"Lahhh baguslah dia datang dengan suami. Kau nak risau apa, si Amir tu dah gila bayang dengan kau. Berapa tahun kau goda dia? Berapa banyak halangan kau kena lalui semata-mata nak kahwin dengan Amir tu"
"Hm betul juga. Aku takkan nak mengalahkan selepas bertahun-tahun?"
"Yeahh that's my girl!"
"Tanak, Yani taknak. Yani taknak!" dari jauh dengar suara Yani yang nyaring menjerit-jerit. Dah apahal pula anak aku tu?
"Jomlah pergi dekat mummy kamu" Aunty Mila berusaha menarik tangan Yani. Dia sedang melayan tetamu Yani pula sibuk mengacau dia. Jadi dia mengambil keputusan mahu menghantar Yani ke Yasmin. Tapi malah Yani menangis dan meraung. Pelik dirinya. Menantu dia tak buat yang bukan-bukan kann?
"Yani tanak... Dia jahat... Aaaa Yani taknak... Dia bukan Mummy Yani Yani benci dia!!!"
"Ya Allah kenapa tu?" Nadia segara berlari kearah anak buahnya.
Yasmin memandang Yani tajam dari jauh. Memalukan! Geram je dia tengok Yani meraung dan menangis. Budak tu nak mintak simpati ke? Heh.
"Ayani binti Muhammad Bazli. Bangun jom ikut papa!" arah Bazli tegas. Semakin tidak betah melihat Yani yang menangis di tengah jalan sehingga mengganggu beberapa orang. Habis majlis tunang adiknya itu penuh dengan suara tangisan Yani.
"Yani taknak papa. Yani taknak dia Yani benci... Yani nak mama. Yani rindu mama" Yani terus-terusan menggogoi didalam pelukan Bazli. Bazli merenung tajam ke dalam mata Yasmin sekilas sebelum mengakat Yani yang sudah terlentok bersama air mata.
"Jom balik!" Ajak Bazli serius. Tiada masa lagi mahu bermain-main ketika ini!
"What? Majlis belum oun habis..." aku jadi terdiam melihat pandangan membunuh Bazli. Gerun!
"Goodluck kakmin" Nadia memberikan pandangan simpati. Dia kenal benar dengan perangai Yasmin itu. Tapi bukanlah salah Yasmin seorang...
Aunty Mila memberikan pandangan kerisauan. Apalah yang menantu dia buat ini? Ya Allah kau selamatkan rumah tangga anak menantuku, doa dia dalam hati.
"Awak ni dah melampau lah Yasmin. Awka tengok apa yang awak kat dia harini? Dia trauma sebab awak!"
Aku diam merenung muka Bazli tajam. Apa yang aku buat? Setakat kurung dalam stor? Bukan budak kecil tu takpernah kena malah selalu kena semasa Bazli di tempat kerja. Masih elok aja. Tiba harini keluar pula drama dia, menyampah!
"awak tahu tak kalau sekali lagi Yani sebut nama mak dia. Saya tak teragak-agak akan cari mak dia balik!"
Aku terkedu tapi masih kekal diam dan masih mengekalkan wajah tanpa perasaan. Ya, inilah Yasmin suraya apabila dimarahi. Rasa nak tergelak pun ada. Cari balik mak budak tu? Sedangkan mak budak tu dah berkahwin? Lelaki ini gila ke apa?
" Awak memang tak pandai jaga anak kan? Kalau saya tahu perkara ni lebih awal saya takkan mahu berkahwin dengan awak. Awak dera anak saya, awak ingat saya tak tahu apa yang awak buat pada anak saya?"
Baguslah kalau tahu. Heh, aku tak oandia jaga anak? Memang pun. Sejak mereka kenal Bazli memang tahu yang dia anti dengan budak, sekarang nak kata menyesal? Tak guna lah. Aku dera anak kau? Ke kau dera anak kau sendiri? Kau lupa ya. Masa kau pukul anak kau, aku yang ubat, aku yang halang, aku yang pujuk, aku kasi makan, aku ajar mereka bukan dera macam kau buat.
"Saya penat lah macam ni. Awak memalukan saya sebab ada isteri tak pandai jaga anak. Macam mana saya nak hadap muka orang tua saya?!"
Kecewa? Tidak aku sakit hati sekarang ni. Segala pengorbanan aku satu pun kau tak pandang sekarang kau nak fikir malu. Penat? Eh aku lagi penat tahu nak jaga anak kau yang macam anak setan. Penatlah nak hadap perangai baran yang kau sorokkan.
Yuna yang berada di pangkuan mula menangis ketakutan mendengar suara amukan ayahnya. Aku dodoikan dia perlahan.
Yani jadi pelik. Dia masih kekalkan keadaan pura-pura tidurnya. Dia pelik sangat, mengapa? Mengapa perempuan itu tidak sedikit pun mengeluarkan tangisan? Tidak sedikit pun beriak meskipun dimarahi dengan teruk. Hatinya cukup tidak puas. Adakah apa yang dia lakukan ini tidak cukup?
Sampai saja di hadapan rumah. Bazli menurunkan anak-anaknya serta isterinya sebelum kembali memecut keluar. Dia mahu tenangkan diri.
"Korang lapar?" tanya aku kerana akibat kejadian tadi mereka tidak sedikit pun sempat menjamu selera.
Yana angguk perlahan. Sejujur nya dia tidak mahu menyusahkan mummynya pada saat ini tapi perutnya betul-betul perlu diisi atau dia akan mendapat gastrik.
Tanpa menukar baju aku terus ke dapur dan mula memasak. Menu simple. Pasta carbonara. Siap menghidangkan dia segera naik keatas dan mengambil tuala untuk membersihkan banda yang melekit.
Masuk saja ke dalam tandas. Dia membuka air pancuran kemudian duduk dibawah pancuran itu. Dan akhirnya dia melepaskan tangisan yang cuba dia tahan dari tadi. Dia menumbuk-numbuk dadanya kuat. Dadanya sebu kerana menahan air mata terlalu lama. Hatinya sakit. Sedih? Tidak dia tidak sedih sedikit pun. Cuma dia marah yang tahap tak mampu lagi untuk bersuara dia hanya mampu melepaskan kemarahannya dengan cara begini.
Yana terkedu. Mummynya menangis? Adakah sebab dimarahi tadi? Adakah Mummynya sedang menahan tangisannya tadi? Tapi masih sanggup masakkan untuk mereka. Dia berjanji dia akan sayangkan Mummynya lebih dari mamanya!
Kasi chance la amir dengan nadia. Akhirnya kahwin juga. Aku tak faham juga ni. Sabrina belum complete tapi amir dengan nadia dah kahwin? Entahlah nak

ANDA SEDANG MEMBACA
Mummy Melati √
Short StorySiapa sangka jejaka yang baru berumur 25 tahun itu mempunyai tiga orang anak perempuan. Yasmin suraya - setelah hampir 5 bulan berkenalan dengan si pojaan hati kini sudah tiba masanya dia diperkenalkan kepada ibu bapa kepada si lelaki. Tetapi siapa...