"Welcome to our sweet home!" Bazli tersenyum lebar sambil mendepakan tangannya. Bazli menghulurkan tangannya.
Yasmin tersenyum malu sebelum menyambut huluran tangan itu. "cantik gila rumah ni, sayang? Beli ke sewa ni?"
"of course I beli sayang. Nanti kalau I mati takdelah you dengan anak-anak kena kick out kan" Bazli menarik tapak tangan Yasmin dan menciumnya lembut.
"anak-anak? Anak-anak kita ea? Ish sweet lah you ni sayang" Yasmin menampar lembut bahu Bazli.
"mestilah dear anak-anak kita ada kat atas tengah pilih bilik" Bazli menarik Yasmin ke kawasan dapur pula.
"anak-anak kita ada kat atas? Apa you merepek ni?" Yasmin mengerutkan keningnya. Tolong jangan cakap yang...
"betullah. Yana, Yani. Meh sini!" jerit Bazli dengan suara lantang.
"sayanggg..." Yasmin memandang Bazli dengan pandangan meminta penjelasan.
"kenapa ni?" pelik dia melihat sikap isterinya itu.
"awak kata anak-anak kita kan? Awak maksudkan anak-anak awak ke? Saya ingatkan anak-anak kita yang bakal lahir nanti" Yasmin memuncungkan bibirnya.
"lah... Anak-anak saya anak-anak awaklah sayang" ujar Bazli dengan lembut.
"taknak, saya taknak tinggal serumah dengan diorang. Kenapa diorang tak duduk dengan mak je? Siapa nak jaga diorang nanti?!" Yasmin mula membentak kuat. Tak romantik langsung. Macam mana dia nak bermanja-manja dengan suaminya dirumah kalau ada budak-budak tu? Ergh!
" mak kan dan tua. Lagipunkan diorang anak-anak kita, kitalah yang kena jaga" Bazli memeluk bahu Yasmin yang sedang memuncung itu.
"tapikan diorang tak suka saya, saya pun tak suka dioranglah. Pastu nanti buatnya budak-budak tu tuduh saya dera diorang lepastu ngadu kat mak diorang lepastu mak dia bergaduh dengan awak sebab nak ambil budak-budak tu pastu boleh pula nanti masa tengah gaduh tu cinta lama berputik kembali,bunga yang layu mekar semula lepastu nanti awak rujuk dengan die abestu macam mana dengan saya?! "
Bazli ketawa geli hati "itu klise sangatlah, cerita kita ni tak klise macam tu. Saya rasa kita patut biarkan ayah dan mak berdating berdua. Ke awak nak saya upah babysitter?"
"tak payah, tak pasal-pasal nanti awak ada scandal dengan babysitter tu pula!" kau nak sangat tengok aku jaga anak-anak kau kan?
Yana tersenyum gembira selepas ini dia akan lebih rapat dengan mummy nya itu.
"makcik, boleh tak Yana nak panggil makcik mummy?" Yana mencantumkan kedua jari telunjuknya perlahan."suka hati kau lah budak" sedikitpun Yasmin tidak menghiraukan kelibat yang berada di hadapannya itu. matanya melilau-lilau ke sekeliling rumah banglo tiga tingkat itu.
"Min..." Bazli menegur Yasmin. Mukanya begitu serius menandakan dia kurang senang dengan sikap isterinya itu.
"apa?" Yasmin memutarkan matanya keatas. "nanti saya ubahlah"
"bagus, macam tulah isteri saya" Bazli mencium sedikit dahi Yasmin sebelum naik ke tingkat atas.
"kau buat apa lagi tercegat depan aku ni, pergilah" halaunya, serabut!
"jom lah tengok bilik yang Yana pilih, cantik" dia hanya mencuba nasib saja.
"ish kau ni mengada kan? Mana satu" Yasmin turut bangun dari duduknya tadi sebelum mengikut langkah Yana yang nampak gembira itu ke tingkat atas.

ANDA SEDANG MEMBACA
Mummy Melati √
Storie breviSiapa sangka jejaka yang baru berumur 25 tahun itu mempunyai tiga orang anak perempuan. Yasmin suraya - setelah hampir 5 bulan berkenalan dengan si pojaan hati kini sudah tiba masanya dia diperkenalkan kepada ibu bapa kepada si lelaki. Tetapi siapa...