"Aku Muhammad Bazli, ceraikan kau Yasmin Suraya binti hamid bersaksikan mak aku sendiri!"
King kring!
"Astaghfirullah hal azim" Yasmin mengucap panjang sambil tangannya mengurut dadanya perlahan. Lagi-lagi mimpi itu mengganggu lenanya. Sudah sepuluh tahun pun berlalu kisah mereka tetapi mengapa bayang lelaki masih saja susah untuk dilupakan? Yasmin menampar pipinya lembut. Dia cuba untuk mengingatkan dirinya bahawa lelaki itu bukan lagi miliknya tetapi suami orang!
Seusai membersihkan diri Yasmin turun ke tingkat bawah. Mahu menyiapkan sarapan untuk kedua anaknya. "Goodmorning mummy sayang! Did you sleep well?"
"Goodmorning little princess, alhamdulillah... Where is your sister?" Aku mengucup dahi Yuna perlahan sebelum kembali menyusun sarapan diatas meja.
"KakYa ada kat atas lagi. Tengah bersiap kot. Mummy masak apa?"
"Ha yelah, duduklah Yun. Masak ringan-ringan je"
"Selamat pagi dunia! Selamat pagi mummy! Selamat pagi Diyun!" singkatan untuk dikYun.
"Selamat pagi Ya. Duduk makan nanti lambat ke sekolah" pesan aku. Aku tersenyum melihat kedua puteri yang aku besarkan dengan tangan aku sendiri menjadi gadis yang cantik. Sekarang Ayana sudah berumur tujuh belas tahun manakala Ayuna tiga belas tahun. Sekarang Ayana lebih selesa dipanggil Ya atau Yan, Nama Yana terlalu banyak simpan duka dia tidak mahu lagi ingat nama itu. Yuna pun begitu walapun dia masih kecil ketika itu dan mungkin tidak berapa ingat beberapa perkara tetapi dia cukup sensetif jika topik lama dibangkitkan.
"Mummy. Harini mungkin Yan balik lambat sikit tahu. Ada aktiviti kelab bomba tu" dia membuat muka menjengkelkan. Dia penat betul!
"Iyalah sayang"
"Boleh ke?" soal Bazli teragak-agak. Risau jika Yasmin kurang selesa dengan permintaannya.Yasmin terdiam sebelum perlahan-lahan mengagukkan kepala. Siapalah dia mahu menghalang mereka dari bertemu? Air yang dicincang tidak akan putus kan?
"Yani turun. Mari salam Mummy kamu!" jerit Bazli lantang agar Ayani yang berada didalam kereta itu mampu mendengar suaranya.
Yani menggulingkan matanya keatas. Rimas apabila papanya menggelarkan wanita itu mummynya. Dengan separuh rela dia keluar dari kereta dan menyambut salam perempuan tua itu. Dia rasa jijik bila dia mencium tangan itu! Ergh cepatlah sesi jejak kasih ini habis.
"Papa nak pergi beli barang sekejap. Kamu duduk sini dulu. Sekejap lagi Yana dan Yuna balik" Bazli menundukkan sedikit kepalanya tanda terima kasih pada Yasmin sebelum masuk ke dalam kereta. Setiap kali melihat raut muka itu pasti timbul rasa bersalahnya. Tapi semuanya sudah berakhir. Dia juga sudah hidup bahagia bersama keluarga kecilnya.
"Assalamualaikum Mummy. Yun dah balik ni" Yuna menyalam tangan mummynya selepas membuka kasut. Dia mengesat peluhnya yang turun didahi. Mummynya membesarkan dia dalam keadaan penuh sederhana walaupun dia anak orang berada. Dengan itu setiap pagi dan setiap petang dia akan berjalan untuk pergi dan pulang ke sekolah. Alah dekat je pun, selang berapa langkah sampailah.
"Panasnya rumah ni" Yani mengimbas-ngimbas wajahnya yang terasa bahang. Dasar rumah miskin!
Yuna terkedu melihat kehadiran kakak keduanya itu. Wajahnya tiba-tiba bertukar dingin. Kurang senang dengan kehadiran gadis berambut karat itu. Dasar fake! Terus saja dia meluru naik ke biliknya. Sakit mata tengok perempuan itu goyang kaki.
"Yuna? Oh hai Yuna. you dah balik? Mana Yana?" lantas Yuna menghiraukan soalan itu.
"Assalamualaikum my!" perkara yang sama berulang kembali. Yana terkedu melihat kehadiran Yani itu. Sempat dia berbisik di telinga Mummynya "Dia buat apa kat sini?"
