4

187 15 6
                                    

Yasmin menjegilkan matanya kearah Yani. Dari tadi menggedik geram hatinya. Rasa mahu sumbat saja roti Perancis ini dalam mulut dia.

"nekmak nak roti lagi" pinta Yani dengan suara yang sengaja dikepitnya agar kedengaran comel. Mata pula sengaja dibulatkan.

Belum sempat Aunty Mila memotong roti Perancis yang panjang itu kepada belahan yang kecil roti itu sudah diambil oleh Yasmin. Dia mengambil roti itu dan meletakkan diatas pinggan Yani. "Nah. Makan" arahnya tegas. Dah besar kan? Itupun tak reti ke?.

Yani merengek kecil. "Nekmak..." dengan segara Aunty Mila beralih ke tempat Yani dan memotong kan roti itu. "apa kamu buat macam ni kat budak-budak Yasmin? "

"Dia dah besar. Kita kenalah ajar kalau tak nanti semua benda tak reti nak buat sampai ke besar" Yasmin menjeling Yani sekilas. Menyampah.

"belum jadi menantu lagi dah kurang ajar macam mana nak jadi mama kitorang?" Yani sengaja bercakap dengan pic suara yang tinggi.

"Yani!" Yana mencubit peha adiknya. Geram dengan sikap Yani yang tiba-tiba berubah. Yana mencuri pandang kearah Yasmin. Terasakah makcik itu? Soalnya didalam hati. Makcik itu tersenyum sinis?Yana memegang kepalanya. Pening dengan bakal mak tirinya yang berperangai kebudakkan.

"Nekmak Yani nak mushroom soup lagi" pinta Yani sambil menjilat-jilat sudunya yang berbekas sup cendawan itu.

"Sekejap Nekmak ambil kat dapur. Korang jangan bergaduh pulak ye" pesan Aunty Mila sebelum melangkah ke dapur.

"Eh orang tua. Kau ingat kau layak ke nak kahwin dengan papa aku? Heh. Dahlah muka buruk ada hati nak kahwin dengan orang kaya" Yani memandang Yasmin dengan pandangan jijik.

"Eh budak ni kalau aku tampar apa tak dapat. Eh budak kecik kau jaga sikit ea mulut kau tu. Kurang ajar sangat. Kau tunggu aku kahwin dengan bapak kau aku dera kau sampai kau mati" Yasmin membuat muka saiko sambil memandang Yani dengan pandangan yang menggerunkan.

Yani menjerit ketakutan. Dia tak sanggup membayangkan dirinya didera oleh perempuan hodoh ini. Badannya dipukul hinggan lebam-lebam. Mukanya bengkak dan menjadi buruk."mamaaa... Tolong Yani taknak. Mamaaa...!" rengek Yani sambil memeluk tubuhnya erat.

Yasmin tertawa besar. Suka hatinya apabila melihat muka Yani menangis ketakutan. " Yaniii..." sengaja dileretkan suaranya agar kedengaran menyeramkan.

"Nekmakk!" Yani terus berlari ke dapur mendapatkan Aunty Mila.

"minmin" panggil Bazli yang baru turun dari tingkat atas sambil mendukung anak bongsunya, yuna.

"yes?" Yasmin menoleh ke arah Bazli yang sedang mendukung bayi itu. Bazli kelihatan sedikit seksi apabila mendukung dan bermain dengan bayi seperti itu.

"I nak keluar sekejap. Ada meeting. You tolong mak jaga anak-anak I ea? Lepas I habis meeting I hantar you balik. You bolehlah berkenalan dengan anak-anak I jugak"

"I? I? Jaga anak you?" jari telunjuknya dihalakan ke hadapan muka seperti tidak percaya. Inilah yang paling cuba dia elakkan sekali. Memang bukan bidang dia mahu menjaga dan melayan budak-budak

"yelah. Takboleh ke?"

"Tapi diorang bukak anak I. Malas lah" Yasmin cuba mencari alasan. Ah, tak kuasa dirinya mahu melayan budak kecil. Lagi-lagi si Yani tu, mulut mengalahkan aku. Getus hatinya.

