13

142 9 1
                                    

Aku mengusap-ngusap perutku yabg sedikit buncit. Aku tersenyum kecil membayangkan bayi yang ku kandung ini membesar dengan baik.

"Macam mana keadaan kamu Min?"

Aku membalas soalan mana dengan senyuman manis "Min okey ma baby pun okey. Tenang sikit, Min pun banyak rehat duduk rumah mama"

"Baguslah. Mama dangan papa nak keluar. Nak pergi rumah Hilaman katanya Laila mengandung juga. Banyaknya cucu mama lepasni"

"Eh Laila mengandung? Wah, bolehlah lahir sama tahun dengan baby Min. Eee tak sabarnya!"

"Iya sayang...jaga diri tu, apa-apa panggil mayah tahu. Bye"

Aku biarkan TV terpasang sambil tangan aku ligat mengscroll instagram.

Tung tung!

Mayah laju saja membuka pintu apabila loceng timah berbunyi. Loceng rumah ni memang pelik sikit. Tak tahulah kenapa.

Aku menoleh sedikit apabila terdengar suara kanak-kanak seakan-akan sedang ketawa riang. Bazli dengan budak-budak ke?

"Minmin" sapa Bazli lembut sebelum melabuhkan ciuman ringkas dipipi isterinya. Comel!

"Sayang? Kenapa datang ni? Tak kerja ke?"
Aku mengerutkan dahi tidak suka. Siap bawa anak-anak dia kenapa pula ni?

"Mama takda. Dia pergi rumah Nadia. Nadia pregnant juga pastu alahan dia teruk sangat"

"Wah. Nadia pregnant? Cepatnya! Kuat betul ea Amir tu. Wah seronoknya. Awak tahu Laila pun mengandung tahu. Eee tak sabarnya boleh bersalin sama-sama."

"Yaa sayangg... Saya tinggalkan budak-budak kat sini boleh? Mama mana?"

"Mama keluar juga tengok Laila. Kenapa Mama awak tak bawak je sekali budak-budak ni. Haih."

"Dia rushing sangat tadi. Please ea? Saya nak cepat ni. Nak jumpa client. Bye min, I love you!"

"Hm"

"Wahh... Besarnya perut Mummy!" Yana mengusap lembut perut buncit itu.

"Haah. Ada baby dalam ni. Yuna come to mummy" laju saja Yuna memanjat ribaku apabila diamit. "Mummy!" panggil kuat sebelum dia juga meletakkan tangan di perutku.

"Wahhh, ada baby? Nanti ada adik baru ke?"

"Yaaa" aku kerling kearah Yani yang masih berdiri di belakang pintu. Lantak kau lah nak berdiri sampai bila. Kau ingat aku nak panggil panggil kau? Ceh.

"sekarang baru empat bulan... Awal lagi"

"Ahh, tak sabarnyaaa cepat lah keluar ya adik"

Dalam diam aku mengeluh kecil. Ah, hidup aku dah tak tenang!

"Mummy sakit pingganglah. Jom naik atas, nak baring atas katil"

Aku pimpin tangan kecil Yuna di sebelah kanan manakala sebelah kiri tangan Yana.
"Eh Yani you memang nak berdiri kat situ je ke? Nak jadi jaga? Ha baguslah, barulah rasa selamat sikit hidup I ni kalau ada orang tolong jaga depan pintu"

Terus monyok muka yang sudah sekian monyok itu.

Aku menaiki tangan perlahan-lahan. Perut ni berat. "Yuna hati-hati" pesan ku apabila tinggal hanya satu anak tangga untuk dipijak. Risau jatuh je, dahlah tinggi tangga ni.

Tiba-tiba Yani berlari dari tinggat bawah keataas dengan laju. Dia tidak mahu ketinggalan. Dia menolak tubuh Yana yang menghalang jalannya untuk menjadi orang pertama yang sampai ke tingkat atas sehingga Yana hilang keseimbangan.
"Mummy!"

"Ya Allah Yana hati-hati" aku terjerit kecil melihat tubuh Yana yang tidak seimbang itu dan akan jatuh ke tingkat bawah. Cepat-cepat aku gapai tangan itu dah memeluknya erat kedada. Selamatkan kamj Ya Allah.

Buk!

Bontot aku terhentak kuat diatas lantai marmar itu, pinggang aku terasa seperti sudah patah. "Ahhhh!" aku terkelu melihat darah yang mengalir di celah kangkang aku. "Ahhhh!" aku menggapai telefon aku di sebelah. Segera aku mendail nombor telefon Hilman, adik aku.

"Mayah!"
Mata aku tiba-tiba kian kabur. Aku sempat mendengar tangisan Yuna dan melihat Yana di sebelah aku sudah tidak sedarkan diri. Kepalanya berdarah teruk.

Mummy Melati dah nak habis guys. Sad or happy ending?


Mummy Melati √Where stories live. Discover now