"Dia akan sambung belajar dekat UK. Datang sini nak jumpa korang dua beradik duku sebelum berangkat. Pergilah duduk dengan dia. Mummy panggilkan Yun"
Yana mengaguk sebelum duduk di hadapan Yani. "Kau pergi berapa lama?"
"Aku? Aku duduk sana sampai aku mati. Eh macam mana korang hidup dengan perempuan miskin tu? Korang ni memang anak derhaka kan? Mama tu setiap hari rindukan korang tapi korang sibuk nak duduk dengan orang luar ni berbanding nak duduk dengan mama dan papa? Apa yang korang nampak pada dia?" Yani membalas pandangn tajam yang dilemparkan Yana itu berani.
Yana melihat sekilas muka Yuna di sebelahnya. Muka itu tiada perasaan. Tapi dia tahu Yuna sedang menahan marah. Sama betul dengan mummy kalau marah muka minta penampar betul.
" Jangan nak kurang ajar sangat boleh tak? Kau mulut nak kena cili ke? Oh ini ke perangai kau lepas duduk dengan mama? Macam perempuan tak belajar adab!"
Yasmin hanya melihat pergaduhan itu dari jauh. Dia bangga dengan Yana. Bagus betul cara ajaran dia sampai turun ke Yana. Kasi lagi kejam ayat Yana! Apa? Kau ingat aku tua, aku lembut hati dengan Yani? Jangan harap!
"Ah whatever. Korang yang rugi sebab terpaksa hidup dalam keluarga miskin macam ni. Kau tengok hidup aku. Mewah"
Yuna hanya diam memerhatikan tindakan kakak keduanya. Sesungguhnya dia tidak pernah langsung rapat dengan Yani. Inikan pula mahu berbual dan bersembang? Lainlah kalau KakYa kan.
"Eh Yani, kau tak bersalah ke ea? Hidup kau tenang dan aman je ke selepas apa yang kau buat? Kau hancurkan rumah tangga Mummy. Kau buat dia gugur. Kau buat papa benci kan dia. Kau buat dia hampir bunuh diri sebab tertekan dengan sikap kau!" suaranya naik seoktaf.
" Aku? Rasa bersalah? Jangan harap! Lah dia nak bunuh diri sebab dia lemah. Dia gugur sebab kau, dia nak selamatkan kau, aku ke yang buat diorang bercerai? Papa yang nak rujuk dengan Mama. Sebab apa? Sebab papa obses dengan mama. Semuanya bukan salah aku, kenapa aku nak rasa bersalah? Bodoh, otak cetek ea? Itulah lain kali jangan pergi sekolah kerajaan. Nanti jadi macam kau! "
Yasmin terdiam. Semakin menjadi-jadi perangai Yani ya? Entah siapa yang ajar dia berkelakuan begitu. Rasa macam nak bagi penampar. Sampai sekarang dia masih belum boleh terima mana-mana lelaki dalam hidup dia. Kerana dia masih belum boleh melupakan Bazli. Bazli begitu obses dengan bekas isterinya. Yang menjadi punca Bazli dan isterinya bercerai duku gara-gara perbuatan curang si isteri. Sehinggakan Bazli tidak mampu untuk melihat wajah anak-anaknya yang sangat serupa dengan bekas isterinya. Kerana itu dia sering melepaskan marah pada anak-anaknya. Selepas bercerai, Yana dan Yuna berkeras mahu tinggal bersamanya. Manakala Yani dengan senang hati mengikut papa dan mamanya. Ternyata hubungan yang Bazli bina bersama isterinya lebih kukuh berbanding dirinya, cinta mereka terlalu kuat. Sampai sekarang dia masih tidak faham mengapa Bazli mengahwini dirinya, adakah segala kata cinta dahulu itu palsu juga? jikalau cinta untuk isterinya terlalu kuat?
The end.
Dah dah. Dah habis. Saya kasi sad ending. BOI love ketat ketat!
![](https://img.wattpad.com/cover/291714949-288-k806122.jpg)
YOU ARE READING
Mummy Melati √
Kısa HikayeSiapa sangka jejaka yang baru berumur 25 tahun itu mempunyai tiga orang anak perempuan. Yasmin suraya - setelah hampir 5 bulan berkenalan dengan si pojaan hati kini sudah tiba masanya dia diperkenalkan kepada ibu bapa kepada si lelaki. Tetapi siapa...