"Min. You masuk dulu. You lalu kat taman tu lepastu nanti nampak pintu. Ha masuk dari situ. Kejap lagi I masuk. Nak angkat groceries ni"
Yasmin hanya mengaguk perlahan sebagai balasan kepada Bazli. Lalu kaki dihayunkan ke arah yang ditunjuk Bazli tadi.
"Hei. Hei. Hei budak!" jerit seorang yang bersuara halus sambil menunjukkan sesuatu di langit.
"what?! Dahlah panggil aku budak. Korang ni siap..."
"makcik, ada bola!" jerit seorang lagi budak yang sedikit tinggi.
Yasmin berundur setapak ke belakang dan melihat kearah yang ditunjukkan mereka tadi. 'oh bola rupanya' getus hatinya "wait what, bola?!" terjerit yasmin sedikit akibat kalut dengan sedaya upaya dia cuba untuk mengelakkan bola itu dari terkena kepalanya.
Bola itu tepat menhentak kuat di dada Yasmin. Yasmin memegang kuat dadanya. Senak dadanya dibuatnya. Sakit gila! Hampir menangis dirinya. Terduduk dia diatas lantai taman itu dengan muka berkerut kesakitan. Sakit lagi hatinya apabila diketawakan oleh dua orang budak perempuan itu.
"Min? You buat apa kat bawah ni? Bangunlah" Bazli meletakkan barang di tangannya kebawah. Sempat dia menoleh kearah Yani dan Yana yang sedang ketawa. Bazli menundukkan badannya sama paras dengan Yasmin lalu memegang bahu Yasmin lembut "awak okay tak, sayang?" soal Bazli prihatin.
"sakitt..."
"siapa buat? Sakit kat mana?" Bazli merenung muka Yasmin lama.
Terus meluap kemarahannya yang hilang sebentar tadi akibat mendengar suara Bazli yang lembut persis kapas itu. "You. Siapa budak-budak ni? Kenapa diorang ni kurang ajar sangat ha? Panggil I budak lah, makcik lah. Lepastu ni, bola ni diorang sepak kearah I tadi tau. Siapa diorang ha? Siapaaaa? Anak sedara you?! "
Tertelan air liur Bazli apabila ditanya begitu. 'matilah' bisik hati kecilnya." kita masuk dulu, min." Bazli cuba untuk kelihatan tenang. Sempat dia menjeling kedua anak perempuannya yang sedang tertawa mengejek kearah Yasmin.
" taknak. I taknak masuk lagi. Biar I ajar diorang pulak. Erghh budak tak guna!" bentak Yasmin sambil bergelut untuk melepaskan diri dari genggaman Bazli yang cuba menariknya masuk ke dalam rumah. "lepaslah. Lepaskan tangan I Bazli!" Yasmin mengeras kan badannya.
"listen, Yasmin. Kita masuk dalam and kita bincang. Lagipun kan parents I nak jumpa you" Bazli menarik tangan Yasmin semula. Tak bergerak? Bazli melihat kearah Yasmin. Dia sedikit terkejut melihat muka Yasmin yang sedang menahan nafas itu. "Yasmin Suraya. Jangan degil boleh?" suaranya bertukar menjadi serius tiba-tiba.
Api kemarahannya terpaksa dipadamkan seketika. Tidak sanggup dirinya dimarahi Bazli. Ditegur Bazli sedikit pun dia terasa mahu menangis dan meroyan.
Bazli menyuruhnya untuk duduk di ruang tamu dahulu sementara Bazli memanggil kedua ibu bapanya.
Yasmin mengambil tempat disalah satu sofa disitu. Dia menyandarkan badannya dengan malas. Mukanya monyok tiada satupun senyuman yang terpancar. Harinya sudah rosak! Dia terasa mahu balik ke rumah dan tidur saja.
"kak, tengok tu. Muka macam nak nangis je mesti kena marah dengan papa tadi hahaha" Yani ketawa dengan senang hati.
"Yani rasa dia siapa? Kenapa papa bawa balik dia? Papa tak pernah bawa balik kawan perempuan sebelum ni"
"Entahlah. Malas nak fikir. Jom lah kak kita pergi kat dia hahaha"
"bab nak mengenakan orang nombor lah budak ni. Sabarlah. Entah entah dia girlfriend papa. And papa nak kahwin dengan dia?" soal Yana pada diri sendiri.
Yani mengecilkan matanya sambil memandang Yasmin. Dia sempat mendengar apa yang dikata Yana walaupun sedikit perlahan."mustahil dia mama baru kita" hatinya sakit memikirkan papanya menduakan mama mereka. "jom lah pergi kat dia"
"nak buat apa lagi ni Yani?" tanya Yana sedikit risau apabila ke barangkalian besar Yasmin itu mak tiri barunya pasti papanya akan mengamuk punya.
"ikut jelah" Yani menarik tangan Yana kearah Yasmin. "hai. Buat apa tu? Menangis ke? Tadi kena marah ye? Alolo kesian. Tua tua pun nak menangis. Hm lemah" Yani tersenyum sinis memandang Yasmin. Macam ni nak jadi mama baru aku? Heh.
Yasmin menjeling Yani tajam. Mulutnya kekal dikunci agar tidak mengeluarkan sebarang carutan.
"eh orang tua..." belum sempat Yani mahu melepaskan segala yabg terbuku di hati mulutnya ditekup oleh Yana. "sudahlah Yani. Papa tahu ni habis kita"
Siapa papa? Bisik hati Yasmin.
"Yana Yani apa korang buat ni? Pergi naik atas main dengan adik" suaranya cukup tegas di pendengaran Yana dan Yani. Risau dia melihat muka Yasmin yang kian keruh itu. Berdesup Yana dan Yani naik ke tingkat atas.
"awak. Saya nak balik" Yasmin memandang kakinya yang bergerak gerak dikarpet putih itu.
"eh sayang. Janganlah macam ni. Tunggu lah parents saya kejap" Bazli mengegam tangan Yasmin menyalurkan semangat semula.
YOU ARE READING
Mummy Melati √
KurzgeschichtenSiapa sangka jejaka yang baru berumur 25 tahun itu mempunyai tiga orang anak perempuan. Yasmin suraya - setelah hampir 5 bulan berkenalan dengan si pojaan hati kini sudah tiba masanya dia diperkenalkan kepada ibu bapa kepada si lelaki. Tetapi siapa...