15

224 11 3
                                        

"Bodoh! Kau takda otak ke?. Perempuan yang kau sedap pukul ni kakak aku, isteri kau, isteri yang baru lepas gugur. Kau manusia ke binatang? Tak ada ke sikit simpati kau dekat dia? Kau kahwin dengan kakak aku ni semata-mata ni pukul dia ke? Jantan tak guna! "

" Ya Allah Hilman kenapa ni? Kenapa Ayana menangis? Ya Allah Bazli kenapa dengan kamu dan Yasmin. Astaghfirullah hal azim" mengucap dia melihat keadaan didalam bilik itu. Hura-hara! Dia memeluk erat cucu tirinya itu erat cuba menenangkan.

"Mama, Mama halau jantan ni mama. Man tak tahan ni sebelum mati dia Man kerjakan baik dia berambus" Hilman mengimbas-ngimbas wajahnya yang terasa panas.

"Bazli. Mari ikut mama nak" dia menarik tangan menantunya itu lembut diikuti Yana di belakang.

Tertutup saja pintu Hilman kembali memeriksa keadaan Yasmin. Dia memeluk erat tubuh itu. Jatuh air mata lelakinya melihat keadaan kakaknya begitu. Wajah itu masih kekal tidak berperasaan tetapi perlahan-lahan setitik air mata jatuh dan semakin lebat. Dia sakit! Dia penat!

Yasmim mula membalas pelukkan adiknya. Dia melepaskan tangisannya di dada lelaki itu. Hanya di hadapan Hilman saja air matanya ringan dan gedik untuk turun. Pernah suatu ketika dahulu dia janji pada dirinya mahu mencari lelaki sebaik Hilman. Saat Hilman mahu berkahwin dialah orang pertama yang menentang kerana apa? Kerana siapa yang akan melindungi dia lagi? Siapa yang akan memujuknya lagi? Siapa yang aku menceriakan harinya lagi kalau bukan adik kesayangannya?

"Kakmin... Man panggil doktor sekajap tahu" pesan Hilman sempat dia mencium kepala Yasmin sebelum bayangnya hilang di sebalik pintu.

Yasmin membaringkan badannya diatas katil. Mentalnya terlalu penat. Dia sakit! Mengapa Bazli membuat begini padanya? Bukankah dia cinta hati Bazli? Bukankah Bazli berjanji untuk menyayangi dirinya? Adakah ini cara untuk menunjukkan kasih sayang? Mana Bazli yang dia kenal dahulu? Mana Bazli yang membuat dia jatuh cinta? Mana Bazli yang lemah lembut bicara dan tidak betah melihat seorang lelaki berlaku kasar pada kaum wanita dan kanak-kanak? Adakah semua itu hilang ketika dia berkahwin dengan lelaki itu?

Sehingga kini dia masih lagi tertanya-tanya kenapa Bazli berubah begitu dasyat. Masih segar diingatannya pada hari kelima perkahwinannya Bazli memukul Ayana dan Ayani tanpa sebarang perasaan yang terpancar di wajah itu. Dia terkedu ketika itu. Malah apabila lelaki itu tidak berada dalam keadaan yang baik dia tidak akan sesekali senyum dan akan cepat saja naik angin. Kadang kala, hanya apabila bersama dirinya Bazli akan berlembut dan menunjukkan sikap manisnya tetapi apabila bersama anak-anak tirinya perwatakan Bazli akan berubah dalam sekelip mata. Dia sangat pelik! Tapi dia tetap bertahan, kerana apa? Kerana dia cinta lelaki itu. Kerana apa? Kerana dia tidak mahu tunjuk dia lemah dengan mengalah begitu cepat tetapi kini, semangatnya lebur. Mengapa kesalahan diletak di bahunya seratus persatus?

Bukankah sepatutnya dia lebih sedih dan kecewa atas pemergian bayi yang dia kandung? Bukankah sepatutnya dia lebih terasa melihat darah yang banyak mengalir dari kepala anak yang dia jaga? Terlalu besar sangatkah nilai bayi ini sampai Bazli sanggup memukulnya yang tidak berdaya untuk melawan ini? Hancur impian dia mahu bersama-sama melahirkan bayi ini bersama Laila dan Nadia. Sudah terbayang dibenaknya anak-anak mereka berkawan baik. Walaupun dia tidak suka akan kehadiran anak-anak tirinya tetapi tidaklah dia sampai mahu membunuh mereka seperti yang didakwa. Mampukah dia bertahan lagi?

Next bab ending mummy melati! Atau mungkin tidak HAHAHAHAH

Mummy Melati √Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang