8

186 14 5
                                    

"Hari ni I masak ayam masak kari, sambal ikan bilis, bendi goreng dan telur dadar"
Aku tersenyum membaca komen-komen yang diberikan oleh pengikutku di Instagram sambil mengacau masakan kari ayam didalam periuk. Setiap hari Jumaat aku akan membuat siaran langsung di Instagram.

@hajar*** nampak sedap sangat!!

@19faris**** kari ayam is my favorito

@evemaria** you cantik like always sis

@sushimila*** you memang pandai masak ke?

"oh, terima kasih evemaria. Yes I memang pandai masak, my mum dah heret I masuk dapur since fourteen"

"Mummy, Yana lapar..." Yana menarik-narik baju yang dipakai Yasmin.

"ish sabarlah, Tak payahlah tarik-tarik. Koyak baju I nanti" Yasmin menolak Yana sedikit kuat sehingga Yana terdorong ke belakang dan hampir terjatuh.

@dibasaleh EH KESIAN BUDAK TU!

@sushimila you tak pandai jaga budak ke? Kenapa tolak dia macam tu?

@shaiman harap muka je cantik tapi jaga budak tak reti, macam manalah laki kau boleh nak buat kau bini.

Shit! Aku lupa pulak tengah live. Ish ni semua budak ni punya pasal. "okey lah guys, my hubby dah nak balik. Byee...". Aku memandang geram kearah Yana, kalau pengikut aku kat Instagram berkurang kau orang pertama aku cari.

"mummy... Mummy marah Yana ke? Yana sorry" matanya bergenang air mata. Dia takut. Menggigil tangannya mahu memegang lengan ibu tirinya itu.

Aku cepat-cepat menepis tangan itu sebelum ia mendarat dilenganku. "mengada lah you ni. Sikit-sikit nak menangis. Kalau you nak jadi anak I, you takboleh nangis sebab I tak suka budak yang suka menangis faham?" setelah hampir tiga kali aku ditegur Bazli kerana sering menggunakan bahasa kasar terhadapnya anak-anaknya aku pun menukar panggil dari aku-kau kepada I-you." panggil Yani dan Yuna turun makan" suruh aku sambil tangan ligat menyusun lauk-pauk diatas meja.

Yana segara mengesat air mata yang bakal jatuh itu lalu berlari ke depan tangga"Yani, Yuna. Mummy panggil turun makan!" teriaknya dengan suaranya yang lantang.

"Yana, jangan menjerit. Bingit telinga I ni! You buat sekali lagi I cubit you" aku mengacah-acah seperti hendak mencubit lengan gebunya itu.

Terdiam Yana seketika sebelum menaiki tangga dan memanggil adik-adiknya.

Yani menjeling tajam mummy nya itu sebelum mengambil tempat disalah satu kerusi di meja makan. Tanpa menghiraukan pandangan mummy nya itu dia terus mencedok nasi dan lauk. Dengan bacaan basmalah dia menyuapkan makanan itu ke dalam mulut.

"you memang takdah adab? Or mak you dulu tak ajar adab?" Yasmin memandang Yani dengan pandangan kegeraman.

Paling pantang baginya apabila orang menghina mamanya. Yani mengetuk-ngetuk jarinya diatas pinggan dengan kuat. Sengaja menunjukkan protes. Yani secara tiba-tiba meludahkan sisa makanan yang terdapat didalam mulutnya ke pinggan. Kemudian dia meminum air yang disediakan di sebelah setelah hampir separuh air itu diminum dia memuntahkan semula air itu. "tak sedap!" dia mencuci tangannya dengan sisa air yang berada didalam cawan. Tanpa berkata apa-apa Yani terus naik ke biliknya semula.

Tercengan aku dan Yana melihat tingkah laku kurang gula Yani itu.

"kurang ajar betul budak tu. Ingat Yana, Yuna jangan sesekali you buat macam tu dekat I, kalau tak I taknak mengaku korang anak I lagi or I taknak belanja korang shopping lagi"

"baik madam!" jawab mereka serentak dengan tangan kanannga diletakkan diatas kening seolah-olah tentera itu.

Aku tersenyum kecil melihat tingkah itu. "mari tolong I kemas ni sebelum papa you balik" sambil tangan mengambil kain dan mengelap lantai yang basah akibat air yang tumpah dari atas meja.

"assalamualaikum. Apa korang buat ni?" soal Bazli kehairanan.

"eh sayang. Bila balik?" mukaku sedikit cuak. Bimbang apa yang berlaku tadi sampai ke pengetahuan suami tercintanya itu.

"baru je ni sayang. Apa awak buat ni?" tanya nya sekali lagi. Sedikit tidak puas hati apabila soalannya tidak pun dijawab oleh isteri mahupun anak-anaknya itu.

"tak. Saya tertumpahkan ni. Tengah bersihkan lah ni" jawab aku yakin. Maafkan aku kerana menipu kau wahai suami. Aku terpaksa...

"okeylah. Takpelah kalau macam tu. Jom lah makan. Mana Yani?" Bazli enggan terus menanya lagi walaupun dia sedikit ragu dengan jawapan Yasmin itu. Bazli mengambil tempat di sebelah Yasmin.

"Yani tengah buat kerja sekolah. Tadi masa saya suruh dia tak buat tapi main jadi saya bagi lah denda selagi tak siap kerja tu tak boleh makan. Boleh kan? Awak tak marah kan sayang?"

"hm" jawab Bazli ringkas.

Aku mengeluh kelegaan perlahan.

"mummy..." Yuna merengek kecil. Dia menunjukkan nasi didalam pinggan yang aku isi sebentar tadi.

"makanlah sendiri. You tu dah besar. Takkanlah nak suruh mummy suap lagi?"

"mummy..." rengeknya lagi kali ini sedikit kuat berbanding tadi.

"Min. Bisinglah you suap jelah dia" muka Bazli berkerut tidak suka. Sakit telinganya selera makannya juga hampir hilang.

Aku memandang Bazli dengan pandangan yang sukar di tafsirkan. Aku segera bangun dan pergi disebelah Yuna. Aku mengusap kepalanya perlahan sebelum menyuapkan dirinya makan. "kesian anak mummy" ujar aku perlahan sehingga hanya aku dan Yuna saja yang mampu mendengarnya.

Mummy Melati √Where stories live. Discover now