"Nanti bila you kahwin dengan I diorang jadi anak you jugak so apa salah cuba jaga dari sekarang" Bazli merenung ke dalam anak mata Yasmin mengharapkan jawapan positif dari kekasihnya itu.

"hm yelah" reda jelah bisik hati kecilnya.

           Aku gelisah sendiri. Kang buatnya diorang ni merengek nak itu ini lepastu menangis tak ke naya?. Boleh pulak waktu macam ni Aunty Mila baru teringat ada temu janji dengan doktor. Dah sekarang terpaksalah aku hadap cucu-cucu dia ni. Ergh menyusahkan.

"Nama makcik apa?" buk, Tertusuk hatiku apabila dipanggil makcik. Savage! Aku memerhati segenap rupanya dari kening hingga ke bibir. Comel sangat, cuma gedik sikit asyik nak berkepit je dengan aku dari tadi. Aku membuat muka menyampah. lama-lama pandang budak ni rasa annoying lah pulak muka dia. "Nama kau apa?" aku menyoal namanya sebelum menjawab soalan itu.

"Ayana, makcik" Yana tersenyum kecil.

"itu je? Ayana je?" soal aku bagai tidak percaya. Pendek gila nama.

"haah. Ayana binti Muhammad Bazli. Yang itu Ayani. Nama adik pulak Ayuna" jawabnya sekaligus memperkenalkan adik-adiknya.

"Nama korang memang pendek-pendek ea?mesti bapak korang malas nak letak nama panjang-panjang. Nanti kalau aku ada anak dengan dia aku nak letak panjang-panjang lah" aku tersengih suka membayangkan aku mempunyai anak bersama Bazli. Gatal kau!

Aku membuat muka terkejut apabila Yana tiba-tiba duduk di pangkuan aku. Ya Allah, apa dia buat ni. Takutlah, duduk jelah dekat tepi tu! Jeritku didalam hati. "duduklah tepi. Sakit kaki lah" aku memegang-megang kakiku seolah sakit.

"yeke? Sorry makcik" perasaannya tika ini adalah takut. Adakah dia yang menyebabkan makcik ini sakit? Dia akan dimarahi ke? Kalau papanya tahu ini mesti dia akan dirotan. Yana segera memegang lengan bakal mak tirinya itu. "makcik sakit ke? Jangan bagitahu papa. Yana takut" dahinya berkerut, matanya juga sudah bergenang tunggu masa saja air itu meleleh turun.

Apahal ni? Asal dia nak nangis? Janganlah nangis kalau kau nangis aku pun nak nangis jugak ni. Aku mengetuk-ngetuk kepalaku. Macam mana nak pujuk ni? "papa korang memang garang ea?"

"garang sangat. Papa pernah rotan Yana. Yana takut. Papa tak pernah senyum kalau dekat rumah" Yana sudah mula tersedu-sedan.

Aku tergamam. Kenapa Bazli begitu? Bazli yang aku kenal sangat lembut orangnya dan sentiasa tersenyum. Rotan budak darjah satu? Tak masuk akal!

Yani yang melihat kakaknya menangis tiba-tiba itu berasa marah. Ini mesti angkara perempuan hodoh itu! Dia terus berlari mendapatkan patung barbie nya dan mengetuk patung itu di kepala Yasmin. Dia merenung tajam Yasmin yabg mengadu ke sakitkan itu.

"apahal?!" aku memegang kepalaku. Panas pulak hatiku bila secara tiba-tiba aku dipukul. Aku terus merampas patung itu dan baling jauh-jauh sempat juga aku mencabut kepala patung itu. Aku tersenyum sinis. puas hatiku melihat muka tercebek Yani itu. Konon nak berlagak hero selamatkan kakak dia. Heh.

"aaaaa bencinyaa. Nak bagitahu nekmak!" Yani menjerit secara tiba-tiba. Dia menhentakkan kakinya di lantai berkali-kali.

"senyaplah. Adik kau tidur tu kan. Kalau dia terbangun macam mana?" aku menjeling Yani tajam. Tak pasal-pasal aku kena pujuk budak ni pula kalau menangis.

Mummy Melati √Where stories live. Discover now